[TIPS BERGUNA] Panduan Jaga Alat Solek | KHAS UNTUK WANITA | Seperti mana span, alatan mekap yang lain juga perlu sentiasa bersih.

Ini termasuklah maskara, pensel mata mahu pun beg mekap anda. Terdapat 
beberapa perkara yang penting dalam penjagaan alat-alat solek anda 
antaranya:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
1. Pastikan alatan mekap sentiasa dalam keadaan baik, buang alatan 
yang sudah berbau atau berubah warna. Misalnya, jika mata anda merah 
setelah memakai maskara, mungkin ia telah dijangkiti kuman.
2. Selain itu, set berus alat solek juga perlu dicuci setiap kali 
menggunakannya. Paling mudah, anda boleh gunakan tisu lembap untuk 
mencuci. Hindari berkongsi span mahupun alat solek dengan rakan-rakan 
atau mereka yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan 
sebagainya.
3. Asah pensel mata atau pensel gincu setiap kali digunakan kerana ia
 akan mendapat lapisan baru. Lapisan lama mungkin sudah kotor dan tidak 
sesuai jika digunakan pada orang lain.
4. Kosongkan beg solek anda dan cuci supaya bersih dan boleh 
digunakan kembali sekiranya masih elok. Jika sudah usang atau sudah lama
 digunakan, sebaiknya tukarlah yang baru.
selamat pagi :)
ReplyDelete