[TIPS] Cara Mudah Kesan Kedai Yang Guna Pelaris | WAJIB BACA !!! | “Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap 
hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu 
orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).

“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang 
yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99).
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi 
mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si 
tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur 
dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, 
Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat 
di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. 
Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir 
ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, 
bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan 
khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan 
penggunaan pelaris kedai. Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan 
pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan 
forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih 
rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau 
tangkal ini hanypopular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak 
sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam 
memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di
 syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan 
(surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu 
mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; 
Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul 
Muttaqin, no 1457 , 2/229 ).
Wallahuaklam.
terima kasih di atas perkongsian ini abe...
ReplyDeletethanks for sharing..nice info!
ReplyDeletemcm2 org buat nak lariskan kedai walaupun zaman dah berubah..
awasi kEHALUSAN PEMAHAMAN, ELAKKAN BERIMAN KEPADA AYAT, BERIMAN HANYA KEPADA YANG MAHA ESA MrDn
ReplyDelete