JEREBU TERKINI | Operasi Pembenihan Awan Di Lakukan | JAKARTA:
 Pihak berkuasa Indonesia memulakan proses pembenihan awan semalam dalam
 usaha menghasilkan hujan serta memadamkan kebakaran hutan yang 
menyebabkan jerebu serius ke atas negara jirannya iaitu Malaysia dan 
Singapura.
Di Singapura, indeks pencemaran udaranya menurun. Namun, beberapa 
buah negeri di Malaysia terutama Johor mengalami jerebu serius sehingga 
memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat. Sebuah pesawat dengan peralatan pembenihan awan dikatakan berjaya 
menghasilkan hujan di daerah Bengkalis, pulau Sumatra kelmarin.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Kami akan meneruskan operasi pembenihan awan pada hari ini 
menggunakan dua pesawat,” jelas pegawai Agensi Pengurusan Bencana 
Indonesia, Agus Wibowo.
Sementara itu, polis Indonesia menyatakan pihaknya sedang menyiasat lapan buah syarikat, termasuk dari Malaysia. Siasatan itu dibuat sehari selepas aktivis alam sekitar Greenpeace 
menyatakan kebakaran melibatkan ladang kelapa sawit milik syariat dari 
Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Menurut Wibowo, Indeks Standard Pencemaran (PSI) di wilayah Riau melebihi tahap bahaya iaitu 400 di beberapa lokasi. Sebanyak tiga buah helikopter juga telah ditugaskan untuk memadamkan api di kawasan berkenaan. – AFP
*JAKARTA sudah, MALAYSIA bila lagi?

No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"