ABBY ABADI DAN FARHAN | Perkahwinan Yang Ada HIKMAHNYA | 8 Julai Abang Meninggal, 9 Julai Abby Berkahwin - ABBY
 pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pernikahannya dengan Farhan 
mendapat restu keluarga masing-masing. Justeru timbul persoalan, mengapa
 pernikahan mereka perlu berlangsung di Thailand?
Menurut salah seorang Forumer Cari, ibu bapa Abby masih ada di Lembah
 Keramat namun mereka sah tidak menghadiri hari bersejarah anak mereka 
pada 9 Julai lalu. Hal ini kerana ketika tarikh berkenaan, mereka sibuk 
dengan urusan pengebumian abang Abby yang meninggal dunia 8 Julai lalu. Apatah lagi, arwah sudah menunjukkan tanda-tanda nazak sebelum tarikh itu lagi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sementara di pihak keluarga Farhan pula, sudah nyata pernikahan 
pasangan ini tiada masalah juga kerana 19 Julai lalu, Abby sempat 
berkongsi gambar dia pulang ke kampung halaman suaminya dan berbuka 
puasa bersama keluarga di sana. Oleh itu jawapan paling tepat mungkin kerana seperti kenyataan Abby kepada Harian Metropada hari ini, dia mahu ‘memudahkan yang payah.
Apa pun, Abby sememangnya seorang yang tidak suka berahsia. Sudah 
pasti dia akan memperjelaskan hal ini tidak lama lagi. Biar bagaimana 
dia menyembunyikan sesuatu, akhirnya dia pasti akan berkongsi juga 
kebanyakan perkara. Sebagai contoh selepas mengakui sudah bernikah dengan Farhan, dia 
mula mendedahkan gambar-gambar mereka bersama. Daripada gambar 
menghadiri ceramah PAS sampailah mengunjungi Tok Guru Nik Aziz untuk 
mohon restu, semuanya dimuat naik di laman Instagram.
Turut dikongsikan, SMS Farhan kepadanya beberapa jam sebelum mereka 
diijabkabul, selain gambar-gambar anak-anaknya bersama ‘abi’ baru 
mereka. 
sumber: Webberita via MyNewsHub
sumber: Webberita via MyNewsHub

No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"