[EKSKLUSIF] 6 Soalan Imam Ghazali Kepada Muridnya | MESTI BACA !!! | Ketika Imam Al Ghazali 
berkumpul bersama murid-muridnya, lalu beliau bertanya: “Apa yang paling
 hampir dengan kita di dunia ini?” Ada murid-muridnya menjawab orang 
tua, guru, teman dan kaum kerabat. 

Semua itu benar kata Imam Ghazali 
tetapi yang paling hampir dengan kita adalah “mati” (Ali Imran: 185) 
kerana janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti mati.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Pertanyaan kedua Iman Ghazali.
 Ada yang menjawab negara China, matahari, bulan, dan bintang-bintang. 
Benar kata Imam Ghazali, lalu Iman Ghazali menjelaskan yang paling jauh 
adalah “masa Lalu” kerana walau apapun kenderaan kita, kita tetap tak 
boleh kembali ke masa lalu. Jagailah hari-hari kita. 
“Apa yang paling besar di dunia ini?” Iman Ghazali bertanya lagi. Ada 
yang menjawab matahari,  gunung dan bumi. Semua jawapan itu benar kata 
Imam Ghazali. Namun yang paling besar di dunia ini adalah “nafsu”(Al 
A’Raf: 179). Hati-hati dengan nafsu besar diri kita, agar jangan 
terjerumus ke neraka.
“Apa yang paling berat di dunia ini?” 
pertanyaan seterusnya dari Imam Ghazali. Ada yang menjawab baja, besi, 
dan gajah. Benar, kata Imam Ghazali tetapi yang paling berat adalah 
“memegang amanah” (Al Ahzab : 72). Semua makhluk lain tidak 
berkesanggupan ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di
 dunia ini. Manusia tetap menyanggupi permintaan Allah SWT untuk 
memegang amanah. Namun terlampau ramai yang cuai memegang amanah berat 
pada diri masing-masing sehingga boleh terjerumus ke neraka.
“Apa
 yang paling ringan di dunia ini?” pertanyaan kelima Imam Ghazali. Ada 
yang menjawab angin, debu, kapas dan daun-daun. Semua itu benar kata 
Imam Ghazali, tetapi  yang paling ringan di dunia ini adalah 
“meninggalkan solat”. Gara-gara kesibukan kita, mudah untuk kita 
meninggalkan solat.
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?” 
pertanyaan terakhir Imam Ghazali. Serentak murid-murinya menjawab, 
pedang. Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah “lidah 
manusia”. Ini kerana melalui lidah, mudah bagi manusia melukakan 
saudaranya sendiri.
sumber: Sanim Bohari 
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"