[EKSKLUSIF] Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya | 9 GAMBAR MENARIK

  • 7/31/2016 02:32:00 pm
  • 0 comments
[EKSKLUSIF] Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya | 9 GAMBAR MENARIKGambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya

Baca Seterusnya ----»

12 FAKTA MENARIK MENGENAI KERETA BUGATTI VEYRON | Mesti Baca !!!

  • 7/31/2016 11:46:00 am
  • 0 comments


12 FAKTA MENARIK MENGENAI KERETA BUGATTI VEYRON!

Harga pasaran = RM 4.81 JUTA!!!
Cukai Jalan = RM 24,598.50

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:

1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.

2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.

3. Enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.

4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000. lebih kurang RM266, 000.

5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.

6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.

7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.

8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit

9. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.

10. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.

11. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.

12. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
Baca Seterusnya ----»

Tips Membeli Rumah Oleh Mohd Aslam | WAJIB BACA !!!

  • 7/30/2016 02:39:00 pm
  • 0 comments


Tips membeli rumah until diduduki

Disclaimer: Tips ini mungkin berbeza bagi setiap orang.

Ramai mengeluh, harga rumah semakin mahal. Lagi-lagi rumah landed. Ramai yang jika diberi pilihan nak duduk rumah teres. Senang katanya, tak perlu panjat tangga/lif.

Ada betulnya.

Lain orang, lain caranya. Tapi bagaimana nak membeli jika harga rumah landed dan rumah apartment juga mahal? Rumah adalah satu keperluan asasi manusia. Membesar dalam rumah, semua perihal kita buat dirumah. Tak kan nak tidur dalam kereta kan?

Sebab tu jika anda diberi pilihan, belilah rumah dahulu. Jika kenderaan sangat diperlukan untuk anda mencari rezeki, pergi kerja. Belilah dibawah kemampuan sendiri. Bagaimana nak tahu bawah kemampuan? Jika layak beli Honda City, kena tahan sikit nafsu tu, belilah Myvi sahaja dulu ataupun Viva. Percayalah, kereta saban tahun akan upgrade dari segi teknologi, design dan pelbagai lagi. Tak rugi kalau tak beli kereta mahal sekarang pun, sebab nanti anda juga yang pening kepala nak renew roadtax/insurans, isi minyak, tol lagi, jem lagi dan pelbagai lagi.

Tips membeli rumah untuk diduduki mudah dari saya.

Buat permulaan mereka yang bekerja contohnya di Cheras, cari rumah sekitar tempat kerja sahaja. Ikut kiraan kemampuan kita. Cari rumah yang agak murah tak kisah flat atau apartment. Jumpa?

Check market value dengan bank/valuer. Jika anda serius boleh terus beli setelah kiraan komitmen dibuat, usha kawasan sekitar dan lihat kemudahan berdekatan.

Anda bujang?…

Duduk rumah yang dibeli dan bilik lain disewakan dengan rakan sekerja (lebih baik) dan pastikan buatlah agreement bertulis apa yang DO/DONT.

Anda berkeluarga?..

Tinggal sahaja dirumah yang dibeli agar jimat kos minyak, tol dan seumpamnya buat sementara waktu. Simpan/labur duit gaji atau duit extra income yang ada untuk tujuan membeli rumah yang lebih besar. Ini cerita bab lain ya. Jika rumah dekat dengan tempat kerja, stress dijalanraya dapat dikurangkan. Masa yang ada tu boleh ditumpukan pada kerja lebih masa atau buat partime apa yang anda minat.

Bagaimana mengira kemampuan pinjaman anda?

Debt Service Ratio berbeza setiap bank. Cara kiraan Debt Service Ratio adalah begini.

Komitmen / Pendapatan x 100 = DSR anda.

DSR yang anda dapat adalah jumlah maksimum komitmen yang anda boleh buat setiap bulan.

Contoh : Gaji BERSIH RM3500. Komitmen bulanan sedia ada ( Hutang ) cuma ada RM1000.

RM1000 / RM3500 x 100 = 28%.

Setiap bank % DSR nya berbeza.

Apapun komitmen anda buat mestilah dibuat kira-kira dahulu. Jangan asal mampu bayar je beli, kalau boleh belilah asset yang boleh menjana pendapatan seawal kerjaya. Sekurang-kurangnya JUMLAH PENDAPATAN anda dapat dinaikkan hasil dari pendapatan asset yang dibeli. ( contoh rumah sewa ).

Ok paham tak?

Tolong la SHARE, panjang ni aku tulis.

Sumber: FB Mohd Aslam
Baca Seterusnya ----»

Mimpi Doa Seekor Kucing | Kisah Teladan

  • 7/27/2016 09:47:00 am
  • 0 comments


*Mimpi doa seekor kucing*

*Jangan diperkecilkan kuasa ALLAH SWT*
*Ibu seorang pemuda dirawat di hospital*
*وأدخلت للعناية المركزه*
*Ibunya dirawat di ICU*
*وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء*
*Beberapa hari kemudian doktor berterus terang*
*بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها* *في أي لحظة تفارق*
*Keadaan ibumu tiada harapan semboh dan boleh meninggal dunia bila2 masa*
*وخرج من عند أمه هائما على وجهه*
*Pemuda itu meninggalkan hospital dengan hati yg sedih mengenang sakit ibunya*
*وفي طريق عودته لزيارة والدته*
*Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi*
*وقف في محطة البنزين*
*Pemuda itu berhenti di stesen minyak*
*وهو ينتظر العامل ليضع البنزين* *في سيارته*
*Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak*
*رأى تحت قطعة كرتون قطة قد* *ولدت قططا صغارا*ً
*Pemuda itu terpandang seekor kucing bersama anaknya berteduh dibawah kotak*
*وهم لا يستطيعون المشي*
*Kucing itu kelihatan tak boleh berjalan*
*فتساءل!!!!!*
*Dia termenung sejenak*...
*من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه* *الحال؟*
*فدخل للبقالة*
*Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk semula ke kedai minyak*
*واشترى تونة*
*Dibelikannya setin tuna*
*وفتح العلبة ووضعها للقطة* *وانصرف للمستشفى*
*Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital*
*وعندما قدم للعناية مكان تنويم أمه*
*Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU*
*لم يجدها على سريرها فوقع ما في* *يده*
*Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam*
*فاسترجع وسأل الممرضة*
*Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas*
أين فلانة؟
* Di mana ibuku.?
فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة
* Nurse itu berkata:
Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa
فذهب لها
* Pemuda itu terus mendapatkan ibunya
فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها
* Yg ketika itu dalam keadaan ceria
فسلم عليها وسألها
* Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi
فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها
* Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil
قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها
* Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembohkan segera
فتعجب الشاب
* Pemuda itu terharu mendengar apa yg diceritakan ibunya
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
* Puji bagi mereka yg sentiasa kasih mengasihi
سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
* Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.
(داووا مرضاكم بالصدقه)
* (Sembohkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)
هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال:
* Itu hanya setin tuna.
Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)
( إتقوا النار ولو بشق تمره)
سبحان الله
* Subhana Allah
Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah
حتى لو مشغول إرسلها"
* Wlaupun anda sibuk,sila forwardkan rencana ini kepada seramai rakan yg mungkin..!
(لاإله إلا الله)
? "يارب فرج هم من ينشره"
* Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini..!
Baca Seterusnya ----»

KHASIAT JERING | Dipercayai Boleh Membantu Melawan Semua Jenis Kanser

  • 7/26/2016 12:33:00 pm
  • 2 comments


💥Sedikit info kesihatan....

Jom kite selalu2kan makan jering pulak;

Tak lama lagi mungkin jering naik harga, skrg RM30/kg

Ubat Kanser yang Beribu Kali Lebih Kuat dari Kemoterapi..

ANDA SUKA MAKAN JERING?

(saya share supaya lebih ramai sahabat yg hidup sihat walafiat)

• Ternyata JERING merupakan buah ajaib untuk membunuh sel KANSER & beribu kali lebih kuat dari Kemoterapi.

• Spt diketahui, pohon jering dikenali sbg varietas jering.

• Kita boleh menfaatkan buah Jering dgn cara memakannya langsung sebagai ulam, dibuat jus, minuman sorbets, kueh, emping jering dll.

• Hal ini menghasilkan banyak kebaikan, tetapi yang paling menarik adalah kesan yang dihasilkan pada kanser dan tumor.

• Buah ini adalah ubat yang terbukti melawan SEMUA JENIS KANSER.

• Jering dianggap juga sebagai spektrum anti dadah terhadap infeksi bakteria dan kuman, terbukti dari baunya yg adikuat. Efektif terhadap parasit dalaman dan cacing, dpt mengatur tekanan darah yang terlalu tinggi & berguna sebagai anti stress, memerangi stres dan perasaan gugup.

• Sumber informasi menarik ini berasal dari salah satu produkdsi ubat terbesar dî dunia yg mengatakan bahawa setelah lebih dari 20 ujian laboratorium yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkap bahwa :

Jering boleh MENGHANCURKAN SEL² GANAS 12 jenis kanser, termasuk usus, payudara, prostat, paru² dan pankreas.

• Kekuatan buah ini menunjukkan 10,000 kali lebih baik dari produk adriamycin, obat kemoterapi, biasanya digunakan dî dunia, memperlambat pertumbuhan sel kanser.

• Dan bahkan yg lebih memeranjatkan jenis terapi dengan ekstrak Jering hanya menghancurkan sel² kanser ganas & tidak mempengaruhi sel² sihat.

Institute of Health Sciences, 819 Sweden Riset Biosains. L.L.C. Cause Street.

Sebarkan berita baik ini, demi kesihatan kita semua. Bersyukurlah bagi yg dapat memakannya.
Baca Seterusnya ----»

Kisah Penjual Tauhu | Kisah Nyata Kisah Benar

  • 7/24/2016 01:22:00 pm
  • 0 comments


PENJUAL TAUHU

Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah...

Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan shj untung, modal pun habis. Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan kemek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya peternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..

PENGAJARAN... Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yg jauh lebih baik daripada yg diminta.

Tuhan Maha Mengetahui keperluan kita, dibandingkan diri kita sendiri.

Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.

Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.... Semoga kita semua selalu dalam lindungan dan keberkahan-Nya..
Baca Seterusnya ----»

KISAH NYATA KISAH BENAR | Cerita Tentang Sahabat

  • 7/23/2016 07:34:00 pm
  • 2 comments


Pada suatu petang pada hari cuti, seorang sahabat saya mengajak saya untuk menemaninya ke kedai spare parts, saya dengan rela menemaninya. Kami ke bandar klang. usai membeli barangan dikehendaki, dia mengajak saya menemaninya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya.

Sudah tentu saya keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa disitu dan saya juga berpakaian agak selekeh. Dia mendesak dan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya. Dia berjanji hanya sekejap sahaja.

Di restoran berhawa dingin itu beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual didalam kelompok-kelompok kecil. Di luar terdapat deretan kereta-kereta mewah. dia masuk berjumpa mereka dan bertegur sapa. Rata-rata mereka sudah tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah puluhan tahun. Saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya.

Apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa menghadiri kenduri jiran sebelah rumah. Saya hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan makanan yang terhidang... Saya dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompok. ada kelompok guru, businessman, kakitangan kerajaan, suri rumah dan penyendiri.

Sahabat saya disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, keluarga, kerja dan kereta yang dipakai. Ya, itulah soalan yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis tersebut.

Woi, kau pakai kereta apa sekarang?, saya yang mendengar turut terasa jengkel. Ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan show off kereta. Lagi memualkan ada sahabatnya yang terang-terang bercerita perniagaannya yang besar, berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar negara.

Sahabat saya hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala. Tidak mahu merintang angin sahabatnya yang mendabik dada sudah menjadi orang ada-ada.

Dua jam berlalu, sahabat saya mengajak saya pulang. Dia menemui sahabatnya yang lain dan memberitahu terpaksa pulang untuk menyertai isterinya di kenduri jiran rumah mereka. rata-rata hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengendahkan sahabat saya lagi.

Hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori hingga ke kereta. Mereka masih berbual-bual kira-kira 20 minit dan bergelak ketawa. Mereka bukan calang-calang orang, salah seorang adalah pengarah agensi kerajaan dan seorang lagi adalah ahli perniagaan. Mereka berkekek ketawa bercerita tentang peristiwa melastik burung, memedap ikan puyu di paya dan dihambat jiran setelah mencuri durian.

Apabila ingin bersurai, saya tengok mereka berpelukan mesra dan saling bermaafan. Air mata mengalir di pipi masing-masing. Di dalam kereta, saya bertanya sahabat saya itu kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya. dia mempunyai kereta BMW, merc, honda, toyota hilux dan beberapa kereta lagi, tetapi wira buruk ini juga dibawanya.

Katanya, memang saya sengaja, saya nak tengok rupa sebenar sahabat-sahabat saya yang dahulu makan sepinggan dan susah senang bersama.

Jadi, akhirnya saya tahu saya sebenarnya hanya ada dua orang sahaja sahabat yang masih anggap saya sahabat karib mereka. Sahabat tanpa syarat.

Saya diam dan termenung sendiri. Saya sedar bahawa rumah cuma tempat berteduh, kereta cuma alat pengangkutan, pakaian cuma alas diri.

Kita mampu memiliki dan menggantinya kesemuanya itu pada bila-bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilhan ada ditangan kita. ternyata harta yang dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak persahabatan.

Namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, persahabatan akan kekal hingga ke hujung nyawa.
Baca Seterusnya ----»

Erti Abjad Daripada A Sehingga Z | Sekadar Berkongsi

  • 7/22/2016 01:37:00 pm
  • 1 comments


Inilah erti abjad A sehingga Z :

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
MuhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasakan mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia didepan kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal.
Baca Seterusnya ----»

Hebatnya PETUA | Petua Orang Tua

  • 7/22/2016 12:30:00 am
  • 3 comments


Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut

1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambu

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan

1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda

1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Selamat mengamalkan nya...
Baca Seterusnya ----»

3 ARAHAN TERAKHIR ALEXANDER THE GREAT | Kisah Nyata Kisah Benar

  • 7/21/2016 09:44:00 am
  • 1 comments


Buat renungan kita bersama dari sudut hati paling dalam...

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama - Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

Kedua - Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

Ketiganya - Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati. Ia tetap akan terus berada di dunia.

3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.

Kesimpulannya:

Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu.

KEBAHAGIAAN HIDUP...

Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama.

Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang.

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama.

Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama.

Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.

Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama... lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka... itulah kebahagiaan sesungguhnya.

Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:

1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala sesuatu bukan dari harganya.

2. Kata2 yg terbaik: "Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan."

3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan.

4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia". Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.

5. Hidup itu antara "B" birth (lahir) dan "D" death (mati). Di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita.

Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.

6. Ada 6 doktor terbaik:

a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam.
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Gembira/ketawa

Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan & nikmatilah...

jom kita pikir2kan..😉
Baca Seterusnya ----»

KENAPA ERDOGAN HENDAK DIJATUHKAN? | WAJIB BACA

  • 7/19/2016 04:24:00 pm
  • 1 comments


KENAPA ERDOGAN HENDAK DIJATUHKAN?

Sebenarnya barat tak selesa dgn keberkesanan & keupayaan Erdogan menjadikan Turki kuasa Ekonomi & Ketenteraan

Turki : Kenapa Dicemburui?

ISTANBUL - Dari artikel penulis Jordan, Ihsan Al Faqih, pada media Achahed:

1. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100B dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, UAE, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.

2. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % setahun, yang bererti masuknya Turki ke dalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Moden yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang disasarkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

4. Airport International Istanbul adalah airport terbesar di Eropah yang menampung 1,260 pesawat setiap harinya, ditambah Airport Shabiha yang menampung 630 pesawat setiap hari.

5. Turkish Airline meraih peringkat penerbangan terbaik di dunia dalam 3 tahun berturut-turut.

6. Dalam 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.

7. Untuk pertama kali Turki di masa moden ini memproduksi sendiri Tank baja, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa awak, serta satelit tentera moden pertama yang multi fungsi.

8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan 169.000 kelas baru yang moden, sehingga kadar siswa dalam sekelas tidak lebih dari 21 orang.

9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropa dan Amerika menaikkan wang kuliah. Sedangkan Erdogan menghapuska seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.

10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar setahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11.000 dollar setahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Perancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!

11. Di Turki, negara sedang meningkat keupayaan untuk membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju tahun 2023.

12. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan sejak 6 dasawarsa

13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah penganggur menurun dari 38% menjadi 2%.

14. Di Turki, anggaran pendidikan dan kesehatan, mengungguli anggaran pertahanan, dan gaji guru sama gaji doktor.

15. Di Turki telah dibangunkan 35 ribu laboratorium IT dan data base moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

16. Erdogan melangsaikan defisit anggaran yang mencapai 47B dolar. Sebelumnya baki terakhir hutang Turki ke IMF adalah hanya 300 juta dolar pada Julai lalu. Bahkan Turki memberi pinjaman kpd IMF sebanyak 5.0B dolar. Disamping itu Erdogan juga meningkatkan simpanan negara sebanyak100B dolar.

17. 10 tahun lalu, ekspot Turki hanya 23 B dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 B dolar, mencapai 190 negara. Yang paling banyak adalah kereta yang kedua peralatan elektronik. Setiap 3 peralatan elektronik di Eropah, satunya adalah produk Turki.

18. Kerajaan Erdogan mengawali pelupusan sampah menjadi pengeluar tenaga elektrik yang digunakan oleh sepertiga penduduk Turki. Dan tenaga elektrik sudah dinikmati oleh 98% penduduk Turki.

19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung television, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki satu contoh dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

20. Erdogan adalah teman Israel, begitu menurut kaum sekular Arab. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf karena kes kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pembekuan Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

21. Erdogan adalah teman Israel??? Beliau berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: "Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza..."

22. Erdogan meleraikan para demonstrasi penentangnya dengan air. Tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau rudal atau bom-bom molotov.

23. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab di sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

24. Erdogan satu-satunya ketua negara bersama istrinya mengunjungi Myanmar dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

25. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

27. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan "Bismillahirrahmanirrahim.." Padahal, salah satu negara Arab membuat pohon krismas terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.

28. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.

29. Erdogan melepas 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban shalat berjamaah dan menghafal Al Quran.

ALLAHU ALAM

(dari sahabat yg sedang berada di Istanbul...).
Baca Seterusnya ----»

Tips Memilih Wedding Photographer | MESTI BACA

  • 7/19/2016 10:05:00 am
  • 0 comments


TIPS MEMILIH WEDDING PHOTOGRAPHER

Untuk entry kali ini mari kita kongsikan tips memilih photographer utk majlis perkahwinan, baby potret DLL.

Agak-agaknya apa tips untuk bakal pengantin memilih photographer yang tepat bagi majlis bersejarah mereka?

Berikut disenaraikan beberapa tips yang berguna untuk anda.

Sila cari beberapa photographer untuk dilakukan perbandingan, mana yang terbaik. (saranan cari yg dekat dengan lokasi anda)

Anda perlu mengetahui citarasa gaya fotografi mereka sendiri, dan sila pilih photographer yang menepati citarasa anda.

Pastikan anda mendapat photographer yang anda kehendaki, bukannya dihantar photographer lain ke majlis anda. Mana mungkin hasil kerja tangan setiap orang sama. Elakkan menyesal kemudian hari apabila hasil gambar tidak menepati seperti mana anda lihat di website photographer.

Anda boleh bersikap cerewet dalam mencari photographer yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan photographer yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka.

Pastikan anda memilih photographer yang mempunyai passion dalam kerja mereka, terutama photographer FULLTIME, jika memilih yg PARTIME make sure mereka yg telah lama berkencinpung dalam dunia Fotografi ini.

Anda disarankan meminta galeri gambar yang banyak daripada photographer. Ini kerana lumrah untuk photographer hanya meletakkan 5-6 keping sahaja gambar terbaik mereka. Jikalau boleh, sila dapatkan galeri lebih 50 keping gambar untuk contoh 1 pasangan pengantin.

Sila berusaha untuk melihat album sample untuk elakkan menerima album yang murah dan rendah kualiti, dengan alasan untuk menjimatkan kos,

Pilihlah photographer yang sesuai, yang serasi dengan anda. Juga adalah penting untuk TIDAK terpengaruh dengan mana-mana photographer yang suka memburukkan photographer - photographer lain. Sebelum termakan hasutan, adalah tidak rugi untuk anda cuba deal dan dengar consultation daripada pelbagai photographer.

Pilihlah photographer yang friendly dan boleh berkomunikasi serta bergaul dengan family anda, terutama untuk majlis-majlis besar dan meriah.

Tanya apa kelebihan photographer atau perkhidmatan yg ditawarkan.

Call photographer anda elak ber SMS and booking segera…

p/s : bagi bakal pengantin elakkan mengambil photographer yg baru berjinak dalam dunia fotografi, majlis anda amat berharga.. elakkan terpengaruh dengan harga yg murah. photographer baru nak buat portfolio je.. jangan jadi majlis anda bahan uji kaji..

rujukan http://iqfaizal.blogspot.com/
Baca Seterusnya ----»

Burung Cenderawasih Awet Jantan | UNTUK DI JUAL

  • 7/18/2016 01:31:00 pm
  • 2 comments


UNTUK DI JUAL.

Kepada yang berminat, bolehlah berhubung dengan AbeLong di talian 01119791881 (Whatsapp/Call) untuk maklumat lanjut yang berkaitan..









Baca Seterusnya ----»

PERODUA BEZZA BODYKIT AKSESORI GEAR UP | Harga Dan Spesifikasi

  • 7/17/2016 06:08:00 am
  • 3 comments


Smart gila Perodua Bezza yang ditambah bodykit aksesori GearUp.

Dengan harga bermula RM37,300 hingga RM50,800 adalah tak pelik kalau Perodua Bezza ni akan memenuhi lane 1 highway dan kasi highbeam kat korang suruh ketepi macam kereta paling laju di dunia, Myvi.

Apapun tahniah Perodua!!

Kredit Paultan.Org




Boleh buat tempahan skrg...

PERODUA BEZZA...

BEZZA 1.0 MANUAL
HARGA RM 37300
DEPOSIT RM 3800
BULANAN RM 402
FULL LOAN
BULANAN RM 447

BEZZA 1.0 AUTO
HARGA RM 39300
DEPOSIT RM 4000
BULANAN RM 423
FULL LOAN
BULANAN RM 471

BEZZA 1.3 SE MANUAL
HARGA RM 42800
DEPOSIT RM 4300
BULANAN RM 462
FULL LOAN
BULANAN RM 514

BEZZA 1.3 SE AUTO
HARGA RM 44800
DEPOSIT RM 4500
BULANAN RM 483
FULL LOAN
BULANAN RM 538

BEZZA 1.3 ADVANCE
HARGA RM 50800
DEPOSIT RM 5100
BULANAN RM 548
FULL LOAN
BULANAN RM 610

**KIRAAN BULANAN MENGIKUT ANGGARAN 3.3%





Baca Seterusnya ----»

Tempahan Perodua Bezza Dibuka Sekarang | Perodua Sedan

  • 7/14/2016 09:46:00 pm
  • 6 comments


Tempahan untuk Perodua Bezza dibuka sekarang.

Perodua Sedan. Khabarnya bakal dilancar Khamis depan 21/7 dengan harga anggaran RM35k-RM50k.

Untuk makluman, keluaran awal model terbaru merupakan keluaran yang kualitinya superb sebab nak jaga 'imej'.












Baca Seterusnya ----»
 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine