AKIBAT BERZINA | Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan!! | ZINA merupakan 
kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina
 itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang
 di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah 
perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya
 dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih
 berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun 
hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1-
 Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni 
berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari 
dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5-
 Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian 
sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9-
 Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang 
memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10-
 Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia 
dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini
 adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara 
bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari 
apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan 
untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
12-
 Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka 
kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan 
keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah 
dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan 
dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu 
biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13-
 Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di
 samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada 
pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14-
 Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam 
daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk 
Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas
 dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan 
membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak 
pernah melakukannya.
15-
 Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan
 kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa 
yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami 
dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir 
maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga 
suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari 
siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
16-
 Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada 
asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status 
sosial yang jelas.
17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.
19-
 Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan
 merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang 
menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang 
lain.
20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
21-
 Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka 
semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan 
yang dilakukan secara terang-terangan.
Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama,
 hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi
 yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni 
dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu 
tahun.
 
Kedua,
 Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap 
penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu 
Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang 
dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya
 lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan 
sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja 
termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang 
menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan 
untuk menjalankan hukuman.
Ketiga,
 Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh 
orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan
 positif bagi kebaikan umat.
Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina 
dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya 
dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali 
dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.
2-
 Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih 
buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
3-
 Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan
 wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim 
(terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak 
keutuhan rumah tangganya.
4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
7-
 Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya 
ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
8-
 Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat 
suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
9-
 Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada 
gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim 
lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama 
dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
Bertaubat
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada 
penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk 
terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa
 saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera 
kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah 
dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali 
melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan 
siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji 
tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan 
mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada 
istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan juga mereka yang tidak 
menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa 
yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang 
dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan 
yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)
“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)
“Kecuali orang yang bertaubat dan 
beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah 
akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan 
adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)
Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
sumber:  http://hasnulhadiahmad.com/akibat-berzina/

Nauzubillah.....
ReplyDelete