Sahabat Que 'Silent Readers'

Baju Sekolah Murah Dan Berkualiti Tinggi Di Pusat Pakaian Hari-Hari

3/15/2022 08:59:00 pm

 
Pejam celik pejam celik, 21 Mac 2022 ni merupakan tahun kedua  EanRifqee belajar di sekolah kebangsaan. Pejam celik pejam celik, dah 8 tahun dah usia dia, sekejap je masa berlalu. Sebagai persiapan sebelum sekolah buka ni, Abe dan isteri pun survey la kat mana nak beli set pakaian dan kelengkapan sekolah untuk si EanRifqee tu. Ushar punya ushar, wife cakap dia baca good testimoni kat Pusat Pakaian Hari-Hari.
So, kami decide untuk beli je set Baju Sekolah, Baju KAFA, Seluar Track Gelap, Stokin, Kasut Hitam dan Beg Sekolah untuk Ean Lagipun hasil survey, ada banyak kedai Pusat Pakaian Hari-Hari yg berdekatan dengan rumah kami kat Putrajaya ni. Kami decide untuk ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Sri Serdang, Selangor.
Harga & kualiti baju dan kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Sebab murah, mudah dan antara faktor terpenting kami berbelanja  di Pusat Pakaian Hari-Hari ni adalah semua benda yang kita nak beli terutamanya barang kelengkapan sekolah ada. Tak perlu nak pening kepala masuk kedai keluar kedai yang lain. Kualiti pakaian sekolah yang dijual kat sini pun baik. Kain tebal dan sejuk. EanRifqee jenis budak yang kuat berpeluh, so kami amat berhati-hati dalam memilih material kain untuk dia. Alhamdulillah, kualiti kain baju dan seluar sekolah kat sini memenuhi citarasa kami.
 

Staf yang mesra

Abe bawak sekali si EanRifqee tu masa gi shopping semalam, senang boleh test saiz terus. takyah la dua tiga kali nak kena gi tukar saiz kalau salah pilih saiz. Service kakitangan kat sini memang terbaik. Once kita tanya, dorang akan terus bagi layanan mesra bantu kita untuk cari saiz. Semua promoter berikan layanan mesra sepanjang kami mencari kelengkapan persekolahan EanRifqee.


 
Apa yang ada di Pusat Pakaian Hari Hari?

Harga baju sekolah memang murah di sini. Korang tengok je promo iklan yang dorang buat untuk promosi kali ni. Cute je model masing-masing pakai baju sekolah pelbagai warna. Maksudnya jenis baju atau warna yang dicari memang ada dijual di sini. Korang bagitau je nak cari uniform warna apa, semuanya ada dijual di sini.



Sama je tandingan uniform yang dijual di Pusat Pakaian Hari-Hari kalau nak dibandingkan dengan kedai lain, baik dari segi ketebalan atau jahitan. Paling best dengan hanya RM65 boleh dapat full set.



Best kan? Harga murah, kalau beli banyak dapat lagi murah. Pada korang yang bizi, boleh juga buat pembelian secara online.

Macam mana korang tengok di Pusat Pakaian Hari-Hari, sama jugakla uniform atau kelengkapan sekolah yang ada dalam pembelian atas talian. Uniform pelbagai size, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, pengawas sekoah, pengawas pusat sumber, beg sekolah, kasut dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.ehari.com. Ataupun untuk mendapatkan info terkini yang lebih pantas, korang kena jengah media sosial Hari-Hari.

Nah Abe share pautan kat bawah ni. Korang klik je:

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad