KISAH NYATA KISAH BENAR | Wanita Ini Tinggalkan Nota kecil Yang Menyentuh Hati Sebelum Maut Kemalangan

KISAH NYATA KISAH BENAR | Wanita Ini Tinggalkan Nota kecil Yang Menyentuh Hati Sebelum Maut KemalanganSEREMBAN : Ayat tulisan tangan di atas sekeping nota kecil ditemui di tepi tangan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang maut dalam kemalangan di Jalan Seremban – Kuala Pilah cukup menyentuh hati.

Tinggalkan Nota kecil Menyentuh Hati Sebelum Maut Kemalangan
'Tuhanku ampunkan aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berikan aku rezeki, berikan aku petunjuk.’

Kejadian yang berlaku kira-kira 6.50 pagi, mangsa, Dina Shuhadah Ahmad Fariz berusia 17 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 untuk ke sekolah hilang kawalan dan terjatuh, sebelum digilis sebuah treler.
Kejadian tersebut berlaku tidak sampai 2 kilometer dari sekolahnya, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar.
Menurut datuk mangsa, Osman Senara, 72, penemuan nota tersebut sangat menyentuh hatinya, lebih-lebih lagi ia dijumpai di tepi tangan kiri cucunya itu selepas kemalangan.
“Nota itu ada dengan saya. Bila saya membacanya, saya juga sangat sayu. Arwah anak kedua dari lima beradik dan seorang yang periang.
“Dia pelajar yang cemerlang dan bercita-cita nak jadi jurutera. Dia ada cakap nak belajar rajin-rajin supaya dapat semua A dalam SPM nanti macam kakak dia. Tapi tak sempat,” katanya.
Apa yang lebih menyedihkan, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham ialah Sabtu lalu ketika mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah seorang bapa saudaranya di Taman Golf Height.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, siasatan awal mendapati, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan sisi kiri sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun di lorong kanan.
“Akibatnya, mangsa terjatuh menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan batu konkrit di sebelah kanan tidak sempat memberhentikan kenderaan dan melanggar mangsa,” katanya.
Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala. Mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jenazah Allahyarham Dina Shuhadah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang.
sumber: Sinar Harian
Baca Seterusnya ----»

Cara Mengira Anggaran Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan | INFO BERGUNA

Cara Mengira Anggaran Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan | INFO BERGUNARamai yang bertanya tentang kelayakan pinjaman perumahan kerajaan. Untuk jelaskan memang agak teknikal sikit… melalui ringkasannya di sini, semoga boleh membantu.
Cara Mengira Anggaran Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan
slip-gaji
Untuk makluman kakitangan kerajaan yang ingin membuat pinjaman, BPP telah melaksanakan peraturan baru mulai 01 April 2015 iaitu “Jumlah keseluruhan potongan di dalam slip gaji termasuk potongan rumah tidak boleh melebihi 60% daripada Gaji Kasar”.
Sehubungan itu, untuk mengira anggaran kelayakan pinjaman perlu melalui 3 langkah :
Langkah 1 : Kelayakan berdasarkan Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya, lihat Gaji Pokok/Hakiki di dalam slip gaji dan rujuk jadual kelayakan di sini. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00, kelayakan adalah RM350,000.00.
pinjaman
Langkah 2 : Ansuran bulanan Pinjaman Perumahan Tidak Boleh Melebihi 60% daripada Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya dengan buat perkiraan di sini. Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan Nilai Penuh Hartanah, Pinjam Dipohon, Tarikh Lahir, Tempoh Pinjaman dan sebagainya. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00 maka sila buat perkiraan dengan memastikan ansuran bulanan tidak melebihi RM1,530.00 sebulan (2550 x 60%) dengan bermain dengan pemboleh ubah di atas.
Langkah 3 : Semua potongan di dalam slip gaji tidak melebihi 60% daripada Gaji Kasar semasa. Caranya dengan buat perkiraan di sini juga. Ansuran bulanan akan berubah berdasarkan Nilai Penuh Hartanah, Pinjam Dipohon, Tarikh Lahir, Tempoh Pinjaman dan sebagainya. Contohnya jika gaji pokok RM2,550.00 dicampur semua elaun tetap RM750.00 = RM3,300.00. maka sila buat perkiraan dengan memastikan semua potongan termasuk ansuran bulanan Pinjaman Perumahan tidak melebihi RM1,980.00 sebulan (3300 x 60%) dengan bermain dengan pemboleh ubah di atas juga.
Berdasarkan keputusan 3 Langkah di atas, pilih mana yang TERENDAH…itu adalah anggaran kelayakan maksima pinjaman perumahan saudara. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, KONGSIKAN KEPADA SEMUA
Baca Seterusnya ----»

8 Tips Berguna Ketika Melalui ‘Roadblock’ | Orang Malaysia Wajib Tahu

8 Tips Berguna Ketika Melalui ‘Roadblock’ | Orang Malaysia Wajib TahuRamai yang cuak dan menggelabah kalau nampak ‘roadblock’ secara mengejut depan mata betul tak?

Tips-Ketika-Melalui-Roadblock-Orang-Malaysia-Wajib-Tahu--620x420
Kalau anda tak buat salah, buat apa nak takut? Jangan risau, pihak polis tak akan saman atau tahan kita kalau tiada kesalahan kita lakukan. Tapi, disini ada tips sikit nak kongsi bersama anda semua supaya bersedia sentiasa ketika berhadapan dengan ‘roadblock ini’.
  1. Kalau dah nampak roadblock, jangan segan silu, nak taknak kena lah lalu jugak, kalau lari kan dah malang kalau kena kejar, kereta polis laju, jangan main-main.
  2. Sebelum melalui roadblock korang dah kena sediakan semua dokumen penting seperti IC dan juga lesen memandu
  3. Kalau waktu malam, buka lampu dalam siap-siap
  4. Turunkan tingkap
  5. Senyum dan bagi lah salam terus bagi umat islam tu, ucap selamat malam bagi yang bukan islam.
  6. Terus tunjukkan dokumen-dokumen tadi walaupun tak minta
  7. Dah selesai dan disuruh jalan, ucaplah terima kasih dalam keadaan masih tersenyum.
  8. Bukankah elok macam tu, kesimpulannya “Senyum, tak perlu kata apa-apa”.
Jadilah pengguna jalan raya yang bijak, patuhilah undang-undang demi keselamatan kita juga. Buat apa nak susah-susah keluarkan duit semata-mata untuk bayar saman sedangkan kita boleh elak semua tu. ya tak? renung-renungkan lah.
sumber: GuaBlog.com
Baca Seterusnya ----»

Ramai Belum Tahu Air Terjun Puteri | Tersembunyi Di Puchong

Ramai Belum Tahu Air Terjun Puteri | Tersembunyi Di Puchong | Dikenali sebagai Apip Embi di Facebook, pemuda ini aktif dengan aktiviti luar dan merupakan Bekas Presiden Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL).

Ramai-Belum-Tahu-Air-Terjun-Indah-Tersembunyi-Di-Puchong-vitdaily-640x360
Apip Embi juga gemar berkongsi pengalaman beliau di fb dan blog peribadi beliau. Kami kongsikan semula perkongsian beliau dengan izin daripada penulis.
Jom ikuti perkongsian menarik air terjun indah yang tersembunyi di Puchong, Selangor.
Ramai Belum Tahu Air Terjun Indah, Tersembunyi Di Puchong-vitdaily01

Kita biasanya mencari kedamaian di air terjun. Penduduk Lembah Klang khususnya penggiat aktiviti rekreasi mempunyai senarai air terjun sekitar Lembah Klang. Dari Air Terjun Sofea Jane (Kemensah), air terjun sekitar Hulu Langat, air terjun sekitar Ulu Yam dan tak terkecuali Air Terjun Sungai Putih di Bukit Apek (Bukit Saga). Jangan terkejut di Puchong juga ada air terjun.
Hutan Simpan Ayer Hitam, di tengah-tengah kawasan pembangunan Lembah Klang. Bersempadan dengan Bandar Puteri Puchong,Taman Saujana Puchong, Taman Wawasan Puchong, Taman Lestari Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil. Tahun 2015 diviralkan dengan keindahan#BlueLagoon (boleh google imej Blue LagoonPuchong).
Masih ada air terjun yang tersembunyi dari umum di hutan simpan ini yang juga dinamakan Hutan Kayu Kayan Negara. Pergilah ke hulu.
Hutan Simpan Ayer Hitam ini diurus secara bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan UPM. Hutan ini dikira kawasan persendirian tapi trek di sini agak biasa digunakan oleh masyarakat setempat untuk tujuan rekreasi terutama masyarakat Tionghua. Permit masuk boleh dipohon melalui Pejabat Renjer UPM di Taman Saujana Puchong (Jalan S/P 10/13).
Ramai Belum Tahu Air Terjun Puteri, Tersembunyi Di Puchong-IN
Memandangkan hutan simpan ini digunakan sebagai kawasan rekreasi, terlalu banyak rintis/trek. Ada lebih 30 simpang. Ada simpang empat, ada simpang tiga. Ada yang ke sini hanya untuk bersenam pada waktu pagi/petang. Cukup sekadar ada satu pusingan trek di dalam hutan ini. Ada pula pusingan trek yang lebih besar bagi yang lebih advance. Pintu rimba juga ada beberapa yang jelas antaranya di Taman Saujana Puchong dan Taman Wawasan Puchong.
Ada pelbagai tanda, takikan tiga di pokok, reben merah, hash tagpathfinder mark, cat merah, cat kuning dan cat biru. Semua tanda ada tujuan dan melalui sebahagian hutan ini. Laluan ke air terjun ini juga banyak. Ikut dari mana anda berada di hutan ini. AWAS anda mungkin berpusing-pusing di kawasan hutan ini sekiranya tidak mahir atau tidak menggunakan jurupandu hutan (malim hutan).
Berpunca daripada beberapa alur air atau anak sungai dari bahagian Utara hutan ini membentuk sungai kecil yang kemudian yang jadi Air Terjun Puteri Sulong seterusnya Air Terjun Puteri Puchong (ada yang panggil Air Terjun Bukit Puchong/Puchong Hill Waterfall). Menghilir lagi terhasil pula Kolam Biru (Blue Lagoon). Mengalir keluar sungai ini di Puchong hingga ke Bandar Baru Bangi (Taman Tasik Sentosa) dengan air yang agak hitam.
Air Terjun Puteri ada 2 tingkat kolam. Kolam atas (di tengah) sedalam kira-kira 1.8 meter. Air yang biru dan dingin walaupun pada tengah hari yang panas. Kolam bawah hanya separas pingganG orang dewasa bagi yang paling dalam dan secetek paras betis bahagian cangkat.
Perjalanan paling  ke air terjun ini 45 minit bagi yang dah biasa mendaki. Bukit setinggi 200 meter perlu didaki sebelum turun semula pada ketinggian yang hampir sama. Jarak 4 KM merintis hutan andai menggunakan pintu masuk Bandar Puteri Puchong. Bagi yang biasa masuk ke Blue Lagoonatau dari Taman Saujana Puchong hanya 2 KM dari Blue Lagoon.
Ramai Belum Tahu Air Terjun Indah Tersembunyi Di Puchong-vitdaily03
PERINGATAN:
  1. INGAT anda perlu mendaki bukit untuk tiba pergi dan pulang dari air terjun ini.   Jangan ambil mudah.
  2. JAGA KEBERSIHAN – kawasan ini turut dijaga dengan bersih oleh komuniti kaum Tionghua setempat.
sumber: vitdaily.com
Baca Seterusnya ----»

10 MAKANAN TIDAK SIHAT | YANG ANDA WAJIB TINGGALKAN

10 MAKANAN TIDAK SIHAT | YANG ANDA WAJIB TINGGALKANDalam tidak sedar, sebahagian makanan yang kita makan setiap hari adalah bukan makanan, tetapi bahan tiruan yang tidak sihat! Kami kongsikan 10 makanan tidak sihat yang patut atau wajib anda tinggalkan sekarang:

2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-2-fb-2
1. Cheez Whiz dip
“Processed cheese”, cheese sapuan ini mengandungi lebih kurang 33% lemak dalam pengambilan makanan harian anda dicampurkan dengan sodium dalam semuat 2 sudu teh! Serangan jantung dalam setiap botol Cheez with dip!
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-1

2. Easy Cheese spray

Bercakap pasal “cheese”, ada kandungan dalam botol ini diperbuat dari cheese tetapi kandungan lain, bukan dari lembu!
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-2

3. Stik Ketam (Crab Sticks)

Nampak macam isi ketam sebenar kan? Dari harga yang murah pun, anda boleh tahu Crab Sticks bukan dari ketam, tetapi diperbuat dari isi ikan, dicampur dengan monosodium glutamate (MSG), garam, bahan pengawet dan bahan tambahan. Bukan sumber omega 3 yang sihat!
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-3

4. Minuman buah Tang

Terlalu banyak gula dibahankan dengan kurang 2 percent jus oren solid, perisa tiruan yang membuatkan rasanya lebih oren!
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-4

5. Peanut butter and jelly “Uncrustables”

Dipenuhi junk food! Jem ini dipenuhi dengan perisa tiruan, warna, pengawet, hydrogenated oils, sirap jagung high fructose, dan azodicarbonamide!
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-5

6. Sosej Tofurky Italian

Kononnya makanan untuk mengurangkan daging untuk vegetarian, tetapi sosej ini dipenuhi lemak tambahan, garam dan gula untuk sedapkan rasa!
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-6

7. Roti putih

Untuk kelihatan putih, semua nutrisi dibuang, tepung dilunturkan, kemudian dicambur dengan vitamin sintetik. Lebih baik makan roti whole grains, lebih banyak fiber dan karbohidrat kompleks untuk keperluan badan. Roti putih hanya menghasilkan karbohidrat mudah: gula.
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-7

8. Snek buah Fruit Gushers

Gula, sirap jagung kering [gula], sirap jagung (ya, dua kali sirap jagung), fruktosa [gula], maltodextrin [sugar]. Hampir semuanya GULA!
Fruit_Gushers_packaging

9. Nugget ayam

Daging putih ayam agak mahal, jadi pengilang telah memilih bahagian-bahagian ayam tertentu dirumpunkan, dipadatkan dan digoreng. Kandungan lemak dan garam sangat tinggi. Kandungan daging ayam sebenar kurang dari setengah berat nugget!
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-9

10. Sirap pancake

Tiada maple dalam sirap ini, rasa pun tak sama. Dipenuhi sirap jagung, fruktosa, air, pewarna caramel, tiada nilai nutrisi langsung!
2014-06-04-top-10-worst-fake-foods-you-should-stop-eating-10
Tersebutlah 10 makanan tidak sihat yang anda patut hentikan segera. Makanlah makanan sebenar!
sumber: GuaBlog.com
Baca Seterusnya ----»

Perbezaan Timing Belt Dan Timing Chain Kereta | Info Yang Kita PERLU TAHU

Perbezaan Timing Belt Dan Timing Chain Kereta | Info Yang Kita PERLU TAHUAdakah anda seorang pemilik kereta?

timing
Jika ya, kita perlu tahu tentang penjagaan dan penyelenggaraan kereta secara berkala agar kereta mampu bertahan lebih lama. Antaranya yang perlu diberi keutamaan adalah penggantian timing belt atau chain jika sudah sampai masanya untuk ditukar. Jika gagal ditukar mengikut tempoh yang ditetapkan, enjin akan mengalami kerosakan teruk dan menyebabkan kos baik pulih memakan kos yang tinggi. Ketahui apakah perbezaan timing belt dan timing chain.

Timing Chain

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.
Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga parasnya di dalam enjin, lebih lama jangka hayat rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak enjin yang betul.
Timing Belt

Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.

Timing belt – 80,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Ramai yg tak tahu, bila sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai kereta jenis apa pun!

Ia perlu ditukar setiap 90,000 km @ 100,000 km.

Kebiasaannya Timing Belt tidak memberikan sebarang tanda @ hint bila ia akan putus. Tiba² saja ia boleh putus dgn sendirinya. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda boleh jiruskan sedikit air pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.

Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yg sangat tinggi kerana komponen² dalam enjin banyak yg akan rosak, patah dan retak.

# “Timing Belt” disarankan tukar setiap 60,000km atau 100,000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. ATF (Automatic Transmission Fluid) disarankan ataupun paling bagus tukar setiap 20,000km @ 12bulan, TRANSMISI CVT (Continuously Variable Transmission) disarankan tukar setiap 30,000km.

sumber: GuaBlog.com
Baca Seterusnya ----»
 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine