Cara Rawat Resdung Dengan Cepat | Kapsul Penawar Resdung Asmak Herbs


Cara Rawat Resdung Dengan Cepat | Kapsul Penawar Resdung Asmak Herbs | Abe ni sejak dulu lagi selalu je sakit kepala, selsema dan sentiasa bersin apabila bangun daripada tidur akibat Resdung. Macam-macam dah cara ikhtiar Abe buat untuk merawat penyakit resdung Abe ni. Tapi majoriti semuanya memberikan kesan pemulihan yang seketika je. Maksud Abe, resdung datang balik selang tak lama.

Perit wooo bila bangun tido terbersin. Anak Abe, Si EanRifqee tu selalu terjaga akibat terkejut bila Abe bersin. Kesian budak tu, hmmmm…


Bebaru ni, Abe diperkenalkan kepada Kapsul Penawar Resdung keluaran Asmak Herbs. Tanpa ragu dan was-was, Abe terus cuba. Lebih kurang dalam jam 3 petang Abe dapat sebotol Kapsul Penawar Resdung Asmak Herbs ni, Abe dah sangat teruja. Sebab Abe tau keberkesanan setiap produk keluaran Asmak Herbs. Untuk info korang, Abe ni pengguna tegar Minyak Herba Asma Mujarab tau..

Pengalaman yang Abe alami, malam tu selepas makan, Abe terus ambil 2 kapsul Kapsul Penawar Resdung. Apa yang Abe alami lain benar tau, kesan seawal selepas pengambilan kapsul tersebut terus Abe rasa. Memulanya, Abe rasa macam gatal-gatal di bahagian hidung. Mungkin sebab tindakbalas awal. Dalam lebih kurang 10-15minit macam tu, bukan gatal teramat, tapi rasa macam gatal-gatal nak terbersin. Abe biarkan je sebab Abe nak tengok kesannya… Lebih kurang dalam 15 minit selepas itu, rasa gatal-gatal tu dah mula hilang. Malah Abe rasa macam lega dalam kepala ni. Sakit kepala yang sentiasa Abe alami sejak sekian lama pun mula hilang. Macam magis, kesan daripada Kapsul ni terlalu cepat Abe rasa, subhanallah…


Malam tu, Abe dapat tido dengan lenanya, Alhamdulillah. Yang menariknya kalau korang nak tahu, apabila bangun tido awal pagi keesokan harinya, Abe dah tak bersin lagi. Seriously, ini betul-betul pengalaman Abe yang Abe alami sendiri. Lepas sarapan pagi, Abe terus ambil 2 kapsul lagi. Abe nak kongsikan dengan korang, dalam lebih kurang tengahari, sekali lagi Abe rasa tindakbalas perubahan. Abe bersin, gatal hidung dan rasa macam nak selsema. Abe banyak kali bersin sehingga keluar macam lender bila Abe pergi cuci muka di bilik air. Abe pasti, ini tindakbalas positif pada diri Abe.

Hari ni, masa Abe menulis entri ni, masuk hari yang ketiga Abe konsisten menggunakan Kapsul Penawar Resdung ni, subhanallah TIADA LAGI BERSIN, TIADA LAGI SAKIT-SAKIT KEPALA, TIADA LAGI GATAL-GATAL HIDUNG DAN YANG PALING PENTING, HABUK BUKAN LAGI MUSUH UTAMA ABE. Untuk pengetahuan korang, Abe sebelum ni sangat alahan kepada habuk. Kapsul Penawar Resdung ni betul-betul mujarab pada Abe, sangat serasi untuk Abe gunakan bagi merawat masalah resdung Abe yang Abe alami sejak sekian lama. Kapsul Penawar Resdung Asmak Mujarab is recommended by me. Totally Recommended !!!


Ni Abe kongsikan dengan korang info tentang gajala-gejala resdung dan juga info berkenaan produk keluaran Asmak Herbs

Simptom Resdung
  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
  • Diperbuat daripada herba terpilih yang diproses sendiri dari awal sehingga akhir dengan prosedur yang ketat, bersih dan suci.
  • Bebas dari bahan kimia berbahaya dan kandungannya semulajadi 100%.
  • Menggunakan kapsul halagel.
  • Melegakan resdung seawal 3-14 hari bergantung kepada tahap resdung.
  • Makan bila perlu sahaja, apabila dah semakin baik, boleh hentikan pengambilan. Jimat bukan? Ini Mama suka! Risau gak kalau terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat kan? Kalau boleh makan bila perlu je camni, rasa lebih mudah dan selamat.
  • Dihasilkan dari kilang bertaraf GMP dan Halal.
  • Mendapat MAL dari KKM sejak tahun 1997 lagi, tetapi disebabkan proses menukar nama dan hak milik, pihak syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd kini dalam proses mendapatkan kelulusan semula.
  • Sesuai untuk semua dan dari umur 3 tahun dan ke atas (kecuali ibu mengandung).
  • Tidak perlu rawatan yang melecehkan, membuang masa dan kos tinggi.
  • Juga berkesan untuk mereka yang ada masalah pernafasan termasuk asma kerana ia akan membantu melegakan. Resdung dan asma saling berkaitan tanpa anda sedari. 


Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Kalau korang alami simptom atau tanda-tanda tu, kemungkinan korang ada penyakit resdung dan kalau dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan, sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.


Asmak Herbs ni ialah ubat resdung herba yang diformulasikan daripada akar-akar kayu dan herba-herba terpilih, tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan unsur steroid. Jadi InsyaAllah ianya selamat, mujarab, cepat berkesan dan lebih jimat.


Harga sebotol cuma hanya RM39.00. Ada 30 biji, makan 2 biji pagi dan 2 biji malam atau bila perlu. Bila gejala penyakit dah kurang, boleh hentikan pengambilan.

Asmak Herbs
Hotline HQ : 0199708897
Instagram : mham.sdnbhd
Facebook Page : UbatResdung Herba

Baca Seterusnya ----»

Tanda-Tanda Sakit Di Badan

  • 1/07/2017 11:11:00 pm
  • 0 comments

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.b) Bersini) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucati) Sistem penghadaman yang lemah.ii) Perut mengandungi angin.iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : 

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendii) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAHi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAHi) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.

b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis. 
Baca Seterusnya ----»
 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine