[SEDIH] Papa, Nanti Bacakan Cerita Ini Kuat-Kuat Pada Ina Ya? | MESTI BACA !!! | Cerita yang sungguh menyayat hati. Betul2 berbuku di hati untuk 
sesiapa yang mendalami dan belajar dari pengajaran cerita ini. Sebuah 
kisah benar.

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati 
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang 
akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni 
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang 
menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia 
tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang 
dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak 
dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.
“Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar 
melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi 
tadi.
“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, 
memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. “Bolehlah 
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah.
“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa?
 bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke 
lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.
“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah 
permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana 
tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit 
berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang 
sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara 
tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini 
kat Ina, ya papa!”
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
 menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu,seminggu, 
dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, 
Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya
 tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati 
sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. “Mama dah 
baca, seronok papa,” kata Serena.
Saya mengangguk sambil tersenyum. “Bila papa nak bacakan?” tiba-tiba 
Serena bertanya. “Mama dah bacakan, okeylah tu!” Nampak wajahnya 
terkuncam. Saya terus menyuap makanan. “Mama baca perlahan. Nanti papa 
bacakan kuat-kuat ya! katanya.
Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. 
Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi
 suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu
 seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. 
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran 
mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila 
pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri 
sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena 
terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan.
Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut
 ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri 
meraung sekuat hatinya.
“Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!” saya memanggil-manggil perlahan namanya 
dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu 
nafasnya tersekat-sekat. “Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina 
sayang mama, Ina tak nak mati!” bersuara Serena antara dengar dan tidak 
sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan 
tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat
 isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, 
Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk 
hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri 
dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya 
bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di 
sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.
 Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak 
dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan 
harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. 
Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara
 isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba 
membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia 
melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap 
kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam 
untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan 
terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
“Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata 
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, 
walau setahun berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang 
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang 
lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata 
yang tumpah.
“Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata 
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, 
walau setahun berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang 
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang 
lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata 
yang tumpah.
betul2 menyentuh hati saya bila membacanya...padahal bukanlah mengambil masa yang lama untuk membaca buku tu kan...moga menjadi iktibar kepada semua ibu bapa...
ReplyDeletethanks sharing...