[TERGEMPAR] Kisah Cubaan Mencuri Jasad Nabi Muhammad SAW | Dari Makam Baginda | Percaya atau tidak, ternyata jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah 
terusik dan nyaris dicuri oleh orang kafir laknatullah.

Sebelum akhirnya
 Allah menyelamatkannya dari rancangan jahat tersebut. Peristiwa yang 
memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 
1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz 
dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Peristiwa ini berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman 
dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin 
melemah dan berdirinya beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah baru.
Tentunya hal ini tak disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang 
nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan 
membuat umat Islam jatuh ada di depan mata.
Secara diam-diam mereka telah menyusun rancangan untuk mencuri jasad 
Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropah, 
mereka mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi 
itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Di mana pada musim 
itu banyak jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk 
melaksanakan ibadah haji.
Kedua-dua orang nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji 
dari Andalusia yang memakai pakaian khas Morocco. Mereka ditugaskan 
untuk melakukan pengintipan awal kemungkinan untuk mencari kesempatan 
mencuri jasad Nabi SAW.
Setelah melakukan kajian, kedua-dua kafir ini memberanikan diri untuk
 menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah.
 Mereka membuat lubang dari dalam bilik itu menuju makam Rasulullah.
Belum sampai pada akhir penggalian, rancangan tersebut telah 
digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui 
rancangan busuk itu.
Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus 
penguasa Islam ketika itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan 
ancaman terhadap makam Rasulullah.
Sultan mengaku bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua
 orang lelaki berambut perang dan menyebut: “ Wahai Mahmud, selamatkan 
jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam 
keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan solat malam dan kembali tidur. 
Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga 
kali dalam satu malam.
Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan 
perjalanan dari Damascus ke Madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan 
mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang 
diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung 
menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke 
makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup 
lama di depan makam Nabi SAW.
Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.
Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh 
penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil 
mencermati wajah orang yang muncul dalam mimpinya. Namun sultan tidak 
menjumpai mereka. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk 
yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah di antara kalian masih 
ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”
Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari 
Sultan, kecuali dua orang dari Morocco tersebut yang belum mengambil 
hadiah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjemaah di Masjid 
Nabawi.” Ujar seorang penduduk.
Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua-dua orang itu dipanggil. Dan
 alangkah terkejutnya sultan, melihat bahawa kedua-dua orang itu adalah 
orang yang dilihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku 
sebagai jemaah dari Andalusia Sepanyol. Meskipun sultan sudah mendesak 
bertanya tentang aktiviti mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu 
mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan
 penjagaan yang ketat.
Kemudian sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke 
penginapan kedua-dua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di 
temuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah 
mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke bilik sebelah.

Ketika itu Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba 
berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut. 
Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya 
terdapat sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu 
menuju ke makam Nabi Muhammad.
Seketika itu juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut 
perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, 
mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad 
Nabi SAW. Pada pagi harinya, kedua-duanya dijatuhi hukuman pancung 
berdekatan pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud 
memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan 
mengisinya dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan 
rombongan pulang ke negeri Syam untuk kembali memimpin 
kerajaannya. MasyaAllah, tabarakallah, menitis air mata membaca cerita 
ini…
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"