SILIBUS KURIKULUM DI SEVEN SKIES INTERNATIONAL (SSI)

SILIBUS KURIKULUM DI SEVEN SKIES INTERNATIONAL (SSI)

Assalamualaikum... Tentu korang semua masih ingat lagi tentang Seven Skies International (SSI) yang Abe pernah tulis bulan lepas? Ingat tak? Pasal sekolah antarabangsa tu, yang Abe ada bawa Si Putera Abe, Tengku Ean Rifqee menjengah ke sana... Ingat dah kan? Alhamdulillah... Ni Abe tempek pulak LINK apa yang Abe tulis untuk korang jika korang nak ‘refresh’ semula... (KLIKSINI)

Kali ni pulak, Abe nak menulis berkenaan dengan Kurikulum Pembelajaran (silibus) yang diguna pakai di Seven Skies International (SSI) yang mana pada Abe, ianya sangat menarik dan sangat ‘universal’.

Abe ‘refresh’kan semula secara ringkas mengenai Seven Skies International (SSI). Seven Skies International (SSI) adalah projek yang dipelopori oleh Mercy Mission iaitu sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. Tujuan murni utama mereka ialah untuk membantu ummah sejagat. Seven Skies International (SSI) menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan Kurikulum Antarabangsa sebagai asas untuk kajian Islam di Seven Skies International (SSI). Seven Skies International (SSI) juga menyediakan modul untuk pembangunan karakter dan pendidikan moral untuk pelajar secara umum. Kelebihan Seven Skies International (SSI) adalah dari segi kurikulumnya yang menggabungkan  silibus Cambridge dan pengajian Islam yang intensif. Walaupun Seven Skies International (SSI) menggunakan silibus Cambridge, ia tidak mengenepikan pengajian Islam dalam pembelajaran. Dengan berteraskan prinsip “Allah in the heart, the world in the hands” SSI memastikan pelajar-pelajarnya berjaya dalam kedua-dua bidang akademik dan moral.

Info menarik untuk korang semua, Seven Skies International (SSI) menjadi pusat persiapan bagi ‘Cambridge International Exam’. IGCSE (International General Certificate for Secondary Education) yang merupakan peperiksaan bagi setiap pelajar di Grade 10 (sama taraf seperti Sijil Pelajaran Malaysia - SPM) untuk menempatkan diri setiap pelajar Seven Skies International (SSI) ke Grade 11 iaitu A Level. Seven Skies International (SSI) juga turut menyediakan silibus bagi pelajar yang ingin mengambil A-Level di institusi mereka.


Seven Skies International (SSI) mempersiapkan pelajar untuk IGCSE dari Grade 1 hingga ke Grade 11. Fokus atau penekanan yang lebih kepada silibus ‘Cambridge’ diberikan seawal Grade 7 sebelum peperiksaan sebenar di jalankan di Grade 10 atau Grade 11 demi memastikan setiap pelajar bersedia secara mental dan spiritual.

Apa yang Abe perhatikan semasa Abe ke Seven Skies International (SSI) tempohari, setiap pelajar di Seven Skies International (SSI) sangat berdisiplin, sangat tertib dan yang paling membuatkan Abe teruja, semua pelajarnya di asuh dan di bentuk dengan sifat terpuji mengikut Sunnah Rasulullah... Subhanallah...


Sepanjang lawatan singkat Abe ke sana, Abe dapat lihat interaksi antara pelajar dan guru mereka sangat luarbiasa. Mana taknya, Abe difahamkan pada setiap awal pagi, 15 minit diperuntukkan untuk sesi interaksi antara guru dengan pelajar. Mereka akan berbincang tentang kerja rumah (homework), perbincangan tentang topik Islam sejagat dan membaca doa bersama-sama.


Bab ni Abe suka kerana pada pendekatan seumpama ini amat penting untuk memastikan guru mengenali setiap pelajar, prestasi dalam pelajaran dan sekaligus akan dapat ‘create trust and respect’ dalam diri semua orang. Kalau korang nak tahu, di Seven Skies International (SSI), nisbah guru kepada pelajar ialah 1:18. Ini berujuan untuk pembelajaran yang lebih kondusif.


Di Seven Skies International (SSI) juga, makan tengahari disediakan untuk semua pelajar bagi memastikan setiap pelajar mendapat nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan otak yang sihat.

Seven Skies International (SSI) juga mempraktikkan peruntukan khas 10 waktu setiap minggu untuk pengajian Al-Quran. Pelajar dididik sejak kecil untuk bukan sahaja menghafaz Al-Quran malah memahaminya. Secara amnya, pelajar boleh menghafaz keseluruhan Al-Quran dalam masa 6 – 8 tahun mengikut silibus yang ditetapkan oleh SSI. Jika pelajar-pelajar ingin mengambil kelas tambahan dalam hafazan Al-Quran, Seven Skies International (SSI) ada menyediakan kelas khas yang dilaksanakan oleh Andalus Institute, sebuah institut di bawah naungan syarikat induknya, Mercy Mission.



Kelas tambahan oleh Andalus Institute dijalankan di Seven Skies International (SSI) sebanyak 3 kali seminggu untuk membantu pelajar-pelajar dalam hafazan dan pemahaman Al-Quran. Andalus Institute adalah institut bagi Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab. Ia bukan sahaja untuk pelajar tetapi terbuka untuk semua lapisan umur. Untuk maklumat lanjut mengenai Andalus Institute, korang boleh klik pautan ini, http://andalus.mercymission.my/

Subhanallah, sebagai seorang bapa kepada zuriat Abe, Abe amat teruja dengan semua silibus kurikulum yang di praktikkan di Seven Skies International (SSI) ni, terutamanya bila ada penekanan terus kepada Al-Quran.  Penerapan Islam penting untuk diterapkan dalan diri anak-anak sejak mereka masih kecil. Dan Abe juga pasti yang korang semua juga bersependapat dengan Abe. Setiap ibubapa mengimpikan untuk memberikan pendidikan dan sekolah yang baik untuk anak-anak mereka.

Info lain mengenai Seven Skies International (SSI), sila ke pautan yang Abe bagi kat bawah ini:
Baca Seterusnya ----»

TRAVEL MURAH, BAJET DAN PERCUMA DENGAN TOURISTGUIDE.COM.MY

TRAVEL MURAH, BAJET DAN PERCUMA DENGAN TOURISTGUIDE.COM.MY
VIP: (dari kiri) Akim Ahmad (Selebriti Artis Penyanyi Popular Malaysia),  Mr. Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA), Mr. Mohd Akbal Setia (Director, Tourism Malaysia) dan Mr. Devan Kumar (Managing Director, TOURISTGUIDE.COM.MY)



Travel PERCUMA? Biar betul? Wujud ke ni? Memula bila ramai duk bercerita pasal boleh dapat FREE TRAVEL dengan Tourist Guide, Abe seolah macam tak percaya tau. Yer la, secara logiknya, mana ada dah benda yang PERCUMA pada zaman era sekarang ni. Abe tak percaya pada pada memula je lah. Tapi bila Abe hadir ke Majlis Grand Launching website TouristGuide.com.my, terus meleset sangkaan Abe pasal Free Travel ni. Wujud rupanya. Ni memang menarik minat Abe 200%...
Abe masa memuda dulu, Travel & Abe ibarat Isi & Kuku, memang tak dapat dipisahkan, hehehehehe… Lani je Abe dah makin slow sikit. Slow sikit je lah, sb dah berkomitmen rumahtangga. Tapi Abe still lagi suka travel lagi tau.
Bagi korang semua yang minat travel tapi ada masalah bajet kurang, korang jangan risau sebab TouristGuide kan ada. Korang akan dapat memilih pakej travel bajet korang di sini dan sekaligus korang akan ada peluang untuk kumpul point untuk dapatkan FREE TRAVEL. Menarik bukan?


Pada 24 November 2016 lepas, Abe telah hadir ke Grand Launching Tourist Guide di Westin Hotel yang buat pertama kali nya www.touristguide.com.my di rasmikan.

Nah Abe story sikit tentang apa itu TouristGuide?

Pendaftaran di laman web touristguide.com.my adalah FREE, so cepat-cepat register okay. Abe ulang sekali lagi, IANYA TOTALLY PERCUMA, REGISTER FREE. Kalau korang nak tahu, ianya adalah satu platform  yang sangat bagus kepada semua yang suka travel yang mempunyai impian untuk travel di tempat-tempat idaman dengan bujet yang sangat rendah, untuk merancang bajet percutian mereka dengan TouristGuide. Disini, korang mampu menarik nafas lega dari segi penginapan di hotel, tempahan penerbangan, pakej pelancongan dan banyak lagi lah dengan Diskaun yang sangat hebat.

Untuk makluman korang juga, TouristGuide sudah 5 tahun berada dalam dunia pelancongan dalam talian dengan misinya ''Build The World’s Largest Travel Network'' memang banyak memberi kemudahan traveler di luar sana mendapat diskaun yang menarik. 


Once korang dah register kat touristguide.com.my, korang akan mendapat mata yang tidak terhad, dengan mata tu semua korang akan dapat lebih diskaun malahan travel free dari TouristGuide! Yang menariknya, sekarang jugak sale telah berlangsung di web touristguide.com.my

Promosi Hebat sehingga 30 November

Travel Period : 1st April 2017 - 31 March 2018 (except public holiday)






Abe ulang balik tau, KORANG WAJIB REGISTER SEKARANG sebab IANYA FREE… Pastu korang grab lah promosi kat atas ni . Pilihlah yang bersesuaian dengan bajet korang.

Ini link untuk korang daftar: http://touristguide.com.my/register

INFO LANJUT

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)

Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Toll Free : 1800 38 3338
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)
Email : contact@touristguide.com.my


Baca Seterusnya ----»

KL Tower Mini Zoo | Destinasi Pilihan Keluarga Musim Cuti Sekolah


KL Tower Mini Zoo | Destinasi Pilihan Keluarga Musim Cuti Sekolah | Sebelum ni Abe pernah je sampai ke KL Tower. Yer lah, ala-ala melawat gittew, hahhahahha. Kita ni kena jugaklah tengok apa yang menarik di KL, kena jugak melawat. Tak gittew? At least, bila orang kampung tanya, ko penah pegi ke KL Tower?, bolehlah Abe jawab, 'YER", hahahahaha. Kali terakhir Abe datang sini ialah pada tahun 2002, hahahhahha. Lama sudaaaaa...


Nak dijadikan cerita, 13 November lepas, sekali lagi Abe berkesempatan datang sini. Tapi kali ni, Abe bukan melawat KL Tower tau. Tapi Abe ke KL Tower Mini Zoo yang terletak di kawasan yang sama. Baru lagi dibuka untuk orang ramai tapi sambutannya, subhanallah, luarbiasa. Sentiasa penuh dengan pengunjung. Yerlah kan, mana nak cari dah lokasi yang menarik ala-ala gini kat dalam Bandar Kuala Lumpur. Berkebetulan pulak geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9), buat mini gathering kat sini. Kami sempat beramah mesra tau....


Seawal jam 930, kami semua dah berkumpul di Pintu Masuk beli tiket KL Tower Mini Zoo ni. Apa lagi, Abe gunakanlah masa ni untuk chit chat sesama Geng KBBA. Abe bawak sekali cinta hati, Si Permaisuri & Jantung Hati Abe, Si Putera Ean Rifqee... Dorang bukan main teruja tau... Terima Kasih Abg Ben Ashaari, Terima Kasih Team KBBA & terutama sekali Terima Kasih kepada pengurusan KL Tower Mini Zoo di atas penajaan lokasi gathering kami kali ini.


Kalau korang datang ke KL Tower Mini Zoo ni, korang waze je KL Tower. Korang akan masuk di pintu masuk yang sama. Kat dalam ni ada banyak parking lot, Abe nasihatkan korang datang lah awal pagi sikit, baru korang akan boleh pusing-pusing lama sikit. Kadar bayaran parking kat KL Tower ni ialah RM4 untuk sejam pertama.


Sebelum korang masuk pintu masuk utama, korang terlebih dulu akan disambut oleh 2 ekor 'Parrot' tau. Mereka berdua sangat jinak & banyak cakap, hehehehehe... Dan korang seterusnya akan dapat melihat mereka-mereka di bawah ni. Abe taknak cerita lebih, cuma Abe nak kongsikan gambar je. Korang tenhgoklah sendiri... Layannn...


Si Ean Rifqee juga dapat bagi makan pada kura-kura dan 'guinei pig' tau. Eksited sangat dia...


Seterusnya kami berjalan lagi, jalan dan terus berjalan.... Jumpa macam-macam jenis haiwan kat dalam ni. 


Korang akan dapat ketenangan kat dalam tu tau, sebab suasana kat dalam KL Tower Mini Zoo ni redup je. Seredup macam korang berjalan di bawah dimbunan pohon kat dalam hutan sebenar.


Dan yang TERAKHIR, Abe sempat jugaklah buat kejutan untuk Si Permaisuri Hati Abe. Maaf yer Abg Ben, semua ni xdirancang, hanya kebetulan. Maaf sebab tak sempat bagitahu awal pada Abg Ben. Neway, terima kasih kepada semua Geng KBBA sebab sporting bantu Abe buat surprise ni kat isteri Abe. Tq Sis SS untuk video ni tau. Kebetulan tau, tarikh 13 November 2016 ni jatuh pada tarikh hari lahit isteri Abe... Tq jugak pd Abam Korie untuk kek yang Kiyut & Sedap ni...


Ringkasnya, Abe sekeluarga suka kat KL Tower Mini Zoo ni. Memang sesuai dan 'recomended' untuk korang bawak anak-anak korang datang sini, terutamanya pada musim cuti sekolah. Nah, Abe kongsikan sikit detail harga tiket & detail mengenai KL Tower Mini Zoo... 





Harga Tiket KL Tower Mini Zoo


Dewasa : RM32Kanak-kanak : RM27(Budak bawah 90cm percuma)


Mini pakej (1dewasa + 1kanak-kanak) : RM50Family pakej (2dewasa + 2kanak-kanak) : RM98


Waktu dibuka : 10pagi - 9malam (isnin-ahad) 

Baca Seterusnya ----»

Cara Berkesan Memutihkan Gigi Tanpa Kos Tinggi

  • 11/02/2016 02:04:00 pm
  • 1 comments


Anda mengidamkan gigi yang putih tanpa perlu berbelanja mahal? Bahan-bahan di atas mampu bertindak membersihkan dan memutihkan gigi. Kini dengan jumlah kos di bawah RM10, anda mampu memutihkan gigi anda!
Bahan-bahannya:
1. Baking Soda atau Soda Bikarbonat
2. Buah lemon

Itu sahaja!
Cara-caranya:
1. Campurkan Baking Soda dengan lemon (air kosong pun boleh) – Pastikan campuran cukup untuk menjadi paste (seperti ubat gigi) supaya senang kita nak gosok. Boleh gosok guna berus gigi atau jari.

2. Gosok gigi selama 1-2 minit – Jika terdepat kotoran degil pada gigi, masukkan dulu paste campuran tadi dan biarkan beberapa minit, kemudian baru gosok gigi. Ini kerana baking soda bertindak sebagai agen pencuci.
3. Kumur-kumur – Bersihkan mulut dengan kumur-kumur dan keluarkan seperti biasa kita gosok gigi. Bersihkan juga berus gigi seperti biasa.
4. Ulang setiap 2 hari – anda akan lihat kesannya selepas beberapa hari, gigi menjadi lebih putih, insyaAllah!
Baca Seterusnya ----»
 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine