ASHRAF MUSLIM DAN WAN SAKINAH TERKINI | Dayana Dan Sakinah Dah Mula Keluar Bersama, Kata Ashraf Muslim | “SAYA tahu dia (Dayana) terluka,” demikian reaksi pelakon, Ashraf 
Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan 
dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.
Ashraf berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas di ibu 
kota, hari ini. Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi 
menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan 
Sakinah Ahmad Shaburi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Semoga segala penjelasan saya ini, semua dapat membantu saya. 
Mungkin ada salah silap, saya minta maaf. Saya harapkan apa yang saya 
beritahu ini tidak mengaibkan orang lain,” ujar Ashraf.
Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media:
MEDIA: Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?
ASHRAF: Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam 
diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar. 
Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, 
menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku. Ini 
menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya 
beritahu kepada orang di sekeliling saya.
MEDIA: Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?
ASHRAF: OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah. Dengan 
Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila… saya tak nak apa 
yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan 
hubungan kami menjadi tak baik. Saya juga tak nak disebabkan orang luar 
juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling 
dengan keluarga saya menjadi tak baik. Dalam keadaan sekarang ini 
alhamdulillah. Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa 
Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.
MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?
ASHRAF: Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang 
marah. Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan? 
Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga 
mertua saya. Ini mengambil masa.
MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?
ASHRAF: Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.
MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?
ASHRAF:Sekarang mereka (Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.
MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?
ASHRAF: Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat
 permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya. Saya 
sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut 
isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau 
ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang 
tak betul. Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.
MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang 
memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar 
Ashraf berpoligami. Apa komen?
ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan 
itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak 
ada. Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak
 datang kami. Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan 
etika kewartawanan, ia tidak boleh. Setahu saya lah tapi tak apa, 
perkara itu dah lepas.Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak 
rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak 
pun dah tak boleh juga. Jadi, sekarang nak kena betulkan balik. – SINAR HARIAN



arhhhh.. hati yg terluka tetap berparut, tidak akan hilang parut itu walaupon pki bio oil..
ReplyDeletemaaf..sy emosi bab2 poligami ni..
Satu lagi abe QA.. sy nk share kat blog saya yer..
ReplyDeletehurmm.hurmmmm hurmmmmmmm
ReplyDeletehmmmm... semoga mereka baik2 aja... :)
ReplyDeletexpe la. doakan yg baik2..:)
ReplyDeletehttp://vitamindelight.blogspot.com/
2 la.....prpuan ......lelak bkn thu prsaan prmpuan
ReplyDelete2 la...ermm.....dh 2 x brthu istri dia......huhuhuhhu....sob99
ReplyDelete2 la...ermm.....dh 2 x brthu istri dia......huhuhuhhu....sob99
ReplyDeletelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete2 la.....prpuan ......lelak bkn thu prsaan prmpuan
ReplyDeletekita bersangka baik jela..kita tak tau apa masalah org..kalau kita ni di pihak keluarga ashraf kita akan ckp org tak tau apa masalah kita..yg org tau nak kutuk, fitnah, cerca..kalau ashraf salah sekali pun dia masih ada peluang utk baiki keadaan, tapi mcm mana dgn org yg mengutuk dia..pernah ke kita minta maaf dgn org yg kita kutuk tu..so waspadala anda semua..
ReplyDelete