Buffet Ramadhan Murah 2022 | Istimewa Citarasa Nismilan di Klana Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan
3/27/2022 12:13:00 pm
Setelah 2 tahun
berdepan dengan kita semua bergelut pandemik, akhirnya kita akan beralih ke Fasa Endemik bermula 1 April ni.
Kebetulan pula dah masuk bulan Ramadan. Walaupun masih perlu ikut SOP
tapi syukur Alhamdulillah kita dah boleh kembali menjalani kehidupan
seperti biasa. Dah boleh berterawikh, pergi bazar ramadan dan juga
dine-in buffet ramadan.
Sebut pasal buffet ramadan, bagi menyambut kegembiraan di bulan ramadan
ni pasti ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama
keluarga dan kawan-kawan. Maklum la, dah 2 tahun kita berbuka puasa di
rumah je. Tentu rindu nak merasai keenakan menu dan juadah di buffet
ramadan kan. Ehemm, dah decide ke lokasi iftar tahun ni?
Abe nak kongsikan satu lokasi untuk korang iaitu di Klana Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Tema buffet ramadan di Klana Beach Resort, Port Dickson tahun ni ialah Citarasa Nismilan. Ada 9 gerai utama kali ini yang menyajikan menu Signature dish antaranya:
1. Kibas golek
2. Rendang maman
3. Sambal jawa
4. Rendang itik
5. Masak lemak pucuk paku
6. Pucuk ubi tempoyak
7. Daging masak hitam
8. Ayam masak merah
9. Udang masak lemak cili api
Hidangan istimewa yang disediakan di Klana Beach Resort adalah seperti Kibas Golek, Lauk Pauk Tradisional, Apam Balik, Pencuci Mulut & Buah-buahan, Aneka
Jeruk-Jeruk, Aneka Keropok, Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal.
Tidak lupa juga ada gerai Kids Corner tau yang menawarkan dua menu iaitu Makaroni Bakar dan Bebola Ayam Bersama Sos Cendawan.
Sambil-sambil makan juga kita akan dihiburkan dengan Live Band Klasik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet
Ramadhan berlangsung.
Dari segi ruang jangan risau ye. Tahun ini Klana Beach Resort menyediakan
ruang yang lebih luas dan selesa. Pakej ini bermula daripada RM68/orang. Promo beli awal, harga murah dan berbaloi. 'Early Bird' cuma berharga RM55 je.
Kemudahan solat terawih juga sepanjang bulan ramadan 2022 turut diadakan
disini ya. Ada imam khas yang akan memimpin nanti. Pakej ramadhan 2022 turut disediakan bersama penginapan. Boleh lihat pamplet diatas. Penginapan di Klana Beach Resort pun tidak kurang hebatnya, selesa dan bersih dan paling penting ianya menghadap laut yang tenang.

Khemah transparent dengan lampu bergemerlapan. Ia dipasang sepanjang iftar berlangsung. Ada bermacam lagi citarasa nismilan disediakan. Dengan harga yang cukup murah, ia memang sangat berbaloi untuk korang pilih bufet ramadan di Klana Beach Resort.
Ok berbalik kepada buffet ramadan,
berikut promosi harga untuk Citarasa Nismilan di Klana Beach Resort Port Dickson:
Mula buffet :
𝟱 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟮
Tempahan Awal : 𝗥𝗠𝟱𝟱 ✅
Kanak² / Warga Emas : 𝗥𝗠𝟯𝟬 (𝟱-𝟭𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻)✅
Dewasa (Normal Price) : RM68 nett
Kanak-Kanak 4 tahun kebawah:
Tidak dikenakan bayaran
Tel: 06-6487888
📱 Tempahan di Whatsapp:
Website: www.klanabeachresortpd.com.my
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"