Couple Adalah Haram? | BENARKAH? | Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang 
mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram 
sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan 
lebih dekat lagi.
Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir 
dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk 
bercouple-couple ini?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis
 rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah
 memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi
 S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam 
mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah 
memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan 
syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak 
menuruti.”..
Cuba renungkan ini:
1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati) yg haram tetap haram…

No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"