[TERKINI] Kisah Yakjuj Dan Makjuj | WAJIB BACA !!! | Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika 
dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di 
muka bumi ini.

Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan 
tahun lalu tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang 
pemerintah silam iaitu Zulkarnain.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Sejak dikurung di lokasi tersebut, 
mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke keturunan yang lain 
sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.
Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji 
terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai 
kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut. 
Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak 
bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri 
di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi
 itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau 
temboknya.
Al-Quran tidak menerangkan siapa sebenarnya Yakjuj dan Makjuj, 
daripada bangsa dan keturunan mana mereka itu. Al-Quran hanya 
menjelaskan sifat-sifat mereka, iaitu kaum pembuat kerosakan di bumi, 
kalau tembok penghalang dibuka, mereka akan turun mengalir seperti 
mengalirnya air bah, dan apabila tembok penghalang kukuh, mereka tidak 
masuk dan tidak dapat membuat kerosakan. Kewujudan bangsa ini 
diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab 
suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98,
 Allah swt berfirman: -
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya
 satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami 
perkataan.
Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan 
Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya
 kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) 
dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan 
mereka?”
Allah swt menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan 
Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia. Yakjuj dan Makjuj akan turun ke 
dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, 
ayat ke-96 dan 97, Allah swt berfirman:
Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang 
menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap 
tempat yang tinggi.
 Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan 
serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak 
(sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami
 telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan 
perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri 
sendiri”.
Menurut sebahagian ulama, Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Yafis, 
putera Nuh itu. Demikian juga pendapat Nasafi, seorang ahli fekah, usul 
fekah dan tafsir yang bermazhab Hanafi yang menyatakan bahawa Yakjuj 
berasal daripada suku Turk, manakala Makjuj pula berasal daripada suku 
Jail serta Dailam keturunan Yafis yang membuat kerosakan di muka bumi. 
Mereka tidak mati dan masing-masing memiliki 1,000 keturunan yang 
dilengkapi dengan senjata.

Puncak gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun 
di akhir zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga 
banjaran-banjaran tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia
 Selatan contohnya seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan 
lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula 
jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat 
Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan 
manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok
 Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung 
Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala 
kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Tembok-tembok inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj 
dan Makjuj  terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari 
kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah 
mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? . Sejarah telah 
mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum 
Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah 
lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok
 Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada 
mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang 
dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa 
Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar 
banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah
 swt).
Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba
 ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur 
bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga 
Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. 
Sesetengah ulama’ juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama 
dikurung di kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh 
Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti 
orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah 
seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah 
(Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini 
telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu 
Segala kebenaran hanyalah milik Allah swt. 
LOKASI PENJARA TEMBOK BESI YAJUJ MAJUJ DISINI:
ReplyDeletehttps://m.kaskus.co.id/thread/5909203edad77094678b4567/terkuak-lokasi-penjara-tembok-besi-yajuj-majuj/