[PELIK TAPI BENAR] Ayam Disembelih Tidak Mati Sembilan Hari | SUBHANALLAH | Seorang pemilik ayam terkejut apabila seekor ayam yang disembelihnya 
tidak mati walaupun semua uratnya telah putus.

Dia mula terkejut apabila
 ayam itu berjalan seperti biasa.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Jika sebelum ini Melayukini.net ada menyiarkan atikel mengenai ayam yang hidup tanpa kepala selama 18 bulan di luar negara. Tetapi kali ini gempar isu ayam disembelih tapi tidak mati selama sembilan hari.
 Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin 
Idris menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas 
disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.“Sudah
 sembilan hari disembelih, ayam itu tak 
mati-mati.“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah
 selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam
 itu akan mati.“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk 
mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,”
 katanya.Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun 
ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher 
putus.
“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun
 saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan 
khurafat.“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya 
simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” 
katanya.Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, 
Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta. 
masa kecil dulu, pernah jiran sembelih itik serati. lepas disembelih, diletak atas tanah. itik tu terus terbang masuk hutan belukar, tak jumpa.
ReplyDeletesatu lagi peristiwa, lepas disembelih, itik ni terus berjalan keliling kg. bbudak kena ikutlah takut hilang.
masyaAllah! Allahuakbar! Allah berkuasa, makhluk lemah, tak boleh buat sesuatu tanpa izin Allah
ReplyDelete