7 Jenis Fesyen Tudung Seksi Jadi Gilaan Ramai Wanita Di Malaysia | PELIK TAPI BENAR

7 Jenis Fesyen Tudung Seksi Jadi Gilaan Ramai Wanita Di Malaysia | PELIK TAPI BENAR Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini.


Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca.

Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.
1. Tudung Bukit
tudungpelik
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
2. Tudung Sarung Nangka
tdgnpelik2
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…
3. Tudung Alien
tdgnpelik3
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]
4. Tudung Papa Kedana
tdgnpelik4
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
5. Tudung Siput
tdgnpelik5
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…
6. Tudung Retis
tdgnpelik6
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.
7. Tudung Muslimah
tdgnpelik7
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
sumber: amekaw.com
Baca Seterusnya ----»

Panduan Apabila Mendapat Mimpi Buruk | MESTI BACA !!!

Panduan Apabila Mendapat Mimpi Buruk | MESTI BACA !!! Apakah yang harus kita lakukan apabila mendapat mimpi buruk? Berikut adalah panduannya.

MIMPI-BURUK
1) Bangkit dari tempat tidur dan duduk dengan tenang.
2) Buat isyarat meludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali. Bukan meludah dengan mengeluarkan air liur tetapi hanya sekadar mengisyaratkannya sahaja. Baca doa: “Aku berlindung dengan kemuliaan Allah daripada keburukan apa yang aku likhat.”
3) Berwuduk.
4) Berpindah tempat tidur. Jangan tidur ditempat yang sama.
MIMPI BURUK
Wallahuaklam.
SUMBER: Q&A 19.
sumber: islammy.com
Baca Seterusnya ----»

Petua Menghalau Lipas Di Rumah | TIPS & PETUA BERGUNA

Petua Menghalau Lipas Di Rumah | TIPS & PETUA BERGUNALipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.

petua-menghalau-lipas
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
sumber: www.wom.my
Baca Seterusnya ----»

Dosa Ibu Bapa Jadikan Anak Keras Hati? | MESTI BACA !!!

Dosa Ibu Bapa Jadikan Anak Keras Hati? | MESTI BACA !!!KEROSAKAN ANAK KIFARAH DARI DOSA IBU BAPA

dosa-ibu-bapa
Sehari dua ini kita disajikan dengan kes-kes buang bayi yang bertali arus. Ajaran sesat pula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Itu tidak termasuk keruntuhan akhlak yang tidak lagi boleh dipandang remeh. Jenayah bunuh, ragut semakin menjadi-jadi. Anak-anak sudah tidak kenal budi bahasa dan adab sopan. Si kaya terus menindas. Yang berkuasa semakin rakus dengan pelbagai bentuk korupsi, kronisme dan nepotismenya.
Di RPWP, semakin hari semakin banyak kes-kes rumahtangga dan keruntuhan akhlak anak-anak yang dirujuk bagi mendapat ulasan dan pedoman untuk mengatasinya. Semakin ramai ibubapa yang telah putus asa, tidak mampu lagi memperbaiki keadaan dan ingin menyerahkan sahaja anak mereka sendiri. Yang anak angkat apatah lagi. Padahal mereka tahu yang keutamaan kami ialah anak yatim dan asnaf fakir. Bahkan mereka lihat sendiri yang rumah ini sudah penuh dan padat..!
Ada juga yang kami cuba ambil dan bantu memulihkannya. Dilema yang kami hadapi ialah apabila anak ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa sehingga usaha pemulihannya menjadi sukar. Kami dapati jauh lebih mudah membentuk akhlak anak yatim piatu kerana mereka lebih patuh dan sanggup menganggap kami ibubapa mereka sendiri. Tidak seperti anak-anak yang masih ada ibubapa, tambahan yang jenis dimanja dan mewah hidupnya.
Oleh itu, kami tuliskan artikel ini agar ia boleh dijadikan pedoman oleh ibu bapa di luar sana. Mencegah kerosakan itu jauh lebih baik dari merawat.
SIKAP IBUBAPA YANG MEROSAKKAN ANAK SENDIRI TANPA SEDAR
Berat untuk kami kongsikan penemuan ini namun kami tiada pilihan. Kebanyakan kerosakan anak-anak adalah berpunca dari ibubapanya, iaitu dari dalam rumah sendiri. Kemudian barulah dari pengaruh dunia anak-anak itu seperti rakan sebaya, kaedah pendidikan di sekolah, pengaruh media dan sebagainya.
Ada ibubapa yang asalnya susah lalu berusaha untuk berjaya dan hidup senang. Setelah itu mereka berusaha untuk mempastikan anak-anak mereka berjaya. Kononnya tidak mahu anak mereka mengalami kesusahan seperti mereka dahulunya. Apa sahaja yang diminta si anak mereka turuti sehingga ramai yang lupa memerhatikan akhlak dan jatidiri anak-anak apabila tumpuan mereka hanya pada kecemerlangan akademik dan kerjaya semata-mata.
Akibatnya hari ini ramai ibubapa yang datang mengadu masalah akhlak anak mereka, padahal anak itu cemerlang dalam akademik dan kerjaya. Ramai ibubapa yang mengeluh kerana anak mereka tidak pedulikan batas agama, tidak menghormati orang tua, suka melawan dan tidak mendengar kata, malas bekerja, tidak pandai bergaul dan sebagainya. Ada yang malah mengadu anak mereka mungkin sudah tukar agama.
Siapakah yang memanjakan anak sehingga ia jadi manja? Siapakah yang membiarkan anak tidak disuruh untuk ikut bekerja sehingga jadi pemalas dan tidak kreatif? Siapakah yang mengikuti sahaja kehendak anak sehingga ia jadi pemboros dan keras kepala? Siapakah yang tidak berinteraksi dengan anak kerana sibuk mengejar dunia sehingga ia renggang dari ibubapa dan tidak pandai berbicara? Siapakah yang tidak menunjukkan cara hidup beragama sehingga anak sanggup hidup seperti jahiliyah?
Sebenarnya itu semua bermula dari rumah, hasil sikap ibubapa terhadap anak sendiri. Kegagalan ibubapa menerapkan ‘rule and regulation, baundary and limitation’ akan menyebabkan anak jadi liar. Disiplin yang dilonggarkan oleh ibubapa ini jugalah yang menyebabkan anak-anak kosong jiwanya lalu mudah terpengaruh dengan rakan sebaya, media dan sebagainya.
DOSA LAMPAU IBUBAPA YANG MENULAR SEBAGAI KIFARAH
Kami rujuk kepada bencana zina, rasuah, dadah dan berbagai-bagai lagi. Hasil kajian kami menunjukan begitu ramai ibubapa yang anaknya ada masalah seperti ini pernah melakukan pelbagai dosa yang sama. Bahkan kajian kami menunjukkan ramai ibubapa yang telah berzina sebelum maupun selepas perkahwinan mereka sendiri.
Hari ini ramai ibubapa yang mengabaikan hukum hakam sewenang-wenangnya. Ada yang mengadukan masalah sosial / zina anak gadisnya. Malangnya sibapa yang mengakui banyak berzina sebelum menikahi isterinya dahulu juga masih berzina dengan gadis lain (menduakan isteri) hingga sekarang.. Nauzubillah.
Dari segi psikologi dan sosiologi, semua perkara haram yang pernah dilakukan oleh ibubapa, sekalipun di belakang anak mereka tetap akan dapat dihidu dan ditiru oleh anak-anak.
Habit melanggar yang haram dan mengabaikan yang wajib inilah yang akan membentuk peribadi ibubapa itu sendiri menjadi hamba yang derhaka. Habit itu terpapar setiap hari depan anak-anak lalu ditiru secara pekej. Sekalipun kita cuba berlakun baik atau menyembunyikan dosa-dosa itu di depan anak, namun kita sering tidak sedar keperibadian itu terserlah juga di sana-sini.
Anak-anak sangat sensitif untuk mengesan dan meniru segala perbuatan buruk berbanding amalan yang baik. Inilah antara punca ramai ibubapa jadi pening kepala dari mana anak-anak mereka membentuk semua sikap dan akhlak yang negetif itu. Bukan dosa ibubapa itu yang akan terbeban pada anak-anak, tetapi sikap pendosa itu yang akan ditiru lalu anak-anak turut melakukannya dan ikut berdosa.
KESIMPULAN
Bentuklah akhlak dan disiplin diri kita jika kita mahu anak-anak kita berdisiplin. Laksanakan segala perintah Allah dan jauhi segala laranganNya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh secara kaffah. Selalulah membaca dan merujuk alquran dan jelaskan disiplin solat kepada anak-anak sejak kecil lagi. InsyaAllah semua amalan baik yang meraka lihat itu mampu disemai dalam diri mereka.
Anak-anak lebih mudah mengikut apa yang mereka lihat dari apa yang kita kata. Apa yang mereka lihat di rumah dari peringkat awal itu akan melekat dan mengisi jiwa putih mereka.
Jika anak-anak mula melangkah ke sekolah dalam keadaan diri yang masih kosong, tidak ditanamkan minat terhadap agama dan akhlak mulia, maka di situlah pengaruh rakan sebaya dan dunia luar akan mudah merasuk dan mempengaruhi mereka. Jika dari rumah sudah cenderung kepada budaya dan sikap yang negetif, maka anak akan melebarkannya di sekolah nanti. Jika dari rumah jiwa sudah terisi, tahu batas dan aturan agama, insyaAllah mereka tidak mudah terpengaruh.
Oleh itu, jika ibubapa pernah lalai atau sering melakukan dosa, hentikanlah dengan serta-merta. Lebih lama kita meneruskan amalan buruk, lebih mudah untuk anak mengesan dan menirunya.
Ramai sudah murobbi tahfiz yang mengeluh dengan sikap ibubapa yang masih mahu berpoya-poya dengan benda haram, tidak juga peduli suruhan agama, tetapi mahukan anaknya dibentuk jadi ‘malaikat’. Makanan dari punca haram dari rumah telah menjadikan ibubapa melupakan soal halal haram. Sikap itu ditiru oleh anak-anak bersama makanan dari sumber haram tadi.
Marilah membanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah. Nampakkan amalan baik dengan penuh keikhlasan dan tawadduk kepada anak-anak sehingga mereka tidak dapat mengesan dosa lampau kita. Semuga dapat mereka memulakan hidup mengikut tabiat dan amalan baik yang kita paparkan setiap hari.
Sesungguhnya Allah benci kepada kefasikan, kemunafikan dan golongan yang mencampur-adukkan amal/kerja yang baik dengan amal buruk. Ketahuilah bahawa Allah menerima taubat dengan sedekah, zakat, serta kerja kebajikan dan jihad fi-sabilillah.(QS: 9 AT-TAUBAH 101-106).
Tunjukkanlah kerjabuat yang Allah suka ini kepada anak-anak kita agar ianya menyerap ke dalam jiwa mereka untuk membentuk jiwa yang soleh. Janganlah sampai kerana kita meneruskan kerja dosa kita, lalu anak-anak menirunya dan turut menjadi pendosa yang dikaitkan dengan dosa kita pula.
Hari ini ramai yang sudah tidak lagi merasakan bahawa arak, zina, rasuah, riba’, menipu, mencuri, fitnah, bahkan segala macam kedurhakaan terhadap ibubapa dan Allah itu sebagai ‘satu dosa’. Sebenarnya, itulah sajian makanan dan pakaian sebenar (sajian minda dari sistem kehidupan yang kita ‘pakai’), yang kita berikan kepada anak-anak kita saban hari.
Sistem hidup terkutuk yang kita pakai, iaitu suka melanggar yang haram dan mengabaikan yang wajib itulah yang bakal membentuk akhlak durjana yang menjadi darah daging anak-anak kita melalui makanan haram yang kita sajikan setiap hari. Jika Muzammil (QS:73) itu bermakna kita terlena/tidur berselimut, maka setelah terjaga, jangan lagi bertangguh (berkemul) pula.
QS:74. Al Muddatstsir 1-5: “Hai orang yang berkemul. Bangunlah, lalu berilah peringatan (nazir)! Demi(dan) Rabbmu besarkanlah. Demi(dan) pakaianmu bersihkanlah. Demi(dan) perbuatan dosa tinggalkanlah”
Kita semua sedia maklum apa yang diwajibkan dan apa yang dilarang Allah. Jika kita merasa pernah melanggar larangan dan meninggalkan suruhan itu, segeralah menyesalinya dengan berusaha sepenuh kesungguhan agar fitrah ‘jiwa hamba yang merasa berdosa’ itu terlihat jelas di wajah kita oleh anak-anak kita. InsyaAllah taubat kita akan diterima dan anak-anak kita tidak terikut-ikut dengan dosa itu.
Semuga Allah terima segala amal baik dan mengampuni segala dosa lampau kita dengan amal soleh, melalui usaha ISLAH (berubah) yang bersungguh-sungguh itu.
WARGA PRIHATIN
Baca Seterusnya ----»

Anda Pasti Tidak Akan Lagi Mudah Ditipu Beli Handphone Selepas Baca Artikel Ini | TIPS MEMBELI TELEFON BIMBIT

Anda Pasti Tidak Akan Lagi Mudah Ditipu Beli Handphone Selepas Baca Artikel Ini | TIPS MEMBELI TELEFON BIMBIT | Tips beli handphone dari seorang penjual handphone.


Screen Shot 2015-07-14 at 12.03.26 AM

1. Sebelum pergi survey, buatlah Google search sikit tentang macam mana nak tahu beza AP, Ori dengan Clone set. Tak lama pun nak Google,tak sampai 5 minit pun. Boleh selamatkan dari sakit kepala lepas beli nanti.

2. Pergi hari yang tak ramai orang. Jadi boleh lah nak belek phone puas puas ke nak minta software lebih ke. Kalau pergi weekends, nanti si penjual busy so kurang sikit layanan mesra kitorang dekat customer ni. Nak minta apa pun susah sikit.


3. Sekali lagi, kalau pergi weekdays, si penjual tak busy dan kemungkinan tak banyak sale. Jadi kami cenderung untuk turunkan harga / bagi diskaun melampau / bagi free gift lebih asalkan dapat sale. Kalau pada hari banyak sale, kami cenderung untuk tak layan customer yang minta macam macam tapi nak harga murah.



4. Check imei (serial number untuk phone) dengan mendail *#06#. Pastikan nombor yang dipaparkan sama dengan nombor imei dekat kotak. Phone AP/Clone selalunya tak sama nombor imeinya dikotak dengan di handphone. Tapi ada juga phone AP yg sama imeinya dengan di kotak. Jadi hati hati!


5. Buka belakang battery handphone, tengok tulisan. Kebanyakkan model phone original akan tulis dalam Bahasa Inggeris tapi phone AP/Clone pulak akan ada tulisan Cina di belakang phone. (Paling ketara model Lenovo, boleh check belakang Lenovo korang kalau tak percaya)

6. Survey harga online dulu sebelum survey dekat kedai. Masuk lah lelong.com.my ke, mudah.my ke. Taip model phone yang korang cari, lepas tu tengok harganya. Beza online dengan kedai luar tak patut beza lebih dari rm50 selalunya. So kalau harga dekat kedai lagi murah dari harga online, boleh ragu ragu sikit la kot.


7. Beli aksesori dekat kedai lain. Saya ulangi. Beli aksesori dekat kedai lain. Kedai phone akan jual aksesori macam memory card, cover phone dan tempered glass dengan harga yang tak masuk akal. Contohnya ada kedai yang jual memory card 8GB dengan harga Rm50. Dekat kedai komputer Rm50 boleh dapat 32GB. Sama jugak dengan cover, dekat luar rm5-15 tapi diorang akan charge rm30-50 kalau beli bundle sekali.


Credit : Yudi Kurniawan Budi


Selepas baca ini, mohon sama-sama sebarkan kepada rakan-rakan agar kita dapat manfaat bersama. Anda boleh kongsikan artikel ini dengan menekan butang share di bawah. SHARE!


sumber: GuaBlog.com

Baca Seterusnya ----»

Kelebihan Mengingati Mati | KISAH NYATA KISAH BENAR

Kelebihan Mengingati Mati | KISAH NYATA KISAH BENARMengingati mati ialah galakan Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Matlamat mengingati mati bukan untuk mematikan semangat, sebaliknya membakar semangat untuk menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini. Meraka yang ingat mati dapat pahala daripada Allah s.w.t.

ingatmati

5 manfaat ingat mati

Mengingati mati akan melahirkan sifat-sifat terpuji. Antaranya termasuklah:
1) Lebih menghargai kehidupan
Kita akan berasa bersyukur setiap kali bangun pada pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala. Kita juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meminta keampunan atas dosa-dosa dan kesalahan kita; sama ada dosa dengan Allah atau sesama manusia.
Daripada Abu Hurairah, suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berlalu di atas sebuah kubur (mayat) yang baru ditanam. Baginda lalu bersabda: “Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih disukai oleh ahli kubur ini dari dunia dan seisinya.” (Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd).
2) Mendorong merancang kehidupan dengan lebih baik
Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Cara hidup yang kita jalani menjadi lebih efektif kerana berasaskan “Begin with the end in mind”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke kubur ialah hartanya, keluarganya dan amalannya. Harta dan keluarga akan meninggalkannya, dan yang tinggal hanyalah amalan.” (Riwayat al-Bukhari).
4) Memotivasikan diri supaya tekun bekerja untuk dunia dan akhirat
Kita tidak akan lagi membuang masa untuk perkara yang tidak bermanfaat. Kita akan menjauhkan diri daripada hiburan yang melalaikan, apalagi maksiat yang memudaratkan.
Imam al-Mawardi menulis dalam kitabnya al-Hawi: “Digalakkan supaya memperbanyakkan mengingati mati, sebab itu dapat memotivasikan diri untuk melakukan ketaatan dan menghalang daripada melakukan kemaksiatan.”
5) Tiada masa buka aib orang
Mengingati mati menyebabkan kita tiada masa untuk membuka aib orang lain, apalagi bermusuhan dengan mereka. Ia akan selalu menjaga hati dan ucapan daripada perkara-perkara yang boleh merugikannya di dunia dan di akhirat.
Raja bin Haiwah berkata: “Apabila seseorang mengingati mati, ia akan meninggalkan hasad dengki.”
Wallahu a’lam.
Sumber: Gen-Q 36:33 (Ingat Mati).
sumber: islammy.com
Baca Seterusnya ----»

3 Petanda Bila Kucing Datang Kepada Kita | MESTI BACA !!!

3 Petanda Bila Kucing Datang Kepada Kita | MESTI BACA !!!Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

kucing (1)
Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
Kredit: Ustaz Shukri Harun
Baca Seterusnya ----»

8 Bahan Semulajadi Ini Boleh Bantu Halau Semut Di Rumah | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU !!!

8 Bahan Semulajadi Ini Boleh Bantu Halau Semut Di Rumah | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU !!!Tidak semua suri rumah gemar menggunakan racun serangga untuk menghalau semut dirumah terutama bagi yang masih mempunyai anak kecil kerana bimbang anak akan memakan atau memegang racun tersebut.

cara-halau-semut-di-rumah
Kami bawakan 8 bahan semulajadi berikut yang selamat ditabur di sekitar rumah dan tidak merbahaya kepada anak kecil.
1. Cuka
Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan tiang rumah. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.
2. Air sabun basuh
Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka. Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.
3. Kapur tulis
Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.
4. Bedak bayi
Oh, ini menarik dan selamat. Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghaklang semut untuk masuk.
5. Perahan air limau nipis
Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.
6. Serbuk kopi
Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok bunga. Semut tak kan suka datang dekat lagi.
7. Tepung Jagung
Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tapi tidak mampu mencernanya dan akhirnya semut akan mati.
8. Garam
Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.
Sumber : guablog.com
Baca Seterusnya ----»

Inilah Rahsia FUNGSI Batang AJAIB Dalam Kereta | INFO Yang Masih Ramai TAK TAHU !!!

Inilah Rahsia FUNGSI Batang AJAIB Dalam Kereta | INFO Yang Masih Ramai TAK TAHU !!!RAHSIA NI RAMAI YANG TAK TAHU & RAMAI YANG TAHU TAPI TERUS DIRAHSIAKAN…

signal
RAHSIA ni kalau korang tahu.. MESTI banyak KEMALANGAN jalan raya dapat di elakkan..
RAHSIA tentang satu “BATANG AJAIB” dalam kereta korang…
Sesetengah kereta “benda ni kat belah kanan, ade yg belah kiri..
tak kesah lah belah mana pun, tetap sama “MAGIC” dia.
Nampak tak gambar “anak panah @ arrow” tu?.
√ Kalau “batang ajaib” ni ada di sebelah kiri :
•Batang ni kalau korang tekan ke “BAWAH” magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KIRI.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KANAN.
√ Kalau “batang ajaib” ni ada sebelah kanan:
•Batang ni kalau korang tekan ke “BAWAH magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KANAN.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KIRI.
So, dah tahu RAHSIA ” BATANG AJAIB ” ni ?
Jadi, lepas ni kalau nak MASUK SIMPANG, nak SUSUR KELUAR, nak himpit tepi, TOLONG kongsi RAHSIA ni.
JANGAN nak kedekut sangat sampai masuk simpang pun nak rahsia, tak nak orang belakang tahu ko nak ke mana.
Ko ingat SUPPRISE ko tu “SWEET” sangat ?.
Boleh maut ko tahu ?
fb-status
‪#‎RENUNG2KAN‬….. KREDIT FB MUHAMAD SHAHRUL.
sumber: amekaw.com
Baca Seterusnya ----»

Cara Transfer Dari Maybank2u Ke ASB Online | INFO YANG BERGUNA !!!

Cara Transfer Dari Maybank2u Ke ASB Online | INFO YANG BERGUNA !!!Malas nak beratur di Kaunter ASB? tiada masa nak beratur masukkan duit di kaunter Pejabat Pos?

cara-transfer-dari-maybank2u-ke-cimb-660x330
Apa susah, sebenarnya anda boleh masukkan duit ke Asb secara online? anda boleh guna maybank2u ataupun cimb click online. nak tahu cara mudah nak transfer dari maybank2u ke asb online?teruskan pembacaan anda tentang Cara Transfer Dari Maybank2u Ke Asb Online.
Syarat utama untuk menggunakan aplikasi ini adalah anda mesti mempunyai akaun Maybank2u, jika tiada anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Ikuti langkah2 dibawah yang telah aku sediakan untuk kemudahan bersama.
1. Masuk ke dalam http://www.maybank2u.com.my/
2. Macam biasa masukkan Username & Password (yang ni sendiri punya …. rahsia tau..)


3. Pilih pada bahagian Investment


4. Klik pada ASNB Unit Trust Additional Purchase



5. Tandakan “check box” sebagai pengesahan dan klik butang Next


6. Dapatkan TAC Number dan isi maklumat yang diminta seperti jumlah tambahan pelaburanno.akaun ASBanda dan Pilih Jenis pelaburan anda (Pilih Amanah Saham Bumiputera). Seterusnya klik butang Continue



7. No. akaun ASB anda adalah seperti kedudukan didalam buku pelaburan anda. contoh seperti gambar diatas.


8. Masukkan TAC anda yang telah dihantar ke Handphone anda. KlikConfirm


9. Akhir sekali Sekiranya anda berjaya Status akan menunjukan“Successful”. untuk contoh diatas status menunjukkan “Unsuccessful” kerana jumlah pelaburan yang dimasukkan adalah RM1. Minimum pelaburan adalah RM10 sama seperti membuat pelaburan menggunakan buku di pejabat pos.
Jadi macam mana ?mudahkan nak buat cara transfer dari maybank2u ke Asb online.. kalau nak jimat duit,letak saja dekat ASB sebab agak susah sikit nak keluarkan buat joli kan?hehe
sumber: Gua Blog
Baca Seterusnya ----»

[INFO] Cara Transfer Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji (Vice Versa) | INFO YANG MENARIK !!!

[INFO] Cara Transfer Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji (Vice Versa) | INFO YANG MENARIK !!! | Semoga perkongsian ini bermanfaat.

tabung-haji-maybank
Selain dari guna ATM, kita juga boleh guna online akaun seperti maybank2u untuk semak baki duit kat akaun Tabung Haji (ATH), pindah duit dari maybank2u ke ATH atau ATH ke maybank2u dan juga kemudahan mendaftar pergi haji.
Amat berguna terutama bila nak tahu atau keluarkan dividen simpanan dari ATH.
Tapi mula-mula kita kena register/link dulu nombor ATH dengan akaun maybank2u kita. Cara yang saya tahu ialah mendaftarkan nombor ATH melalui mesin ATM seperti di bawah:
Sebelum tu, seseorang mestilah mempunyai:
·         Akaun simpanan dan kad ATM Maybank 
·         Akaun dan buku simpanan Tabung Haji

Kemudian, kita mesti ‘link’ kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank kita. Cara-cara nya adalah seperti berikut:
1.      Mula-mula pergi mesin ATM Maybank dan masukkan kad ATM dan password seperti biasa
2.      Bila dah masuk menu utama, pilih menu TABUNG HAJI (rujuk gambar bawah)

3.      Lepas tu pilih menu DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI KE ATM (rujuk gambar bawah)

4.   Nanti keluar skrin yang mintak anda masuk kan NOMBOR AKAUN TABUNG HAJI (rujuk gambar bawah)

5.   Skrin yang seterusnya akan minta anda masuk kan NOMBOR SIRI BUKU SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA.
Sekarang anda dah boleh guna kad ATM Maybank untuk buat transaksi duit masuk dan keluar melalui akaun Maybank….termasuk juga menyemak baki semasa akaun Tabung Haji anda.
Selain itu, melalui mesin ATM kita juga boleh mendaftar dengan Tabung Haji untuk urusan mengerjakan haji.
Lepas dah link, kita log-in maybank2u macam biasa. Pergi ke Accounts & Banking (gambar bawah).

Kemudian, klik ke Transfer di sebelah kiri. Kita akan dapat menu seperti gambar di bawah. Klik ke Tabung Haji.

Bila dah masuk menu Tabung Haji, ada beberapa pilihan yang disediakan – Balance InquiryFund Transfer danHaji Registration (rujuk gambar bawah).

Skrin untuk Balance Inquiry…baki di sini tak nampak sebab system tulis …’you have insufficient fund to show’ ;p

Skrin untuk Fund Transfer. Kat sini kita boleh buat macam-macam transaksi..dari akaun sendiri ke akaun sendiri atau akaun sendiri ke akaun orang lain. Janji duit ada :)

Last sekali…skrin untuk Haji Registration. Tapi ada beberapa syarat seperti, minimum baki dalam ATH mesti RM1,300. Lepas daftar, duit RM1,300 ini tak boleh dikeluarkan lagi.
 
Nota tambahan:

Kita juga boleh daftarkan no akaun Tabung Haji anak-anak kita dalam Maybank2u, jadi senang nak transfer duit diorang (contoh duit raya) ke akaun Tabung Haji masing-masing tanpa perlu kita beratur di kaunter Tabung Haji yang biasanya sangat ramai.Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan anda dan menjimatkan masa kualiti anda!
sumber: guablog.com
Baca Seterusnya ----»

[REVIEW] Suzi Kids Collection - Kelengkapan Bayi | Beg Colorland Berkualiti SALLENA MES ENFANTS CHANGING BAG

[REVIEW] Suzi Kids Collection - Kelengkapan Bayi | Beg Colorland Berkualiti SALLENA MES ENFANTS CHANGING BAG | Sebelum kelahiran Tengku Ean Rifqee a.k.a #EanRifqee pada 28 April 2014, banyak persiapan yang Abe dan CikMa kena buat. Almaklumlah, kami ni Ibu Bapa baru... Kena beli itu ini, semuanya kena beli baru. Anak sulung lah katakan. Beruntung punya anak sebab dapat semuanya baruuuuuuuu...



Dari keperluan 'A to Z' semuanya kena di sediakan. Perancangan tu kena ada seawal-awalnya.. Alhamdulillah, Abe telah dinasihati oleh ramai sedara mara & kawan-kawan supaya membuat persiapan awal. Dan apa yang Abe buat, Abe & CikMa beli sikit-sikit barang keperluan bagi bakal baby kami (pada masa itu)... Berkat tunjuk ajar semua, dekat-dekat EanRifqee nak lahir, Alhamdulillah semua keperluan asas dah lengkap dibeli. Dan pada 28 April 2014, lahirlah si bambam Abe yang diberi nama Tengku Ean Rifqee Bin Tengku Ahmad Hafiz... Sekarang ni EanRifqee dah mencecah umur 1 Tahun 6 Bulan...




Ok, Abe taknak cerita banyak. Abe cuma nak kongsikan benda asas yang WAJIB ibubapa ada... Kenapa Abe cakap WAJIB? Sebabnya... sejak Abe dah ada baby, keperluan baby (baju, ubat basic, susu, air masak, thermos air & diapers) sentiasa WAJIB dibawa bersama setiap masa (kalau keluar daripada rumah). Betul tak?

Kenapa? Sebab baby kita ni tak boleh kita nak jangkakan bila dia akan 'PooPoo', hehehehehe. Tak terjangka jugak bila dia nangis sebab lapar susu & segala bagai.

Ok, 'straight to the point', kepada ibubapa yang sedang mencari bag yang boleh memuatkan segala peralatan baby seperti botol susu, tempat susu, lampin, baju2 serta keperluan baby dalam satu bag, nah Abe rekemenkan Beg Jenama COLORLAND yang dibawa masuk ke Malaysia dan dijual oleh Suzi Kids Collection.

SUZI KIDS COLLECTION

Suzi Kids Collection perkenalkan produk dari UK jenama COLORLAND. Sudah pastinya ORIGINAL bukan grad A atau AAA atau setara dengannya. Bag ini bukan sahaja nampak menarik malah bag ini serba boleh dan sesuai dibawa kemana sahaja selain dari itu bag ini juga mempunyai banyak compartment luar dan dalam.

Beg Colorland Berkualiti SALLENA MES ENFANTS CHANGING BAG (MSF014)

 
Warna : Kelabu Bercorak
 

Percuma : Pelapik Bayi 'Changing mat, & Wet bag

Saiz : Tapak 16*5.5 inch & Tinggi 10 inch
 

Harga Suzi Kids Collection : RM125


Cuba korang tengok TESTIMONI daripada salah seorang pelanggan Suzi Kids Collection kat bawah ni...




Kalau korang nak tahu, bukan satu jenis ni je Beg yang korang boleh dapatkan di Suzi Kids Collection. Korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis beg-beg yang lain yang semuanya LAWA-LAWA dan yang PALING PENTING, korang akan dapatkan dengan HARGA YANG BERPATUTAN & MURAH... Antaranya, korang boleh tengok kat bawah ni...



Untuk sebarang PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN, Sila...

Whatsapp : +6012-3912404
Facebook : https://www.facebook.com/suzikids (korang pun boleh INBOX terus)
Instagram : https://www.instagram.com/suzikidscollection
(korang pun boleh DIRECT MESSAGE terus)


‪#‎suzikidscollection‬ ‪#‎barangbabymurah‬ ‪#‎bagbaby‬ ‪#‎diapersbag‬ ‪#‎colorland‬ ‪#‎originalcolorland‬ ‪#‎colorland2015‬

TERIMA KASIH Suzi Kids Collection KERANA MENAJA Beg Colorland Berkualiti SALLENA MES ENFANTS CHANGING BAG untuk Tengku Ean Rifqee a.k.a #EanRifqee... Jasamu Dikenang...

Baca Seterusnya ----»
 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine