[WAJIB BACA] Tips Tangani Kekasih Pemarah | 6 TIPS BERGUNA | Setiap pasangan memiliki karakter yg berbeza. Mungkin ada yang 
penyabar dan pemarah.

Apabila seseorang memiliki pasangan yang penyabar 
dia dikatakan beruntung tetapi bagaimana jika sebaliknya?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Jika kamu 
kebetulan memiliki pasangan yang pemarah, mungkin tips ini boleh 
membantu. 
Kenali  sifat pasangan.
Jika pasangan kamu seorang yang pemarah, ada baiknya kamu berusaha 
mengenali dengan baik sifat pasangan kamu ini. Jika kamu saling memahami
 antara satu sama lain, kamu akan lebih mudah menghadapainya. Dengan 
demikian, kemungkinan pasangan kamu akan jarang menunjukkan sifat 
marahnya 
Hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
Setelah kamu benar-benar memahami sifat dan watak pasangan kamu, 
cubalah hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Tetapi apabila 
hal tersebut terpaksa juga dilaksanakan, lakukan tanpa pengetahuan 
pasangan kamu. Namun perkara itu mestilah perkara yang baik sahaja. 
Jangan campuri urusannya.
Jika kamu tidak diminta, jangan sekali mencampuri urusannya. Belum 
tentu pasangan kamu suka pada bantuan kamu. Sekiranyakamu masih ingin 
berbuat demikian walaupun dilarang, maka hal ini boleh menimbulkan 
kemarahannnya. 
Jangan suka menasihati.
Mungkin banyak maksud baik terselit di dalamnya. Akan tetapi jika hal
 tersebut tidak penting untuk dinasihati, lebih baik elakkan. Hal ini 
perlu dilakukan untuk menghindari terjadinya salah faham sekaligus 
membuat pasangan kamu marah. 
Bersifat terbuka.
Apabila si dia member pandangan yang agak keras, kamu perlu 
menganggapnya sebagai satu kritikan untuk kamu. Ambil sebagai satu 
cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri kamu. Jangan beremosi dengan 
kata-kata si dia. Jadi terima sahaja dengan hati terbuka. 
Berterus – terang.
Si dia yang pemarah lebih suka berteru – terang. Salah satu aspek 
positif yang terdapat pada si dia yang panas baran ataupun pemarah ialah
 sikap berterus – terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun
 tidak. Cuma mereka mengungkapkan dengan kasar dan bernada marah. Jadi 
elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka 
seperti merahsikan sesuatu daripadanya.
paling best buat tak tau ajer....
ReplyDelete