[TERKINI] 4 Pekerja Syarikat Gores Dan Menang Dibelasah | Oleh Lebih Kurang 30 Mangsa Penipuan | SEREMBAN: Angkara disyaki melakukan banyak penipuan terhadap mangsa 
menerusi kegiatan gores dan menang membabitkan jutaan ringgit, empat 
kakitangan syarikat penganjurnya teruk dibelasah sekumpulan 30 lelaki 
dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Senawang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, kumpulan 30 lelaki terbabit yang 
berang penipuan terhadap anggota keluarga mereka menyerbu premis 
terbabit sebelum melakukan rusuhan dan memukul empat pekerja syarikat 
itu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tiga pekerja berkenaan lebam di bahagian muka manakala seorang pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Menurut sumber, rusuhan berlaku sejurus kumpulan berkenaan berang 
kerana ramai sudah tertipu terutama warga emas yang membabitkan jutaan 
ringgit.
Saksi kejadian mahu dikenali Firdaus, 20 berkata, ketika rusuhan 
kumpulan berkenaan memasuki premis terbabit dan mengamuk meminta semula 
dikembalikan wang penipuan ahli keluarga mereka.
Katanya, penipuan dilakukan sejak setahun lalu terhadap ratusan mangsa membabitkan puluhan ribu seorang.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi 
mengesahkan kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak lagi terpedaya 
dengan penipuan itu.
Katanya, kes terbabit turut disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
pekerja syarikat gores dan menang ni dari pengalaman sendiri, lagi kita kata tak nak, lagi dia paksa dan kejar... mesti ada sebab lah ni jadi macam ni...
ReplyDelete