Sahabat Que 'Silent Readers'

JADUAL PERJALANAN PLUS TERKINI | Sempena Nuzul Al Quran

7/25/2013 08:32:00 pm

JADUAL PERJALANAN PLUS TERKINI | Sempena Nuzul Al Quran | Disini Abe kongsikan dengan korang semua Jadual Perjalanan PLUS yang TERKINI yang Abe petik daripada Laman Web PLUS.
Pada sesiapa yang ingin merancang perjalanan sempenan cuti Nuzul Al Quran ini, Abe syorkan korang bolehlah merujuk kepada Jadual yang Abe sediakan kat bawah ini sebab PLUS jangkakan trafik di Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Utara Selatan) AKAN meningkat pada cuti Nuzul Al Quran esok.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni Ni apa yang Abe petik daripada website PLUS: Petaling Jaya Selasa: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat pada cuti Nuzul Al-Quran pada hari Khamis hingga Ahad yang akan datang. Justeru itu, orang ramai yang ingin pulang bercuti pada hujung minggu ini dinasihatkan supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.
 
 
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, “TTA yang dikeluarkan oleh PLUS pada cuti musim-musim perayaan dan hari-hari puncak telah Berjaya membantu mengurangkan kesesakan di lebuhraya.Oleh itu, kami menasihatkan supaya orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bermula25 Julai sehingga 28 Julai akan datang supaya mematuhi TTA yang dikeluarkan.”

Sebanyak 1.4 juta kenderaan dijangkaakan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari menjelang musim perayaan yang akan datang. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari yang dicatatkan padahari-hari biasa.

TTA merupakan jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi-destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS. Ia dikeluarkan sebagai salah satu dari pada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan orang ramai dari pada terperangkap di dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehatdan plaza tol.

Dalam pada itu, PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik.

sumber: www.plus.com.my

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad