Asal Usul Lampu Putar di Kedai Gunting Rambut Yang Tidak Diketahui | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Tahukah korang maksud tiang yang berwarna putih biru merah yang 
berputar di depan kedai gunting rambut?

Sebenarnya trademark kedai 
gunting rambut itu mempunyai sejarah yg tersendiri, mari baca kat bawah 
nih..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di 
“barber shop” tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut 
gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya 
penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)

Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah 
profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di 
barber shop).
Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai 
pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah 
profesional di fakulti kedoktoran di Paris University.

Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden yang juga ahli bedah 
kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah barber 
Shop.

Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah
 dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang 
penyedut darah yang menjemur pembalut/bandage yg telah digunakan dan 
berlumuran darah didepan klinik mereka.
Lalu pembalut/bandages yang dijemur itu di tiup angin sehingga 
berputar melilit menimbulkan variasi warna merah putih, lama kelamaan 
kebiasaan itu menjadi trademark di setiap klinik sekaligus juga 
merupakan pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah 
klinik Barber Shop.

Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian 
orang tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih yang di cat dengan 
warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.
Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages, warna merah adalah
 aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh vena 
tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk 
penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk 
menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih 
tidak berputar
1950an: Amerika menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh 
berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan bola. Sementara 
pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat 
memotong rambut sahaja
1950 – 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak 
50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan 
Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai 
rata-rata 70,000 buah

Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada 
peraturan yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh 
memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan 
boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu
Walaupun demikian, model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan
 hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda
 menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop
Akhir sekali, jika tiang berputar bererti barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.
nice sharing...baru tau
ReplyDeleteokay..baru tau bab lampu belang nih, selalu memang nampak kat Banting Bunga Raya Barber Corner... ; hemm.. ada sejarahnya . t.kasih info .
ReplyDeleteThanks.pernah baca tp lupa.infomatif.tq
ReplyDelete