[EKSKLUSIF] Kejadian Sebenar Lelaki Dibaham Harimau Putih Di Zoo Delhi | SUSULAN KES LELAKI DIBAHAM HARIMAU | Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.

Berdasarkan 
keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang 
terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke 
dalam kandang harimau.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Bagaimana 
pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai 
pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela 
memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang 
memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.
Maqsood 
dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada 
hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.
Pengarah zoo
 Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit
 paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di 
bawahnya.

Harimau 
putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada 
Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit.
Apabila 
orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau 
dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising,  barulah haiwan 
itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan 
berlumuran darah.
Dalam pada 
itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh
 mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas 
kejadian.
Difahamkan, 
pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir 
dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan 
kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila 
kawasan diceroboh secara tiba-tiba.

“Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo.
Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai.
Difahamkan 
enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di
 zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila 
tidak diapa-apakan haiwan tersebut.
Sumber mynewshub.cc
sia-sia jadi makanan harimau kan...
ReplyDelete