Petua Panjang Umur Oleh Tun Dr Mahathir

mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi petua untuk panjang umur iaitu dengan makan secara sederhana, mengamalkan gaya hidup sihat dan solat.
Bagaimanapun, negarawan berusia 88 tahun itu mengaku petua tersebut mudah disebut tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana beliau sendiri terpaksa berusaha habis-habisan untuk makan secara sihat.
“Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah sahaja, jangan terlebih makan & solat.
“Ini sesuatu yang amat sukar bagi saya tetapi saya cuba juga untuk tidak makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras,” katanya. Yang paling penting, jaga solat & mohon doa daripada Allah.
Baca Seterusnya ----»

Lakaran model pertama Datsun didedahkan

New-Datsun-2

Datsun merupakan sebuah jenama yang pernah menghilang dari pasaran automotif dunia yang kini telah muncul kembali dengan nafas baru. Kemunculan semula jenama itu diumumkan pada bulan Mac 2012 yang lalu. Selepas lebih setahun, model pertama Datsun akan dipertontonkan kepada dunia dalam majlis yang akan diadakan di New Delhi, India pada 15 Julai 2013.

Sebelum diperkenalkan secara rasmi, lakaran model pertama Datsun kini sudah didedahkan oleh pengeluarnya, menunjukkan sebuah model dengan rekaan hatchback kompak yang bakal dilancarkan mulai tahun 2014. Model tersebut disasarkan untuk pasaran sedang membangun seperti India, Indonesia dan Russia, dan diikuti oleh pasaran Afrika Selatan selepas itu.

p/s : Datsun sudah kembali dengan meletakkan sasaran untuk menjual kereta pada harga lebih rendah berbanding jenama Nissan. Tetapi jika Datsun masuk ke pasaran Malaysia, berapa pula harganya nanti?


Baca Seterusnya ----»

11 Tips Dapatkan Tambang Kapal Terbang Murah

1. Gunakan Kayak Explore
Tool yang sangat best untuk berangan. Layari di sini =>kayak.com/explore.
Mana tak berangannya bila tengok world map dengan possible tambang nak pegi sana.
Screen-Shot-2015-07-23-at-8.49.07-AM
Dan yang bestnya kita boleh main-main select nakgi time summer ke winter ke, bebile ke..

2. Naik kapal terbang yang berbeza

Jangan tengok satu airlines je. Survey macam-macam airlines yang ada offer route yang kita nak pegi tu. Misalnya pegi naik MAS, balik naik Air Asia. Survey, OK. Kadang2 naik kapal terbang yang berbeza ni lebih berbaloi.

3. Guna fungsi Multi-city

Satu lagi boleh guna fungsi multi-city dengan airlines yang sama. Contohnya kita pegi Australia turun di Sydney, dan balik dari Adelaide. Tapi multi-city ni kena guna function “Multi-city” yang dalam website masa booking tu tau… jangan beli asing2, mahal sesangat!
air asia
Air Asia
mas
Malaysia Airlines
singapore airlines
Singapore Airlines

4. Book tiket sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal

Kalau nak tiket murah, mesti booking awal-awal. Seberapa awal? Sekurang-kurangnya 2 bulan atau 6 minggu sebelum tarikh nak terbang. Siap ada kajian yang dibuat pasal benda ni. Harga tiket yang dibeli sebelum tempoh 2 bulan terakhir tu biasanya lebih murah dari biasa.

5. Ambil connecting flight (transit)

Untuk perjalanan jauh, penerbangan terus biasanya lebih mahal dari transit. Misalnya tiket kelas ekonomi ke London kalau direct flight dengan British Airways, one way boleh dapat dalam RM2,200 paling murah (harga premium ekonomi dalam RM5,000), tapi kalau naik Vietnam Airlines transit di Ho Chi Minh boleh dapat dalam RM1,200 je. Kan ke jimat RM1,000 tu!

6. Survey harga di macam-macam website

Jangan reply pada satu website je. Tadi dah berangan dengan Kayak Explore, then mesti compare dengan site lain2 seperti Sky ScannerExpediaTravelocityOrbitz,AirfarewatchdogCheaptickets, etc.

7. Survey juga di website airlines

Jangan lupa untuk buat comparison dengan website asal airlines pilihan kita tu. Kadang2 diorang ni buat offer eksklusif hanya di website dia je.

8. Daftar sebagai member/frequent flyers

Jangan terbang begitu saja tanpa daftar sebagai frequent flyers. Setiap miles adalah dikira tau. Setiap kali travel, kumpul points & nanti boleh redeem balik. Mana tahu dapat tiket free!
card-enrich-gold
Kalau dapat silver/gold card contohnya Enrich ni, boleh check in di kaunter Business Class, priority baggage, & pemegang gold card boleh masuk MAS Golden Lounge walaupun kita naik ekonomi.

9. Guna kad kredit yang ada link dengan airlines atau yang boleh redeem airlines points

Bab nak guna kad kredit ni ada teknik dia. Kalau tak reti teknik dia ni, alamat boleh bangkrap. Tahu tak ramai rakyat Malaysia yang bangkrap sebab hutang kad kredit?
Kalau nak guna kad kredit, guna yang tie dengan airlines points, misalnya CIMB Enrich Gold, boleh dapat 2 kali Enrich points tiap kali buat pembelian.
cimb enrich gold mastercard
Lepas tu, point-point mata ganjaran segala yang lelain tu convert ke Enrich point. Tak ke best tu. Travel free!

10. Terbang pada waktu tak masuk akal

Harga tiket pada waktu-waktu tak masuk akal, misalnya pagi sangat, tengah malam sangat biasanya lebih murah dari waktu-waktu lain. Kami pun selalu fly ambik flight jam 2-3 pagi… jam 5 pagi…

11. Follow Twitter & FaceBook

Kadang-kadang airlines ni suka announce sebarang offer kepada followers mereka di media sosial. Jadi sila follow lah ye Twitter, FB, IG, subscribe newsletter mereka tu.
Kiev, Ukraine - May 20, 2013 - A social media logotype collection of well-known social network brand's placed on modern computer keyboard. Include Facebook, YouTube, Twitter, Google Plus, Instagram and more other logos.

Amacam? Berguna tak tips-tips ni? Kalau berguna kongsi-kongsikan dengan kawan-kawan… Mudah-mudahan  boleh bantu mereka yang sedang cari pasal nak habiskan cuti!
sumber: GuaBlog.com
Baca Seterusnya ----»

Perbezaan Timing Belt Dan Timing Chain Kereta Yang Kita PERLU TAHU!


Adakah anda seorang pemilik kereta? Jika ya, kita perlu tahu tentang penjagaan dan penyelenggaraan kereta secara berkala agar kereta mampu bertahan lebih lama. Antaranya yang perlu diberi keutamaan adalah penggantian timing belt atau chain jika sudah sampai masanya untuk ditukar. Jika gagal ditukar mengikut tempoh yang ditetapkan, enjin akan mengalami kerosakan teruk dan menyebabkan kos baik pulih memakan kos yang tinggi. Ketahui apakah perbezaan timing belt dan timing chain.

Timing Chain

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.

Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga parasnya di dalam enjin, lebih lama jangka hayat rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak enjin yang betul.

Timing Belt

Ia perlu ditukar setiap 90,000 km @ 100,000 km.

Kebiasaannya Timing Belt tidak memberikan sebarang tanda @ hint bila ia akan putus. Tiba² saja ia boleh putus dgn sendirinya. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda boleh jiruskan sedikit air pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.

Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yg sangat tinggi kerana komponen² dalam enjin banyak yg akan rosak, patah dan retak.

Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.

Timing belt – 80,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Ramai yg tak tahu, bila sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai kereta jenis apa pun!

# “Timing Belt” disarankan tukar setiap 60,000km atau 100,000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. ATF (Automatic Transmission Fluid) disarankan ataupun paling bagus tukar setiap 20,000km @ 12bulan, TRANSMISI CVT (Continuously Variable Transmission) disarankan tukar setiap 30,000km.

sumber: GuaBlog.com

Baca Seterusnya ----»

Minyak Daun Ubat TYT Dan Teknik Urutan Bayi

  • 12/15/2016 04:01:00 pm
  • 1 comments
Minyak Daun Ubat TYT Dan Teknik Urutan Bayi

Assalamualaikum...

Sejak ada anak ne macam-macam yang CikMa ingin tahu dan belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai bayi ye la untuk kebaikan kita dan untuk anak juga..Salah satu benda baru yang CikMa dapat belajar ialah CikMa peroleh pengetahuan dan pengalaman tentang teknik-teknik urutan bayi dan kanak-kanak yang sebelum nie CikMa kurang ambil tahu dan kurang peka mengenai kebaikan daripada urutan bayi tersebut.. Alhamdulilah baru-baru nie CikMa berpeluang untuk mengikuti TYT Baby Massage Workshop bersama June Jun Choo..
Madam June ne adalah Timbalan Pengarah Urusan Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd. Madam June telah merantau ke Australia untuk mengkaji dan belajar urutan bayi daripada para profesional di International Association of Infant Massage (IAIM) dan beliau merupakan seorang ahli terapi urut bayi yang berkelayakan. Pada malam tersebut Madam June telah berkongsi beberapa teknik urut yang bermanfaat untuk bayi atau kanak-kanak kecil. Jom kita sama-sama belajar dan praktikkan ye mommy-mommy.

Urutan adalah sentuhan ajaib yang mampu membantu bayi membesar lebih cepat, memperkuatkan daya ketahanan untuk melawan penyakit dan menjadikan bayi lebih berkeyakinan, Membantu melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman. Menjadikan tidur bayi lebih nyenyak, Melegakan kesakitan, tekanan dan keresahan, Melegakan angin dan kolik,Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman. Menjadikan bayi peka dengan sentuhan kasih sayang.

Minyak Daun Ubat TYT adalah pilihan terbaik untuk bayi anda bagi memulakan pengurutan bayi kerana mempunyai pelbagai manfaat berdasarkan ramuan herbanya. Minyak TYT nie mempunyai bau yang lembut dan harum, tidak berminyak dan diserap sepenuhnya ke dalam kulit oleh sebab itu ia tidak akan meninggalkan kesan berminyak pada pakaian selepas dibasuh. Minyak TYT sesuai di jadikan minyak urut kerana tidak meninggalkan rasa pedih atau panas.Minyak Daun Ubat TYT ne dirumus dengan teliti dan dihasilkan di kilang pembuatan TYT yang moden dan telah menerima pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga diperakui HALAL oleh JAKIM.

Antara ramuan yang terdapat dalam Minyak Daun Ubat TYT ne adalah berdasarkan herba-herba terpilih yang sememangnya mengandungi khasiat-khasiat dan cirinya yang tersendiri:
  • Daun Sembung -Membasmi kesejukan,melegakan kesakitan pada bahagian bawah perut dengan rasa yang dingin dan menghentikan pendarahan.
  • Dong Quai- Menambahkan khasiat pada darah,mendorong peredaran darah dan melegakan kesakitan
  • Chinese Arborvitae- Menenagkan rasa gelisah dan mengurangkan perpeluhan yang berlebihan.
  • Daun Sireh- Bersifat anti-Bakteria dan boleh merangsang dengan sifat anti-oksidan.
  • Serai- Memperbaiki peredaran darah,dengan ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat juga mengurangkan akne disamping penghalau nyamuk.
  • Halia Kering- Melegakan keradangan sendi yang menyakitkan.
  • Kulit Pokok Gaharu- Merangsang pengaliran Qi dan melegakan kesakitan.
  • Minyak Kelapa Sawit- Sumber semulajadi tocotrienol sebahagian daripada vitamin E,antioksidan dan fitonutrien.
Sebelum memulakan urutan kita perlu menggosok kedua-dua tapak tangan agar suhunya seperti suhu badan,kemudian letakkan tangan anda pada bayi dengan perlahan-lahan supaya bayi anda tidak terkejut.

Bayi anda mungkin akan berasa kurang selesa pada mulanya dan mungkin akan menolak pengurutan anda jika pertama kali melakukannya tetapi lama kelamaan bayi anda akan selesa dengan urutan anda.

Komunikasi antara ibu dan bayi amat penting untuk memberitahu bayi anda bahawa badannya akan di urut dan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara anda dan bayi anda.


Madam June memberi penerangan tentang Minyak TYT sebelum memulakan sesi pengurutan

  • Jom CikMa kongsikan beberapa teknik yang CikMa sempat pelajari bersama Madam June..
Water Wheel A..(Khusus untuk pengurutan perut untuk membantu menyingkirkan angin dan                                            melegakan sembelit.)

Letakkan kedua-dua tangan pada perut bayi dan dengan lembut tekan ke bawah dengan sedikit tekanan.Ini membantu menghilangkan angin di dalam perut bayi menerusi saluran usus.


Water Wheel B..

Satu tangan di letakkan pada perut bayi dan tekan ke bawah manakala tangan yang satu lagi angkat kedua-dua kaki bayi ke atas. Dengan mengangkat kaki bayi,biasannya angin boleh di singkirkan dengan lebih pantas. 





Thumbs to Sides..

Letakkan ibu jari tangan di bawah sangkar rusuk bayi dan di sekeliling pusat,kemudian dengan lembut tekan ke bahagian tepi.Ini boleh melepaskan "Qi" atau rasa kurang selesa dari bahagian tengah  perut bayi.


 

Walking..

Letakkan tiga jari pada bahagian kiri perut bayi dan gerakkannya ke arah kanan jika anda seorang yang cenderung guna tangan kanan, letakkan tiga jari pada bahagian kanan dan gerakkan ke bahagian kiri jika anda kidal. Teknik ini untuk mengesan kekerasan pada abdomen bayi untuk mengetahui sama ada bayi mengalami masalah sembelit.




Sun and Moon..

Urut pada bahagian bawah abdomen bayi dalam pergerakan arah jam menggunakan kedua-dua tangan.Letakkan kedua-dua tangan anda pada perut bayi dengan tangan kanan bergerak ke arah kanan dan tangan kiri bergerak ke arah kiri dengan membuat putaran lengkap. Urutan ini di lakukan mengikut arah jam kerana susunan struktur fizikal usus mengikut arah jam.Urutan ini jika di lakukan dengan mengenakan sedikit tekanan mampu membantu bayi membuang air besar.




I Love U..

Teknik urutan yang mewakili huruf 'I', 'L' dan 'U' berguna untuk bayi yang mengalami masalah sembelit kerana ia berasaskan fakta bahawa usus manusia melingkar mengikut arah jam.

Langkah pertama 'I'- Letakkan tapak tangan anda pada bahagian kanan abdomen bayi dan dengan lembut gerakkannya ke bawah sebanyak sekali.



Langkah kedua 'L'- Tapak tangan di letakkan pada perut bai dan gerakkan dengan lemnut melintang ke kanan dan menengak ke bawah, dalam pergerakan ke dalam dan keluar seakan-akan membentuk huruf 'L'.


Langkah ketiga 'U'- Lakukan seperti gerakkan huruf 'U' terbalik.




Selesai sudah beberapa teknik urutan yang sempat Madam June kongsikan bersama kami.Semoga ibu-ibu di luar  sana dapat praktikkan urutan ni di rumah ye.Sebelum mulakan urutan ne pastikan keadaan sekeliling selesa,lampu bilik tidak terlalu terang dan suhu bilik tidak terlalu sejuk ye ibu-ibu..

                                         Tertido terus EanRifqee selepas di urut..huhuhuhu



                                                                Minyak TYT 120ML

Terima kasih kepada Madam June Jun Choo, Rantau PR dan TYT Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada CikMa dan rakan-rakan yang lain mempelajari ilmu yang berguna ne bersama minyak Daun Ubat TYT...






Untuk keterangan lanjut bleh layari www.tyt.com.my atau emel kepada info@tyt.com.my atau bleh juga hubungi di talian hotline 012-4982989.
Baca Seterusnya ----»
 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine