[TERKINI] Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dilibas Bola Golf | KEJADIAN DI KENINGAU, SABAH | Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16
 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola 
golf di Kelab Golf Keningau.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja
 sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat 
sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di 
rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata,
 siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg 
peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan.
“Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak 
sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan 
mangsa menyebabkannya rebah. 

“Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital 
Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi. 
“Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.
Innalillah..... Takziah.
ReplyDeletePeluang. Sertai kami....
http://stayreward.com/index.php?share=115728