[TERKINI] Lelaki Ini Tinggal Dalam Kubur Selama 15 Tahun | PELIK TAPI BENAR | Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15
 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, 
Serbia.

Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat 
sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Menurut Stojanovic, 43,
 sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai 
tempat tidur. 
“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas 
itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi
 lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu adalah syurganya. “Ia bukan 
sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding 
tidur di jalanan,” katanya. 
Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan 
rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak. 
Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil 
keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk 
dan gelap. 
Kata Stojanovic, hidup bersama mayat tidak begitu menakutkan seperti 
sangkaan sesetengah pihak. “Pada mulanya saya takut, tetapi 
lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa.

Kelihatan  Stojanovic keluar masuk kubur  
“Kini, selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan manusia yang 
hidup berbanding dengan orang mati,” katanya. Menurut Stojanovic, setiap
 kali dia mahu keluar dari ‘rumah’ itu, dia akan mengintai terlebih dulu
 bagi memastikan tiada sesiapa di situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia
 mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar kawasan 
berkenaan. 
Stojanovic berkata, dia juga bersedia jika ditakdirkan mati dalam 
kubur seluas dua meter persegi itu.“Sekurang-kurangnya saya dapat mati 
di tempat yang sesuai,” katanya. 
 | 
kasihan banget
ReplyDelete