BAS GENTING JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS | Tragedi Bas Jatuh Gaung: 33 Dikhuatiri MAUT Dan Ramai TERPERANGKAP | Bas membawa 
dipercayai lebih 40 penumpang dilaporkan jatuh terhumban ke dalam gaung 
di kilometer 3.5 dari puncak Genting Highlands tatkala menuruni bukit.
"Kira-kira 50 
penumpang berada di dalam bas itu kerana sebilangan berdiri. Setakat 
ini, 9 mangsa berjaya dibawa naik  oleh pasukan penyelamat, seorang 
daripada mereka  maut. Penumpang, Melayu, Cina, warga Bangladesh pun 
ada," kata sumber berkredibiliti saya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Mangsa berjaya 
diselamatkan kemudian diberikan bantuan kecemasan sebelum antara mereka 
dihantar ke Hospital Selayang dan Kuala Lumpur.
Kejadian 
berlaku kira-kira jam 2.20 petang tadi dan berkemungkinan besar 
kebanyakkan mangsa di dalam bas  mengalami kecederaan parah akibat 
terhumban pada ketinggian lebih kurang 50 meter.

Dimaklumkan Sultan Pahang akan melawat lokasi kejadian.

Berita baru saya (mazidul) terima, 19 mangsa dibawa naik, 3 maut dan sultan Pahang dalam perjalanan ke lokasi. Setakat ini tiada laporan mengenai nasib penumpang yang terselamat dalam bas persiaran terbabit. Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.
Katanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat. Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut. Sementara itu, menurut Associated Press (AP), 30 penumpang berada di atas bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP juga memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja 
penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 50 meter ke 
dalam gaung. Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Berhati-hatilah ketika memandu, jangan hanya hendak cepat sampai ke destinasi keselamatan digadaikan.
Berhati-hatilah ketika memandu, jangan hanya hendak cepat sampai ke destinasi keselamatan digadaikan.
sumber: http://www.mazidulakmal.com/2013/08/bas-jatuh-gaung-di-genting-highlands.html &
http://mutaligat.blogspot.com/2013/08/gambar2-bas-jatuh-gaung-di-genting.html


No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"