[EKSKLUSIF] Ibubapa, Tolong Jangan Lakukan Perkara Ini Jika Tidak Mahu Hantar Anak Ke “Gigi Neraka” | PESANAN DARI ABAH.MY | Apabila anak sulung saya menyuarakan kesedihannya kerana saya tidak 
membelikan beliau smartphone dan tidak membenarkan beliau menggunakan 
duit simpanannya bagi membeli sendiri, dengan alasan susah berhubung dan
 berbincang dengan rakan-rakan sebab semua menggunakan Whatsapp, saya 
kira beliau juga sudah cukup bersedia untuk saya jelaskan sebabnya.

Pada pandangan saya, ibu bapa yang memberi anak-anak smartphone pada 
usia 12 tahun, dengan kemudahan data, mereka telah mengambil langkah 
yang sangat salah.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Saya tanya anak saya tadi, “Yop rasa, kawan-kawan Yop, jika dalam 
telefon mereka keluar video perempuan telanjang, gambar lelaki perempuan
 telanjang, rasanya kawan-kawan Yop akan delete dan elak tengok, atau 
bagaimana?”
Anak saya tak boleh jawab.
Dan saya tanya lagi, jika dia sendiri adakah jiwanya cukup kuat untuk
 mengelak bahan lucah, judi atas talian, game atas talian, beliau 
menggelengkan kepala.
“Kalau Yop terjebak dengan benda-benda ni, Abi tak mampu tolong Yop 
sampai bila-bila. Yop akan berdosa setiap hari sampai dewasa, sampai 
mati. Abi tak nak Yop fikir Abi ni kolot, mengongkong, kedekut, I do 
this simply because I love you and I want to protect you”
Saya tidak berani mengaku yang saya ini techno savvy. Tetapi saya 
tidak buta teknologi. Saya mengendalikan website era pra blog semenjak 
1997, menggunakan Palm VI seawal 1998 hingga ke era Samsung Galaxy S4 
pada tahun 2013 dan iPad Air pada tahun 2014. Saya sentiasa mengikuti 
perkembangan ICT biar pun hanya bertaraf pengguna. Saya sentiasa 
pastikan diri saya pengguna celik. Bukan guna tetapi tidak sedar akan 
implikasi penggunaannya kepada fizikal, kognitif, emosi, sosial dan 
keberagamaan anak-anak kita. Saya berkongsi pesanan ini bukanlah sebagai
 ustaz cabuk pengguna telefon cap ayam.
Cukuplah dengan keterlanjuran kita membuka akaun Facebook untuk 
anak-anak sekolah rendah dengan menipu Zuckerberg akan tarikh lahir 
mereka. Ada sebab kanak-kanak di bawah usia 13 tahun dianggap belum 
wajar mempunyai akaun Facebook. Tetapi dengan memberi smartphone bersama
 peruntukan data, ibu bapa sesungguhnya menghantar anak-anak ke gigi 
NERAKA.
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu, dan ahli 
keluargamu daripada Neraka. Ia dikawal oleh para Malaikat yang amat 
ganas dan keras, malah tidak sama sekali mengingkari Allah berkenaan apa
 yang diperintahkan ke atas mereka melakukannya” [al-Tahrim 66: 6]
Ibu bapa yang mencucuh putung rokok ke tubuh anak dan seterika anak 
dengan seterika panas, kita kata mereka berhati binatang dan kejam. 
Tidak kejamkah ibu bapa yang memudahkan jalan anaknya dibakar api 
Neraka? Mendedahkan anak kepada ketagihan pornografi, games, kebusukan 
bahasa dan kecelaan akhlaq? Keselamatan, penjenayah siber, pedophile?
Jangan over confident wahai daddy and mommy. Seriously, have a mercy upon your kids but saving them from the Hellfire.
Harap penjelasan sambil makan sushi tadi membantu dan beliau boleh terima.
Di dalam catatan ini saya mahu menekankan tentang peer pressure. Jika
 ibu bapa faham sekali pun, anak-anak belum tentu faham. Mereka perlu 
difahamkan. Kepada ibu bapa yang sangat baik hati bagi anak umur 12 
tahun smartphone sendiri, tolonglah fikir balik.
Baca buku Technopoly oleh Neil Postman.
Seriously!
ReplyDeleteNah, klik disini dan lihatlah perancangan DAJJAL LAKNATULLAH untuk rakyat Malaysia demi sekelumit kuasa yang tidak kekal abadi.
Jahanamlah sesiapa yang sanggup bersekongkol dengan DAJJAL LAKNATULLAH tu.