[EKSKLUSIF] Aurat Lelaki Yang Jarang Dibincangkan | MESTI BACA !!! | Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana 
selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara 
pusat dan lutut sahaja.
Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan 
solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau
 dia berada di khalayak ramai.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan 
menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai 
seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering
 melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta 
di luar rumah.
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek 
yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. 
Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu 
berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih 
terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup 
pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat 
ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, 
sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah 
solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama,
 sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya
 iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke 
paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak 
berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat
 tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang 
digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya 
sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti 
tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun 
dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan 
ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama
 anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya 
berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana 
aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana
 keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam 
rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai 
mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja 
mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala 
bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau 
berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika 
berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang 
dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan
 berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori 
sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh 
melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila 
pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat 
mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan 
bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu 
diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan 
pergerakan pantas.
Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah.
 Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani 
berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan 
aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan 
Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan 
seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang 
menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. 
Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada 
pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah 
oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai 
konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan 
melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.
Ustaz Ahmad Baei Jaafar 

salam jumaat and great piece of sharing...
ReplyDelete