KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S | KISAH NYATA KISAH BENAR | Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika 
tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab 
az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun 
mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula 
berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah 
mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala 
ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada 
malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala
 Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap
 malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada 
Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat 
faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh 
akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang 
telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah 
diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi 
bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita 
jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa 
sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi 
ini.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"