[KONGSI] Tips Cinta Suami Isteri | TIPS BERGUNA | 1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
 tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon 
pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang
 sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati 
sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum 
tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang 
dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan 
meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar 
berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau 
sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada 
disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet 
atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting 
untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak 
segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau 
suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk 
peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja 
yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu 
yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa 
bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah 
isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik 
dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda 
mencapai matlamat tersebut.
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda 
membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk 
melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
sumber: informasi.my
terima kasih di atas perkongsian ini abe...
ReplyDeleteNice tips... Insha Allah blh amalkan...
ReplyDeleteSaya datang ziarah, baca entry dan follow...
Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)
sangat betul itu bisa memperkokoh pernikahanmu
ReplyDeleteterima kasih info ni, boleh mimin guna pakai masa lepas kahwin nanti. huhu
ReplyDeletetnks sangat bagus artikel nya . . ....
ReplyDelete