[EKSKLUSIF] Harta Berharga Bagi Seorang Isteri | INFO YANG RAMAI ORANG AMBIL MUDAH | 
Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini 
adalah seorang suami yang soleh.
Kepadanyalah, seorang isteri akan 
merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini 
hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada
 suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan 
mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, 
perlindungan dan cinta serta sayang.
Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan 
anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. 
Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan 
anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga 
amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan
 kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.
Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri
 dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh 
akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap 
kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan 
kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan 
kemarahan.
Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam 
rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah 
tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak 
dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu 
isterinya.
Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di 
dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi 
perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh 
cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu 
bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala 
yang dilarang oleh Allah.
Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji 
buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang
 baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di 
jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat 
dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan 
mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat 
bagi bangsa, negara, dan agamanya.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat 
isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang 
luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat
 kelak.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…
sumber: myibrah.com

assalam...saya blogwalking di sini..cantik blog saudara...
ReplyDelete