[MESTI BACA] Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir | TIPS BERGUNA | Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak 
rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan.

Ramai yang tidak 
mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami 
oleh banjir yang melanda.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Di sini disediakan beberapa tips penting yang 
perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir.
1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta,
2. Jangan cuba hidupkan enjin kereta. Tindakan ini 
biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar 
lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan
 enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem 
elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan 
elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat 
berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di
 ganti.
3. Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc
 dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua 
sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin 
kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal 
tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos 
yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk 
mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear 
apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear 
tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan 
baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear 
terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita 
membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita 
mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana 
apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat
 berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan 
rosak.
4. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
5. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. 
Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga 
minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak 
terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik 
telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh 
dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear 
belum diperiksa.
6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak 
mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia 
berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi 
warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, 
jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang 
tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih
 atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 
7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak 
gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos 
cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa 
peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
kereta kalau dah masuk air memanglahhh kannn... payah, banyak yang boleh rosak, anyway great piece of sharing abe...
ReplyDeleteBelum ada pengalaman macam tu.. t.kasih.
ReplyDelete