Seven Skies International Kuala Lumpur | Character Before Excellence


Sebagai ibu bapa, Abe & isteri ada pasang niat nak berikan tahap pendidikan terbaik untuk anak Abe suatu masa nanti. Sekarang ni, Putera Abe, Si Tengku Ean Rifqee baru berumur 2 setengah tahun, masih kecik lagi. Kalau boleh, Abe nak EanRifqee melalui sesi pembelajaran yang seronok dan dalam masa yang sama, berteraskan Al Quran & Islamik. Itu impian Abe & isteri.

Tengku Ean Rifqee masa ni demam, moodnya kurang baik. Tapi sebab ramai kawan, nampak muka dia happy walaupun demam
Pada Abe, kanak-kanak ni, bila dia dah rasa seronok dengan persekitaran sekolah, dia akan suka nak ke sekolah dan ini sekaligus dapat membentuk akhlak yang baik serta peka kat benda sekelilingnya nanti. Semampunya Abe & isteri nak control environment EanRifqee ni sementara masih boleh dan mampu sebab Abe percaya persekitaran yang baik dapat membantu pembelajaran dan membentuk akhlak kanak-kanak.

Tengku Ean Rifqee cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran
Risik punya risik, ushar punya ushar, tanya punya tanya, gugel punya gugel, terjumpalah Abe dengan Seven Skies International (SSI) ni. Menepati ciri-ciri sekolah yang Abe tengah cari untuk pendidikan Si EanRifqee suatu masa nanti, insyallah. Terus fall-in love bila kali pertama Abe & Isteri menjejakkan kaki ke sini. Enviroment sekolah ni, WOW... cantik, tenang & menarik. Terus kami jatuh cinta pandang pertama. Dalam berkira-kira demi masa depan anak, boleh dah untuk kami start menabung daripada sekarang... Nah Abe kongsikan serba sedikit info mengenai Seven Skies International ni. Yerlah, boleh dijadikan panduan untuk korang-korang yang lain yang ada pasang niat macam Abe & isteri, mahukan pendidikan yang terbaik kepada anak...

PENGASAS SEVEN SKIES INTERNATIONAL (SSI)

Dr Tawfique Chowdhury
Dr Tawfique Chowdhury merupakan Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif pergerakan Mercy Mission. Beliau memulakan Mercy Mission pada tahun 2005. Sejak itu, Mercy Mission telah berkembang sebagai salah satu daripada jentera perkhidmatan sosial yang paling pesat di dunia yang menyampaikan program perkhidmatan pendidikan dan sosial yang inovatif untuk berjuta-juta orang di seluruh dunia. Mercy Mission kini beroperasi di Australia, Kanada, United Kingdom, Perancis, India, Bangladesh, Malaysia, Indonesia, Pakistan, Qatar, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Dr Tawfique Chowdhury
Sebagai cendekiawan Islam dunia yang terkenal, Dr Tawfique juga berpengalaman dalam perniagaan profesional dan telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat IT multinasional dan Doktor Pakar Kecemasan di Australia. Beliau juga merupakan seorang pelatih korporat, jurulatih perniagaan dan mentor kepada ramai orang yang berjaya di seluruh dunia.

Sebagai penceramah prolifik, Dr Tawfique telah mengembara di peringkat antarabangsa berkongsi pengetahuannya di banyak negara di seluruh dunia. Beliau adalah seorang penceramah terkenal, mahir dalam keusahawanan sosial, perniagaan dan strategi korporat serta pembangunan organisasi.

Dalam dunia Islam, beliau terkenal sebagai pakar dalam topik undang-undang Islam, terutamanya dalam bidang kewangan Islam, undang-undang diri, etika perubatan Islam dan pendapat beliau di dalam perkara ini amatlah dicari. Beliau masih dan terus menjadi penyumbang media terkenal di dalam pelbagai saluran TV di seluruh dunia dan baru-baru ini telah tersenarai antara 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia oleh TheMuslim500.

Beliau kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia, bersama isteri dan tujuh orang anak.

Dr Tawfique mengasaskan Seven Skies International (SSI) pada bulan September 2014, sebuah sekolah antarabangsa yang terletak di Kota Damansara menggunakan sukatan pelajaran Cambridge dan kurikulum antarabangsa. SSI juga menyediakan modul untuk pembangunan karakter dan didikan moral untuk pelajar secara umum.

PROGRAM

Program di Seven Skies International menawarkan satu konsep yang unik dengan menyediakan kurikulum yang holistik untuk pembangunan menyeluruh kanak-kanak. Ia tidak seperti sekolah-sekolah lain kerana ia adalah aktiviti berasaskan dan melibatkan pembelajaran melalui pengalaman.

Yang idealnya, nisbah 1:18 guru kepada pelajar dalam bilik darjah memudahkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum berasaskan tindakan dan memastikan anak-anak korang mampu menyerap bahan pembelajaran dengan cepat dan mudah. Ada 3 peringkat utama meliputi 'kindergarten', rendah dan menengah.

Kindergarten (3 - 5 tahun)
Kurikulum 'Early Years Foundation Stage' memberi tumpuan dengan menyediakan persekitaran yang kreatif dan penyayang memupuk suasana 'bermain untuk belajar'. Melalui penyerapan permainan dan bermain, kanak-kanak akan berkembang dengan memberi pendekatan yang positif kepada persekitaran di sekeliling mereka.

Rendah (6 - 11 tahun)
Pendidikan di sekolah rendah atau pertengahan dibahagikan kepada pembelajaran kelas, memberi tumpuan kepada pembelajaran teras akademik dan pendidikan berasaskan kemahiran hidup, memberi tumpuan kepada karakter dan pembangunan moral.

Menengah (11 - 16 tahun)
Guru merupakan mentor dan rakan-rakan untuk pelajar-pelajar kita, membantu pelajar menyambung kemahiran dan kekuatan mereka kepada kurikulum dan kegiatan kokurikulum sekolah. Hubungan unik ini memupuk ikatan yang lebih kuat antara guru dan murid, menyediakan mereka persekitaran yang penyayang dan mesra semasa mengharungi cabaran dalam dunia remaja mereka.

Yang paling menarik minat Abe, eksklusifnya Seven Skies International menggunakan sukatan pelajaran Cambridge sebagai kajian akademik dan kurikulum antarabangsa sebagai asas untuk kajian Islam disamping menyediakan modul untuk pembangunan karakter dan didikan moral untuk pelajar secara umum. Sehingga kini, Seven Skies International telah mempunyai 150 pelajar.

Seven Skies International diketuai oleh satu pasukan pakar-pakar pendidik yang terpilih KHAS dan dibawa ke Seven Skies International untuk mendidik pelajar-pelajar di sini. Di Seven Skies International, para pendidik ini akan bersama-sama berganding bahu untuk mereka bentuk, membangun dan menyampaikan satu pengalaman pendidikan yang unik kepada pelajar. Seven Skies International mampu untuk mencapai yang terbaik dalam pencapaian pendidikan, dengan kanak-kanak berperwatakan baik berpandukan kepada empat elemen utama berikut:

EDUCATIONAL RESEARCH & DEVELOPMENT (ERD)

As times change, people change and thus so do their needs, desires and expectations from the educational infrastructure. At Seven Skies we are focused on continued professional development for the experts we have brought together to launch this endeavor. Our ERD department is able to use its central intelligence to benefit the system as well as utilizing the process of peer review to reach new heights in education and facilitate the transition of the classroom from a place of teaching to a theatre of dreams.

LEADERSHIP TRAINING FOR TEACHERS

We have established a bespoke academy for teachers to lead the way for them to be able to orchestrate the dreams of children, the aspirations of their parents and the will of their Creator to be manifested in every Seven Skies classroom. The Reach Academy is a leadership program that works to use the educating expertise of teachers and the leadership expertise of our Academy to make an incredible difference in the capacity to educate of every teacher graduating from the Academy.

PARENTING SUPPORT & DEVELOPMENT

‘Parenting for Paradise’ is our parent support program. We recognize that when Seven Skies children go home from school, an opportunity exists to maintain and mature the learning environment they have at school. We are unwilling to allow the children of our schools to return to homes in which the love of learning is absent. Therefore we have designed a fantastic program for the parents of our children, which works to harness their ability to build on what we are doing at school. The program works with parents on practical ways to make the home environment one which reinforces the learning at school and acts as a platform upon which much of the learning is actually put into practice.

GIFTED CHILDREN PATHWAY

‘Precious Pearls’ is the name of our program for gifted children. Unquestionably all children have talent and it is the responsibility of the school to polish that talent. However, there are some children which Allah, the Lord of the worlds blesses in some unique ways. At Seven Skies International, we have a commitment to ensure that all those gifted children that take a seat in our classroom are supported to go on and achieve their potential and leave a legacy in this world that is in line with their capacity to change the world. Sadaqah jaariyah is something that we are hungry for, and our system uses the finest expertise of contemporary education to ensure the optimal return on investment for the parent and the child and ultimately the Ummah of Muhammad, upon whom be peace and blessings.

School Curriculum Overview

It is our observation that the Prophetic methodology of teaching is to focus on Islamic manners and moral education – together, which produces quality Islamic character. At the heart of the Seven Skies character is the hunger for excellence and the pursuit of perfection, and as such the achievement of academic success. We take pride in building the character of the soul, which values and yearns for success, and allows the children to want the success for themselves and to mould their lives accordingly. This method allows for a lifelong approach to learning and achievement, which will allow the Seven Skies children of our time to be successful in all they do, well beyond what they explore in the confides of the school environment.

Program pembelajaran di Seven Skies International juga unik yang memfokuskan kepada perkara berikut:

ENVIRONMENTAL MODELING:

One of the key ways in which we achieve this is implementing the way the companions of the Prophet Muhammad, upon whom be peace, would raise their children; for the first seven years play with them, then the next seven teach them and in the next seven be their friend. The impact on our program of this is how we build the school day for our children. We take pride in ensuring that our teaching model for our children evolves as they do, but does so fusing the Prophetic methodology with the latest educational sciences.

SENSUAL AND GENDER RESPONSIVENESS:

Schools typically favor one type of learner – the auditory learner not the visual or the kinesthetic learners. Seven Skies seeks to respond to all three learning styles. Furthermore, existing schools also do not generally appreciate the differences in physical as well as developmental milestones between boys and girls. Seven Skies focuses attention on responding to these differences from simple things like differential lesson durations to more sophisticated measures surrounding mentoring and coaching.

COMPETENCY FOCUS:

The Seven Skies model focuses on creating four important qualities in the exemplary graduate through a unique humanities program, which is based on vocational methodologies to yield natural competency in: 
  • a) God consciousness and piety
  • b) Confidence and self belief
  • c) Self sufficiency, entrepreneurship and resourcefulness
  • d) Caring and merciful behavior for others
Ok, ni Abe kongsikan sebahagian daripada apa yang anak-anak kita nanti akan belajar kat Seven Skies International.

Anak YBhg Dato' Aliff Syukri antara salah seorang pelajar di sini
Grade 2 - Maths Class
Science Lab
Grade 6 – Islamic (Quran and Tafseer) Class
Grade 2 - Maths Class
Grade 2 - Maths Class
Grade 4 - English Class
Grade 4 - English Class
Grade 2 - Maths Class
Grade 2 - Maths Class
Grade 4 - English Class
Kindergarten - Baking Class
Science Lab
Grade 3 - Bahasa Class
Grade 8 - Character Education Class
Kindergarten - Kesian Si EanRifqee demam. banyak duk melepak je dengan Bondanya
Kindergarten - Baking Class
Lain-lain pautan, klik di sini:


Info mengenai Seven Skies International:

Baca Seterusnya ----»

DEEJA COSMETIC | Putih Gebu Glowing Dalam Masa 5 Hari


DEEJA COSMETIC | Putih Gebu Glowing Dalam Masa 5 Hari | Korang kenal tak Pelokon Sherry Ibrahim? Kenal kan, kan, kan.... Dahla berlakon pun mantap, nyanyi pun boleh... Serba boleh la beliau ni... Ok la korang, meh Abe nak cerita, untuk pengetahuan korang, Sherry Ibrahim ni merupakan Pengasas Bersama Produk Deeja Cosmetic ni.




Ok, Abe tak nak hurai panjang... Meh Abe kongsikan dengan korang info pasal Produk Deeja Cosmetic yang sedang Abe guna la ni...


Dengan tagline "Keayuaan Semula Jadi Dalam 5 Hari", bermaksud korang semua akan nampak perubahan kat kulit muka masing-masing seawal masa 5 hari je. Satu set lengkap ni mengandungi sabun pencuci muka, toner, krim siang dan malam serta krim nano. Kiranya 5 dalam 1 terus... Berbaloi-baloi beli, sebab semua dalam satu kotak dah ni. Ni info Abe kongsikan dengan korang.

TESTIMONI DEEJA COSMETIC

Abe ambil daripada Page Rasmi Facebook Deeja Cosmetic...





Untuk info pada kita semua, produk Deeja Cosmetic ni telah mendapat kelulusan daripada KKM tau. so, ia selamat untuk digunakan tanpa sebarang was-was. Tiada sebarang barang kimia yang berlebihan pada setiap satu produk Deeja Cosmetic ni tau. Setiap satu produk ini mengandungi nombor NOT yang dikeluarkan oleh Biro Farmasiutikal Kebangsaan tau.


SET LENGKAP DEEJA COSMETIC:



Sabun Pembersih Muka merupakan barang yang wajib ada dalam set penjagaan wajah. Ia dapat membantu mengatasi masalah Kulit Wajah Gelap, Jerawat, Jeragat, Kulit berminyak dan ia dapat membuang kotoran pada kulit wajah. Abe dah gunakan sabun ni dalam tempoh 3 hari ni, memang nampak jelas perubahannya... Kulit Abe yang asalnya berminyak, kini dah makin kering. Terasa segar... Kandungan utama sabun pembersih muka ini ialah Air Mawar, Susu & Lobak Merah.

Toner Nano ni senang je nak guna. korang ambik je tisu muka bini korang punya, pastu korang surahkan sikit toner ni pada tisu muka tu & then lap lap lap je toner ni kat muka korang. macam tu je cara yang Abe buat. Fungsinya untuk buat kulit muka korang jadi lebih segar. Fungsi toner ni boleh mengecilkan liang pori yang besar. Bagi korang yang rasa sikit pedih2 tu, itu dah biasa kata bini Abe. Permulaannya akan rasa camtu... Lama2 nanti ok lah, dah tak pedih lagi... Kandungan utama toner ni ialah Aloe Vera & Air Mawar. Penggunaan Toner nano ni dapat mengatasi lebam bawah mata (eyebeg) dan sekaligus dapat menjadi Anti Penuaan pada wajah. Aloe vera dapat mencerahkan wajah yang kusam.

Krim Malam ni mengandungi AHA (Alpha Hidroxy Acid) yang boleh meningkatkan kolagen pada kulut wajah. Sekaligus ianya dapat melembutkan texture kulit muka korang. Krim ni juga mengandungi Vitamin E yang dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah kita bila kita menggunakan krim ni. Vitamin E juga dapat membantu untuk merawat kulit normal kering. selain itu, krim malam ni juga mengandungi Retinoid Acid yang dapat membantu mengurangi garis halus di wajah. Retinoid Acid ni dapat membantu membaiki kulit kusam kerana sinaran matahari. Yang paling bestnya, krim malam ni mengandungi Gliserin, yang bertindak sebagai pembersih muka sekaligus membantu mencegah dan mengurangkan jerawat.

Krim Nano [malam]. Kandungan utama krim nano ini ialah Minyak Jojoba & Kunyit yang dapat menghilangkan jeragat serta pigmentasi dan dapat meninggalkan sel-sel kulit mati pada wajah. Ia juga dapat membantu mengurangkan parut pada wajah korang. Minyk jojoba pula dapat cepat menyerah pada kulit tanpa menyumbatkan pori-pori kulit. Secara tidak langsung, ia dapat menyeimbangkan PH pada normal.

Krim Siang ni Abe pakai setiap hari. Abe sapukan nipis-nipis je. Namapun orang lelaki, xde lah sampai Abe nak pakai tebal bagai. Kandungan Krim Siang ialah Biji Almond, Biji Tomao dan Aloe Vera. Abe dapat rasa perubahan jelas nyata pada kulit Abe selepas secara konsistennya Abe menjadi pengguna Deeja Cosmetic. Ada penampakan ala-ala glowing dah gittew... Krim Siang ni mengandungi Vitamin C dapat menghalang penyerapan Sinaran UV pada wajah kita. Yang paling Abe suka, kesan minyak pada muka Abe dah makin berkurang.

Krim Siang
Abe sedang guna? Yer lah, Abe sedang guna... Untuk info korang, Produk ini sesuai untuk lelaki dan perempuan tau. So, takde masalah la bagi korang-korang lelaki yang tercari Produk yang sesuai bagi lelaki... Deeja Cosmetic la pengelesaian korang. Abe dah guna pakai, korang pun kena ikut jejak langkah Abe...

Harga : RM 85 (WM) | RM 90 (EM)



Untuk Sebarang Pertanyaan / Order sila call / whatsApp hotline : +6019 694 5950
Facebook: Deeja Cosmetic Hq
Instagram: deeja_cosmetic_hq
Baca Seterusnya ----»

Budak Asrama Sekarang VS Budak Asrama Dahulu

  • 9/06/2016 04:34:00 pm
  • 5 comments


Budak asrama sekarang sudah tidak macam budak asrama zaman kita dulu.

Zaman kita, boleh kira berapa kali ibubapa datang melawat dalam setahun.

Zaman sekarang, tiap-tiap minggu ibu bapa kena datang melawat. Kalau tidak datang, mulalah anak merajuk.

Zaman kita, basuh baju sendiri kat bilik basuh (basuh pakai tangan ya), lepas kering , seterika sendiri...

Dobi hanya untuk tuala, cadar, selimut atau seluar tebal.

Zaman sekarang, bilik basuh ada mesin basuh. Tidak perlu tenyeh2 atau sental pakai sabun buku FAB warna biru.

Zaman sekarang, untung sebab ada ibu datang bawa kain kotor balik dan tukar pulak dengan baju bersih dan disiap seterika untuk stok seminggu.

Zaman kita, ayah bagi money order yang dipos ke sekolah. Jumlah dalam lingkungan RM20 (itu saya la).

Zaman sekarang, RM20-30 memang tidak cukup. Silap-silap itu untuk belanja 2-3 hari sahaja.

Zaman kita, makan apa yang Dewan Makan sediakan. Sedap makan n sampai penuh tray besi. Tak sedap, makan sikit.

Siapa tidak kenal ikan jeket?
Ikan termenung?

Zaman kita asrama dulu, ramai yang ternanti hari Jumaat. Sebab hari Jumaat menu lain sikit. Kadang2 nasi ayam. Kadang-kadang nasi minyak dengan ayam merah.

Jumaat memang hari berlumba2 balik dan terus ke Dewan Makan.
Kelakar.

Ramai tidak suka kalau dewan makan hidangkan lauk sadin waktu makan malam. Tapi pada yang lapar, tak kisah pun. Sadin pun sadin la. Walaupun nanti tangan bau hanyir ikan sadin.

Zaman sekarang, tiada menu sadin di dewan makan. Mungkin sebab mahal kot.

Supper atau minum malam (lepas prep) hanya dihidangkan biskut kering dgn teh -o. Itu pun rasa syukur dan siap tapau biskut bawak balik asrama kalau ada lebih.

Zaman sekarang , supper makan mi goreng, bihun goreng dan paling ringkas roti krim(pun sedap jugak).

Sarapan pagi yang saya suka roti dengan jem nenas dan kaya dalam tin. Luar tin ada tulis "hak kerajaan Malaysia". Itulah jem nenas yang paling sedap dalam dunia.

Telur separuh masak pun ada tapi saya tak makan.

Saya mengimbas kenangan ini sebab saya ada dalam WhatsApp group ibubapa sekolah anak2 saya. Walaupun hanya sebagai silent reader tapi setiap yang ditulis saya baca.

Segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan makanan di asrama anak mereka. Ada saja komen ibubapa tentang menu.

Antara komen2 yang ada ialah lauk tak sedap. Kesian kat anak sebab makan Ikan jeket yang keras katanya. Selalu sangat menu ikan keli, ikan keli tidak bagus dan tidak elok dan macam- macam lagi.

(Dulu ikan keli tiada dalam menu jugak).

Pada saya mungkin ada ibu bapa yang tidak berpuas hati itu kerana mereka tidak pernah merasai kehidupan diasrama. Atau mereka dari golongan "senang" yang tidak perlu makan ikan murah seperti ikan jeket ini.

Mungkin juga mereka golongan professional seperti doctor, pakar nutrisi atau pakar perubatan yang tahu tentang khasiat tentang ikan dan makanan.

Sebagai ibu yang hanya sebagai seorang perancang kewangan, saya memang sentiasa merancang menu makanan dirumah.

Kadang-kadang ada juga saya tanya anak saya makan apa hari ini.
Memang saya risau sebab salah seorang anak saya memang "picky eater". Dan alhamdulillah dia masih survive dengan nasi kawah dan ikan jeket setakat ini.

Selalunya saya akan imbas kembali menu saya semasa zaman "tray besi" dulu. Memang ternyata berbeza malah lebih baik dari zaman kita yang pakai " tray besi" dulu.

Dan saya selalu pesan kat anak, syukurlah dapat makan, walaupun tidak sesedap makan dirumah.
Sebabnya kakak kena tahu kat luar sana ada yang nak makan ikan pun susah. Ada yang hanya merasai makan daging atau ayam hanya beberapa kali dalam setahun.
Syukurlah banyak2 nak.....

Si ibu2 pun kena bersyukur jugak....

kredit: penulis asal karya ini
Baca Seterusnya ----»

RESPONS TERHADAP SENGATAN SEMUT CHARLIE

  • 9/04/2016 07:05:00 am
  • 1 comments


RESPONS TERHADAP SENGATAN SEMUT CHARLIE

Semut Charlie (lihat gambar) banyak terdapat di negara kita. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Rove's beetle.
Ia biasa hidup di tempat2 yang lembab tetapi apabila musim hujan/tengkujuh atau banjir ia mungkin akan pindah ke tempat2 lain yang lebih kering. Ia kelihatan seperti semut dan pada waktu malam, ia akan mencari tempat2 yang terang.

Berbeza dengan tanggapan umum, semut Charlie *TIDAK MENGGIGIT ATAU MENYENGAT*.

Sebaliknya, darah/bendalir badannya adalah sangat toksik. Toksin ini dinamakan pederin dan akan menyebabkan kesan keradangan pada kulit dan mata jika terkena.

Jika kita memijak atau menepuk semut ini, badannya akan hancur dan toksin dari darahnya akan terkena pada kulit kita. Ia juga boleh mati dengan kita menepuknya seperti membunuh nyamuk. Kanak2 juga mungkin akan tertarik pada semut ini kerana warnanya yang merah dan hitam seperti Manchester United. 😊

Penunggang motosikal boleh terkena toksin semut charlie apabila mereka menunggang motor dan terlanggar semut tersebut di muka ketika ia sedang terbang. Ia boleh menyebabkan kesan keradangan yg serius pada kulit dan anggota2 badan yg terkena toksin.

Tanda2 awal terkena toksin semut charlie ini adalah kemerahan pada kulit yang diiiringi dengan rasa panas seperti terbakar (burning sensation). Sakit akan menyusul diiringi kegatalan pada kulit. Kulit mungkin melepuh dalam tempoh 4 hari. Kesan ini boleh berpanjangan hingga 10 hari!

Toksin yg mencemari anggota badan seperti tangan boleh dipindahkan ke anggota badan lain dengan menyentuh anggota badan lain. Itulah sebabnya sekiranya anggota badan terkena toksin semut ini, kita mesti mencucinya dengan kadar segera supaya ia tidak merebak ke tempat lain serta meminimakan kesan toksin.

Apakah yg boleh anda lakukan apabila terjumpa semut ini? Pertama sekali, jangan sentuh semut tersebut.

Keduanya, jika semut tersebut hinggap pada badan kita, jangan membunuhnya dengan menepuk atau melenyekkan tubuhnya. Tiup saja ia hingga terbang atau alirkan air ke atas semut tersebut hingga ia terjatuh. Gelapkan lampu di tempat yang diketahui ada semut ini pada waktu malam. Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika tidur di tempat yg diketahui ada semut ini.

Jika sekiranya anda terkena toksin ini secara tidak sengaja, segeralah mencuci kulit yg terkena toksin dengan air yg banyak dan sabun. Toksinnya meresap agak lambat ke dalam kulit dan mencucinya pada kadar segera akan menyebabkan kebanyakan toksin boleh dinyahkan dari kulit.

Tidak ada antidote atau antitoksin khusus untuk toksin semut charlie ini. Jika anda terkena kesannya, cuci segera bahagian yg terkena. Sedikit ubat anti histamine seperti piriton atau benadryl mungkin membantu. Juga tuam tempat yg terkena itu dengan ais agar kesakitan dapat dilegakan dan keradangan dapat diminimakan. Menyapu kawasan kulit yg terkena keradangan dgn aloe vera juga boleh membantu.

Jika kesan keradangan pada kulit adalah serius, segeralah berjumpa dengan doktor.

Kami sedia membantu. 😊

Jangan risau, bisa semut ini adalah tidak berbahaya kepada nyawa manusia. Ia cuma menyebabkan keradangan pada kulit yg menyakitkan dan luka yang mungkin agak lambat utk sembuh.

Semoga bermanfaat.

*Dr Abdul Rahman Abdul Kadir*
*Pakar Kecemasan dan Trauma*
Baca Seterusnya ----»
 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine