[EKSKLUSIF] Sumpahan Puteri Mesir Punca Titanic Karam? | FAKTA ATAU AUTA | Kemarahan Mumia Punca Titanic Karam? DARIPADA semua kisah luar biasa, sumpahan Puteri Amen-Ra yang hidup 
kira-kira 1,500 tahun Sebelum Masihi dikatakan cerita paling mengganggu 
dan sukar untuk dijelaskan kerana dipercayai menjadi penyebab kapal 
paling hebat pernah dibina, Titanic, tenggelam.

Apabila meninggal dunia, mayat puteri itu dimasukkan dalam keranda 
kayu dan dikebumikan di Luxor, di tebing Sungai Nil.Sumpahan Amen-Ra 
bermula pada lewat 1890-an apabila empat lelaki Inggeris yang kaya 
melawat Luxor dan terdorong membeli keranda mengandungi mumia puteri 
itu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Mereka saling berlumba meletakkan harga tertinggi dan akhirnya 
keranda dimiliki salah seorang daripada lelaki berkenaan yang membayar 
harga sehingga beribu Pound.
![]()  | 
| Unlucky Mummy – Princess Amen-Ra. | 
Dia membawa keranda itu balik ke hotel penginapannya dan beberapa jam
 kemudian lelaki itu dilihat berjalan seorang diri ke arah gurun dan 
tidak pernah kembali lagi ke penginapannya sejak itu. Keesokan hari, 
salah seorang daripada tiga yang masih ada di hotel itu ditembak secara 
tidak sengaja oleh pembantu berketurunan Mesir. Tangannya cedera teruk 
sehingga terpaksa dipotong.
Lelaki ketiga tidak terkecuali menerima nasib buruk sebaik kembali ke
 tanah air apabila mengetahui bank yang menyimpan wangnya muflis, 
manakala rakannya yang dulu kaya raya mengalami sakit teruk hilang kerja
 dan terpaksa menjual mancis di jalanan.
Bagaimanapun, keranda berkenaan tiba di England dan dibeli oleh 
seorang ahli perniagaan tetapi dia mendermakannya kepada Muzium Britain 
selepas tiga anggota keluarganya cedera dalam kemalangan jalan raya dan 
rumahnya dijilat api.
![]()  | 
| Keranda Putri Amen-Ra yang disimpan di Muzium Britain, London | 
Misteri terus melingkari keranda itu apabila trak yang digunakan 
untuk mengangkutnya ke muzium tiba-tiba berundur ketika kerja memunggah 
dilakukan. Ketika diangkat menaiki tangga oleh dua pekerja, seorang 
daripadanya terjatuh dan patah kaki, manakala seorang lagi, yang sihat, 
meninggal dunia secara mengejut dua hari kemudian.
Sebaik keranda puteri itu diletakkan dalam Ruang Mesir di muzium itu,
 masalah lain pula timbul. Penjaga malam muzium melaporkan kerap 
mendengar suara tangisan dari dalam keranda. Apabila seorang pengunjung 
mengejek wajah yang dicat pada keranda itu, anaknya meninggal dunia 
disebabkan campak tidak lama kemudian.
Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memindahkan mumia itu ke bawah 
tanah dengan harapan ia tidak lagi mencetuskan masalah. Namun, ia tidak 
menjadi kenyataan kerana dalam masa seminggu, seorang pembantu sakit 
teruk dan penyelia yang bertanggungjawab memindahkan keranda itu ditemui
 mati di mejanya.
Seorang jurugambar yang mengambil gambar keranda itu mendapati cat 
padanya jelas menunjukkan wajah manusia yang menakutkan. Dia kemudian 
balik ke rumah, mengunci diri dalam bilik tidur dan menembak dirinya.
Kisah paling menarik mengenai sumpahan Puteri Amen-Ra ialah apabila 
seorang pakar arkeologi yang menganggap apa yang terjadi cuma kebetulan,
 membayar harga mahal untuk memiliki mumia itu dan mengatur 
pemindahannya ke New York.
Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu 
menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New 
York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 
penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang 
dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan 
tercanggih ketika itu, karam selepas terlanggar bungkah ais.
Kredit: Berita Harian: Oleh Hazirah Che Sab


No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"