[EKSKLUSIF] KUBUR MISTERI Tak Ikut Arah Kiblat | [PENEMUAN] Di Alor Setar, KEDAH | ALOR SETAR – Penduduk di Kampung Sungai Baru, Gunung Keriang, dekat 
sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di kawasan Tanah 
Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru Gunung.
![]()  | 
| Hassan (kiri) bersama penduduk Kampung Sungai Baru menunjukkan kubur misteri berkenaan. | 
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62,
 menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan kerja 
menggali liang lahad.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang meninggal dunia, jadi pakcik 
pergi ke tanah perkuburan seperti biasa untuk melakukan kerja yang 
diperlukan termasuklah mengenalpasti lokasi bersesuaian.
“Namun, ketika sedang mencari lokasi berkenaan, secara tiba-tiba 
pakcik melihat satu kubur yang tidak pernah ada sebelum ini, pelik 
dengan kemunculan secara tiba-tiba itu,” katanya.
Harun berkata, kubur berkenaan kelihatan masih baru, malahan terdapat sejambak bunga yang hampir layu di atas kubur itu.
Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menjaga tanah 
perkuburan itu selama 10 tahun ini, kedudukan kubur misteri berkenaan 
berada di kawasan asing, sedangkan jika sesiapa dikebumikan, dia 
mengetahui lokasinya.
“Bimbang kewujudan kubur misteri terbabit mempunyai unsur 
mencurigakan, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Imam masjid 
untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Imam Masjid Hidayatul Solehin, Hassan Ahmad, 83, 
berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara terbabit 
kerana sedia maklum jika ada kematian pastinya dimaklumkan kepadanya.
”Jika berlakunya kematian di kampung kami, maka akan diadakan bacaan 
doa mahupun talkin. Namun, kali ini tanpa ada sebarang sembahyang 
jenazah ataupun doa, muncul kubur entah datang dari mana secara 
tiba-tiba.
“Kemudian saya bersama sebahagian kariah masjid bergegas ke lokasi 
kubur misteri terbabit dan terkejut melihat sebuah kubur misteri berada 
di kawasan berkenaan malah langsung tidak menyangka penemuan itu,” 
katanya.
Katanya, kubur bertulis nama Firdaus Alif Wong berkenaan menimbulkan 
tanda tanya kepada penduduk kerana bukan sahaja dipercayai tidak 
mengikut arah kiblat malah seakan-akan baru digali.

Misteri dan seram.. huwaaa
ReplyDelete