KENAPA HIDUP HARUS SOLAT? | http://www.tintaasyraf.com | Perkongsian ni Abe ambil daripada Saudara Abe, Syah. Sesungguhnya syariat solat yang diwajibkan adalah untuk kita menyedari bahawa terdapat '5
rintangan besar' yang hanya dapat dilepasi dengan bersolat.
Rintangan 1
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dunia dan isinya menawarkan segala kenikmatan dan kemewahan, kemiskinan juga membawa ke arah kekufuran. Cubaan hidup yang membelit manusia sering membuat mereka berpaling dari Allah, maka solat, adalah penyelamat daripada tipu daya dunia.
Dunia dan isinya menawarkan segala kenikmatan dan kemewahan, kemiskinan juga membawa ke arah kekufuran. Cubaan hidup yang membelit manusia sering membuat mereka berpaling dari Allah, maka solat, adalah penyelamat daripada tipu daya dunia.
Rintangan 2
Kematian
 adalah pasti, manusia yang tidak solat adalah sukar mencegah perilaku 
kekejian dan kemungkaran dari dirinya. Perilaku
maksiat adalah suatu bala petaka besar saat ajal mendatang. Manusia yang
 tidak solat, akan mengalami rasa sakit tidak terperi ketika roh 
terpisah dari jasadnya.
Rintangan 3
Kubur.
 Dalam gelap dan sempit, pertanyaan Mungkar dan Nakir yang diajukan 
tidak dapat dijawab, meskipun badan berkalang kapan fitnah dunia
terus menujum dirinya. Ia menyumbang kepada rantaian catatan 
dosa-dosanya.
Rintangan 4
Padang
 Mahsyar. Manusia yang tidak solat akan merasakan ketakutan yang teramat
 sangat saat diiring ke Padang Mahsyar, berasa kelaparan
dan kehausan tidak terkata dan sengatan panas mentari yang tidak 
tertahan.
Rintangan 5
Hari
 Perhitungan Amal. Solat menjadi ukuran utama, berat dan ringannya amal 
seseorang. Manusia yang rajin solat, laporan kebaikannya mengatasi
laporan keburukannya. Amalan soleh lebih berat daripada kesalahannya. 
Maka, dia layak untuk memasuki Syurga Allah. Manakala manusia yang tidak
 solat, laporannya 'merah', amalan keburukannya mengatasi amalan 
solehnya, maka disudikanlah mereka ke neraka Allah.
Kesimpulan
Hidup
 di dunia wajib solat. Kerana istiqomah solat lima waktu dapat 
menyelamatkan manusia menghadapi '5 Rintangan Besar' tersebut. Yang
pasti,tidak terpedaya dengan dunia dan seisinya, Sakaratulmaut dengan 
mudah, alam kubur dengan aman, Padang Mahsyar dilalui dengan lancar, 
serta timbangan kebajikan yang berat. Semua itu dapat dipersiapkan 
dengan taat melakukan solat lima waktu dalam kehidupan
sehari-hari dan kunci utama keselamatan dunia mahupun di akhirat ialah 
dengan konsisten solat lima waktu.
Peringatan
 untuk kita semua Umat Islam. 
Sesungguhnya perubahan itu bermula dari dalam setiap diri.

No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"