Kebetulan pula lagi beberapa hari dah masuk bulan Ramadan, Abe nak rekemankan korang buffet ramadan yang best ni.
Sebut pasal buffet ramadan, bagi menyambut kegembiraan di bulan ramadan ni pasti ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan. Tentu rindu nak merasai keenakan menu dan juadah di buffet ramadan kan. Ehemm, dah decide ke lokasi iftar tahun ni?
Abe nak kongsikan satu lokasi untuk korang iaitu di Klana Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Tema buffet ramadan di Klana Beach Resort, Port Dickson tahun ni ialah Selera Nasi Padang. Ada 9 gerai utama kali ini yang menyajikan menu Signature dish antaranya:
1. Kibas golek 
Hidangan istimewa yang disediakan di Klana Beach Resort adalah seperti Kibas Golek, Lauk Pauk Tradisional, Apam Balik, Pencuci Mulut & Buah-buahan, Aneka Jeruk-Jeruk, Aneka Keropok, Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal.
2. Rendang maman
3. Sambal jawa
4. Rendang itik
5. Masak lemak pucuk paku
6. Pucuk ubi tempoyak
7. Daging masak hitam
8. Ayam masak merah
9. Udang masak lemak cili api
Tidak lupa juga ada gerai Kids Corner tau yang menawarkan dua menu iaitu Spageti Cabonara & Fries.
Sambil-sambil makan juga kita akan dihiburkan dengan Live Band Klasik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung. 
Dari segi ruang jangan risau ye. Tahun ini Klana Beach Resort menyediakan ruang yang lebih luas dan selesa. Pakej ini bermula daripada RM68/orang. Promo beli awal, harga murah dan berbaloi. 'Early Bird' cuma berharga RM60 je.
Kemudahan solat terawih juga sepanjang bulan ramadan 2024 turut diadakan disini ya. Ada imam khas yang akan memimpin nanti. Pakej ramadhan 2024 turut disediakan bersama penginapan. Boleh lihat pamplet diatas. Penginapan di Klana Beach Resort pun tidak kurang hebatnya, selesa dan bersih dan paling penting ianya menghadap laut yang tenang. 
Buat mereka yang bukanlah berasal sekitar daerah Port Dickson mahupun dari Negeri Sembilan, Klana Beach Resort juga datang dengan Pakej Penginapan & Pakej Seminar yang lengkap dari bilik, bufet ramadan hingga sahur sekali. Untuk non-muslim, disediakan sarapan pagi seperti biasa.

Khemah dengan lampu bergemerlapan. Ia dipasang sepanjang iftar berlangsung. Ada bermacam lagi citarasa nismilan disediakan. Dengan harga yang cukup murah, ia memang sangat berbaloi untuk korang pilih bufet ramadan di Klana Beach Resort.
Menu-menu sajian tahun ini semua dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H. Nanti boleh lihat paparan menu dibawah. 
LIMA PUTARAN MENU MASAKAN PANAS
RAMADAN - 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
NASI PUTIH
AYAM PENCEN MASAK GULAI 
DAGING DENDENG BATAKOK 
IKAN PATIN ASAM PODEH
TELOR DADAR 
PUCUK UBI MASAK LEMAK PUTIH
RAMADAN – 4 / 9 / 14 / 19 / 24
NASI PUTIH
KALIO AYAM KAMPONG
PARU BERLADO 
GULAI IKAN TONGKOL 
SAMBAL TAUHU PETAI 
KOBIS TUMIS IKAN BILIS 
RAMADAN – 5 / 10 / 15 / 20 / 25
NASI PUTIH
MASAK LOMAK AYAM PADANG 
GULAI DAGING 
SAMBAL IKAN GORENG 
TEMPE KICAP 
GULAI NANGKA TELOR SOTONG
RAMADAN – 6 / 11 / 16 / 21 / 26
NASI PUTIH
AYAM MASAK LOMAK CILI PADI
RENDANG DAGING
GULAI URAT KETING KIKIL
TELOR GULAI PADANG 
TERUNG CABAI RAWIT 
RAMADAN – 7 / 12 / 17 / 22 / 27
NASI PUTIH
AYAM LADO HIJAU 
GULAI PEROT PADANG 
TENGGIRI MASAK LEMAK KENCUR
CABAI JERING IKAN BILIS
GULAI PUTIH PADANG
Ok berbalik kepada buffet ramadan, berikut promosi harga untuk Selera Nasi Padang di Klana Beach Resort Port Dickson:
Mula buffet :
14 Mac 𝟮𝟬𝟮4 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 8 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮4
Tempahan Awal : 𝗥𝗠60 ✅
Kanak² / Warga Emas : 𝗥𝗠𝟯𝟬 (𝟱-𝟭𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻)✅
Dewasa (Normal Price) : RM68 nett
Kanak-Kanak 4 tahun kebawah: 
Tidak dikenakan bayaran
Tel: 06-6487888
📱 Tempahan di Whatsapp: 
Website: www.klanabeachresortpd.com.my

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)






.jpeg)
.jpeg)
menu dia semua menyelerakan. lagi2 masakan negeri sembilan tu.
ReplyDelete