[PANAS] Gadis Cari Jodoh Di Facebook Minta Hantaran RM160,000 | BIAR BETUL !!! | Bagaimana jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial
 yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan 
berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?

Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh 
memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter 
diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah 
RM160,000.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat 
tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.
Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, 
penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar 
gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya 
tidak munasabah.
Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah 
ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman 
sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian 
jodoh.
Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi
 gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan 
menjadi mangsa laman Facebook itu.
Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian 
besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat 
mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya 
bangsa Melayu.
Ish ish ish..
ReplyDeletejgn2 kerja mat negro x?
ReplyDelete