[MESTI BACA] 10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Dewasa 
ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam 
keluarga Melayu Islam di Malaysia.

Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 
minggu pun dah bercerai.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak 
tahan. Maka, Admin pada kali ini ingin berkongsi tentang 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan terhadap isterinya yang mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia ini.
Isteri itu adalah amanah Allah kepada suami.
1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana 
cara solat yang betul, hukum haid & nifas, 
bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & 
tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang 
terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian 
seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan 
makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua 
kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak
 pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: 
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & 
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & 
batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak 
mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & 
selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6} 
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara.
 Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam
 & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, 
mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan 
oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah 
solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya) 
2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri 
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w 
melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui 
keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai 
kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta 
bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, 
juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang 
beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai
 akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}
3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu: 
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina. 
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah 
al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas 
suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya 
pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak 
menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.”
 {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani} 
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri 
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua 
tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; 
dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu 
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan 
menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita 
kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu 
menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang 
tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu
 menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh)
 mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah 
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada 
orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan 
(upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah 
kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat
 akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233} 
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah 
membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati 
suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan
 jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, 
tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia
 boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf 
(tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya. 
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia
 mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” 
{Muttafaq ‘alaih} 
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya. 
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari} 
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya 
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di 
sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya 
& isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia 
isterinya.” {H.R. Muslim} 
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga
 diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada 
isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya. 
8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri 
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau 
& isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah 
Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh 
diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau 
bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu 
tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w 
teleh bersabda: 
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama 
dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. 
Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh 
Albani} 
Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai 
mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh 
dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. 
Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran 
kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian 
hari kelak. 
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), 
kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat 
dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka 
datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan
 itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian 
datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga 
akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan
 tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” 
{H.R. Muslim} 
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at 
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah 
satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di 
sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah 
menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan
 serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & 
anak-anaknya. 
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3} 
Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang 
benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak 
mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya 
atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan 
kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah 
permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah 
akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk 
ke’dalam’nya. 
10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan 
isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia 
memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, 
membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan 
sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang
 boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata 
Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & 
keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja 
tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram. 
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih 
baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” 
{lihat dalam ash-Shahihah : 226} 
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w: 
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar 
berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” 
Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih} 
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri): 
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada 
hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, 
wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai 
‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674} 
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya. Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.
no. 7 tu Abe.. ramai yg ambik mudah dlm perkara ni, suami/isteri..kena hati² bila membicarakannya..terima kasih ingat mengigatkan sesama kita.
ReplyDelete