[EKSKLUSIF] Kisah Lelaki Ini Wajar Diteladani | Minyak Naik 20 Sen, Gaji RM2500 Tak Cukup | Kehidupan hari ini sememangnya semakin mencabar. 

Harga minyak yang 
semakin mahal akibat pengurangan subsidi oleh kerajaan, ditambah pula 
ramai yang berpendapat gaji RM2500 tidak lagi cukup untuk menampung sara
 hidup masa kini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Banyak kali mereka yang telah berjaya berkata, fokus dan fikirkan 
pada penyelesaian bagi setiap masalah. Usah fokus pada masalah itu 
sendiri.
Kami ingin bawakan coretan dari Tuan Faizul Ridzuan ini untuk tatapan
 anda. Harapan kami agar kisah ini dapat memberi inspirasi dan membuka 
minda anda agar kekal positif dan bersemangat.
Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga 
minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada 
pembaziran dalam perkara lain.
Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat 
yang saya ni lupa diri sebab saya ni orang senang yang tak memahami 
kehidupan orang lain yang susah.
Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak 
pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan 
dengan subjek ni.
– Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun 
kami sekeluarga hidup dengan sardin dan telur sahaja kerana tak cukup 
wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk 
menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sebab ramai lagi
 yang takde duit untuk makan.
– Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas 
hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak 
carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja 
pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya 
mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya
 tak berani merungut sebab masih ada adik 2 orang yang masih kecil dan 
bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga 
kami.
– Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih 
susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan 
duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa 
jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh 
lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?
– Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak 
bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, 
PWTC, dan macam-macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka 
duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan 
di A&W.
– Sebab lapar sangat, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food 
orang lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat 
sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat
 dari orang lain.
– Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan 
rakan-rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya 
sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan 
Rahim kalau tak percaya.
– Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah 
nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber 
pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya 
belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk 
kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli
 skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.
– Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la tamat 
pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan 
balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu
 exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh 
masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.
– Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah
 saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro
 Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu 
belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sebab mesti
 ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk 
dijadikan makan malam atau sarapan untuk esok.
– Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli 
sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh 
pakai bertahun-tahun.
– Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai
 komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri 
sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.
– Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa 
panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika 
itu) untuk jadi penjual kredit kad di tepi jalan atau direct selling. 
Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. 
Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni memang best
 sebab langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit
 utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sangat banyak.
– Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih 
untuk kerja di bank sebab nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji 
RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli 
rumah pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal 
cara lain. Loan RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen 
lain dan tiada kereta (gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dengan 
kekecohan gaji permulaan)
– Waktu berkerja di bank, macam-macam business saya buat. Renovation 
kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), 
carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya banyak belajar. Saya biasanya
 tak sampai rumah sebelum jam 12 malam sebab ada kerja 9-5 dan business.
– Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar 
guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. 
Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) 
ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya 
kenapa menantu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya memang takde
 kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya 
(sekarang dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. 
Bawak motor lebih romantik.
– Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka 
dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup 
RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira 
installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya
 nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah 
kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas 
rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sangat membeli 
kereta sebab ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi 
saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.
– Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang 
saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri 
adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat 
pelaburan.
Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula 
bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut 
dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tengok ramai
 lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut 
berlebihan?
Saya tak nak sempit rezeki dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan
 cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. 
Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini 
hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya
 boleh buat 10 tahun lepas.
Subsidi minyak sekarang ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh
 terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak 
atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak 
carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh 
buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau 
kita berusaha dan Allah nak bagi.
Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga.
Credit : Faizul Ridzuan, dengan izin.
sumber: thevocket.com
bukan semua orang bermula dari senang... dan tak senang nak senang...requires pengorbanan...
ReplyDeleteMcm tipu ke ni.. confirm troll!
ReplyDeleteterima kasih abe, rentetan kehidupan hampir menyamai kisah hidup silam sy..cumnya sy x berjaya jadi pelabur hartanah...skadar makan gaji lagi dan bisnes kecilan. Semoga motivasi menyuntik semangat/..tidak semua orang dilahirkan dlm keluarga senang.
ReplyDeleteSubhanallah
ReplyDeleteKisah hidup yang boleh memberi inspirasi kepada semua. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete