[WAJIB BACA] Tips Kahwin Muda | Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa Mertua | Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya 
seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk 
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri.

Dalam 
masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk 
melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam 
lingkungan20-24 tahun. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau 
matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah 
satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi 
mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 
tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti : 
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan 
yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam 
berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi 
lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim 
yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan 
amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar
 pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa 
perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu 
semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah 
sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang 
Muslim. 
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi
 meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut 
adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. 
Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri 
dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga 
sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada 
ibubapa bahawa anda mampu untuk menanggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi.Pastikan
 perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu 
pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa 
tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan 
baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi
 ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda 
mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi
 menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang 
baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa 
berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati 
ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak 
membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka. 
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan 
berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam 
terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan
 ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula 
permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan 
tawakal.InsyaAllah. 
haaa siapa-siapa yang berhajat nak kahwin muda tu elok baca entri ni...
ReplyDelete