[EKSKLUSIF] KLIA Dikatakan Berhantu? | FAKTA ATAU AUTA | Tiada siapa dapat menafikan bahawa KLIA antara lapangan terbang yang dianggap terbaik dunia sehingga
 menerima banyak anugerah.

Namun ada cerita yang kurang enak didengari. 
Biarpun kesahihannya diragukan, cerita ini mula tersebar.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Cerita yang 
dimaksudkan di sini adalah tentang misteri beberapa tempat di KLIA dikatakan berhantu dan berpenunggu. Kisah di bawah ini diceritakan mengikut lokasi-lokasi yang diceritakan oleh beberapa orang yang dipercayai ‘bertemu’ dengan lembaga misteri. Ikuti kisah di bawah ini.
Nampaknya ramai juga minat dengan cerita mistik dan misteri. Jadi 
atas permintaan ramai, kami akan terus mencari sumber cerita-cerita 
misteri dan akan cuba untuk sampai kan sekurang-kurangnya 3-5 entri setiap minggu.
 Jadi hari ini, kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang 
Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah tempat 
ini. Sebenarnya, (merujuk pada sumber) tapak lokasi ini merupakan sebuah
 kawasan Orang Asli dan juga terdapat Ladang Kepala Sawit. Walaupun banyak bantahan tentang pembinaan Lapangan Terbang ini, akhirnya ianya siap dibina dan beroperasi dengan cemerlangnya.
Sejarah KLIA dari Wikipedia : 
KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang 
ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan 
metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini 
telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang 
asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan 
terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan 
terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk 
menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.Lapangan
 terbang ini berkonsepkan “lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam 
lapangan terbang”. Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang
 dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
Semua cerita ini boleh didapati di forum CARI tetapi kami cuma ambil 
dan kategorikan kawasan-kawasan di KLIA yang mereka di forum nyatakan 
supaya lebih senang untuk dibaca : 
Bilik Maintenance Staf KLIA 
-kat dlm maintenance kita org..dah ada ramai gak jumpa..yg nie member
 aku perempuan dia pernah nampak masa keja shift mlm.ni masa tido la sbb
 we all on standby if xde problem system boleh la tdo sampai pg..yg 
member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang jumpa kat hujung tilam tgh 
duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak mata tu putih mcm lotong 
tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi tilam sederet gn kepala 
member aku nie..member tercelik mata nk pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku nie..yg
 member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg shiftmlm tu suh 
alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2 lelaki…lepas dia baring kat
 bahagian lain masa dia org nk lelap balik dengar org jln berlari2 kat 
tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun alihkan tilam dr menegak 
kena melintang lps tu baru ok..benda tu xkacau..
yang pengalam aku sendiri masa mula2 keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps
 tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada 
org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all 
akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu 
asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt 
aku tido..aku tido kat belakang kat area locker…mula2 ingat member asyik
 amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada 
bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda 
nie memang dah lama,…sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti
 aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk
 benda2 tu…sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa “benda” tu 
Gate C 
C34 : hmm… penah gak berkampung kat klia tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3 pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi sambut kat gate.
 ada gak ground crew yg citer gate paling hujung C34 ke apo ntah, 
kengkadang menda tu kaco diorang masa nak prepare gate tu. :L tapi mmg 
seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang time tu.
-C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa pas kul 3 camtuh xde kapal sgt 
pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah tutup kec ada la 2-3 cafe yg 
buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun lepas. dia keje dept acc utk 
kedai duty free..opis dia kt atas gate C21, keje dia kira & 
record total sale for the day so mlm tu nak jd citer dia kena keja 
sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da setel kira2 duit
 & wat report sumer dia pon standby r nak tdo .(nama dia za)..x lm 
lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil – ‘za..oh za..’ dia punya la 
cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia senyap jer la di balik 
selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2 dia dgr sore tu ckp ‘tido
 ker..xper lah bye..”..xtdo dia dlm opis tu,trus g surau coz kdg2 ada 
gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku dgr dia citer pon meremang..apa
 taknye siap tau nama tuh..agaknya dah mmg port dia kot opis tu, hari2 
org yg sama keje spi tau nama kwn tu..
-C17 : Teringat dahulu semasa kerja dengan malaysia airports 
niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga kiosk kat gate C21 atau 
C17 seram giler:mad: Pastu nak dijadikan citer,ader 1 malam tu sebelum 
puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh kemas2 gondola lepas recount 
duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat kedai Dunhill..menuju gate 
C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057 dah 1 jam lebih boarding.Pas
 g jumpa member aku tuh aku pun g lah toilet near travellator tuh.Aku 
tgk takder orang lengang gile floor tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar
 toilet tu aku terdengar org koll nama aku dari mezzanine floor 
satellite.Aku tgk takder orang masa tu restaurant Rimba tu pun takder 
orang…seram gile. 
Jalan Raya Sekeliling KLIA 
-yg ni plak diceritakan oleh member baik ev…citer ni pon dh lama, tp 
time tu klia dh buka dh…terjadi kat sedara dia….ev x ingat sedara dia yg
 pompuan yg laki tu…ev andaikan yg pompuan lah….citernya, tetiap pagi 
around 3-4 am, sedara dia akan antar asben dia gi keje kat klia tu, bwk 
anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak kat seat blkg…ada 1 pagi tu,
 on da way nk balik umah(pas dh antar asben dia),tetiba sedara dia tgk 
ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat seat sebelah dia sambil 
perhati dia….mmg dia kecut giler…tp dia maintain bwk keta tu….sepanjang
 perjalanan sampai kat umah pompuan rambut panjang tu still dok perhati 
dia…waktu dia buka pintu gate umah pon, pompuan tu ada lam kete lg dok 
perhati dia….dia bwk kete masuk umah pun, pompuan tu camtu 
gak….then, dia pas dia bwk anak2 dia masuk umah, dia mengintai kat 
tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker tak….x silap lama gak dia tggu, 
tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung keta….
-Sebenarnya bukan pengalaman member aku je, tapi aku ada jugak masa 
tu, dalam satu keta dengan 2 orang member aku. lepas lepak kat bukit 
tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk kapal terbang turun naik), 
kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On the way balik tu, dok 
rancak berborak, radio plak member aku saje kuatkan..masa lalu kat jalan
 KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi berhampiran dengan KLIA), ada
 kain putih lintas depan kereta kami..memang jelas nampak kain putih 
macam dok berkibar lalu depan cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat 
belakang, 2 orang lagi member aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam
 aku jap.ingatkan aku sorang je yang nampak, member aku yang 
drive tu pun nampak jugak.tu sbb dia tiba2 padamkan radio keta. member 
aku yg sebelah dia ni, masa kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu 
sbb dia tak perasan..lepas je kejadian tu, aku dengan member aku(yg 
drive) senyap..member aku lg sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..
Ingatkan lepas dari tu dah tutup buku..tapi malam tu masa aku tido 
reramai dengan member aku kat ruang tamu, aku dengar member aku(yg 
drive) tu dok berdialog dengan ‘seseorang’..aku tak dapat tangkap bahasa
 ‘seseorang’ tu..walhal dua orang yang berdialog tu datang drpd orang 
yang sama iaitu member aku(yg drive). ‘seseorang’ tu tak sama macam 
suara member aku, garau skit. aku agak la bahasa yg ‘seseorang’ tu cakap
 mcm bahasa orang asli. ntah kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd 
suara member aku, “aku tak kacau engkau”..member aku siap baca surah 
hape ntah masa dialog tu..
esok pagi aku tanya member aku, dia sedar tak malam tadi? dia kata 
tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian tu, takde benda-benda yang pelik 
jadi.. 
Parking Underground KLIA 
-ada org sudah jumpa antu apek kat parking klia mintak duit kecik nak bayar parking…siasat punye siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni… 
Gate 2 
-ustaz ismail kamus dtg klia neh buang hantu kat gate G2…hantu tuh 
tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke kacau staff2 mas yg duk kat 
ofis hospitality yg kat sblah gate G2 tuh…dia usik2 telinga pastu cuit2 
lengan staf2 dlm tuh…kalo u ols dengar citer member aku tuh sure korang 
pon meremang bulu roma…..:L 
Aerotrain KLIA 
-hujung thn lepas member aku nak masuk bertugas blk kat satelit lepas
 ambik time rehat…dr mtb ke satelit kan kene naik aerotrain kan…dia duk 
dlm gerabak tgh….bile lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung 
gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala…rambut 
panjang sampe kaki…duduk keras x toleh kiri kanan….membongkok..member 
aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran yg dia ingat…dan trus x pandang
 balik kat tempat mende tuh duduk….aerotrain stop jek kat satelit trus 
dia berlari keluar….. 
Surau dalam waiting Hall (ntah gate mana satu) 
-Cite ni experience aku mase skolah dulu2 … aku kalo cuti pendek2 
balik umah naik flight je … skolah jauh kt kelantan nun … so ade skali 
tu … aku nye flight pagi … kul 7 lebey kalo x silap … so awal2 lagi kena
 check in la … ari tu aku balik sorg2 sbb aku x balik time cuti balik 
bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik ujung minggu kecuali cuti balik
 bermalam) … ada family emergency time tu …
Sebelum subuh parents aku da anta aku gi KLIA … aku ni dulu2 kalo 
time nk balik asrama … aku nk cepat2 check in sbb kalo lame2 tunggu ngn 
family aku rase sedey2 … hehehe … bese la x biase dok berjauh ngn family
 sblm ni … kalo KLIA tu da check in … pagi2 sunyi … walopn time tu da 
lebey kurang time subuh … still x de org … pas da check in … aku lepak 
kt surau yg kt dlm tu … tp mase aku solat subuh … something yg aneh ar 
berlaku … aku cm dengar bunyi paip terbuka cm oprg berwudhu’ … 
pastu mase aku rakaat kedua … aku dengar org takbir “Allahu-Akbar” nk 
start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu’ nk solat berjemaah la … aku
 pun cm lek2 je la … smayang cm bese … imamkn la ‘org’ tu … tp bile aku 
bagi salam … aku tgk x de sape sebelah or belakang aku :funk: :funk: 
:funk: :funk: …
Aku ni ape lagi … cepat2 baca doa … terus kuar surau tu … cm kelam2 
kabut ar … pastu mase aku kuar … ade org masuk surau tu … staff klia kot
 sbb pakai uniform … dia tanye nape aku kelam kabut … aku x sempat nk 
ckp ape2 … dia terus senyum … ckp “pagi2 ni bkn manusia je yg bersolat …
 jin Islam pun ada dik” … aku senyum kambing je la … pas da siap2 pakai 
kasut … aku terperasan aku tertinggal 1 beg dlm surau tu … aku masuk 
balik nk amek … tp surau tu da kosong … brader yg tegur aku td tu pn da x
 de … so sape yg ckp ngn aku td 
Jungle Walk (Bilik Intai) 
area taman tu namanya jungle boardwalk. menurut urban legend yang 
diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh
 dipindahkan. so diorang buat la cam konsep taman dalam airport 
taktau
 la kebenaran citer ni api awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni 
ditutup sebab ada kes histeria. skang ni baru bukak balik. tapi memang 
are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai 
building paling berhantu. kalau staf2 yg penah keje floor kat sini dulu 
citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder 
flight. tersangat la sunyi dan bermacam2 penampakan ada ;P 
Tingkat 5, Tempat Berlepas. 
lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe.
 kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada 
cam malaysia airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 
3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu
 gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punyala feymes 
gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap2 hari.
tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu sebab macam dh jadi rusuhan 
plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar 
cik pon tu. memula memang tak perasan tapi sekali bila dh ‘nampak’, 
memang seram giler. sebabnya cik pon tu betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L
 teringin gak ash nk tgk gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. 
structure tu still ada tp gambar semua dah totally different skang 
 
Bilik Satelit 
Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang bdk lambai2 kat dia dari jauh 
dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik jgk mcm mana bdk bole masuk 
satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku
 pn kejar la bdk tu.. Bila smpai situ bdk tu dh hilang.
 Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi giler la(aku pn x pnah lalu 
situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x beroperasi. Sorg staff 
engineering yg kebetulan lalu berdekatan area situ bgtau, hantu bdk tu 
la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp thn dahulu. Apalagi, terus
 demam mmbe aku 3hari..
p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi 
sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi 
ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, 
kuatkan iman anda.
wah benarkah KLIA berhantu, seram pulak...
ReplyDelete