[SERAM] Rumah Berhantu Dilelong Dengan Harga 1 Euro | PELIK TAPI BENAR | Laman web eBay versi Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan 
penjualan rumah berhantu yang terletak di Arbresle, kawasan Rhône-Alpes,
 dengan harga yang ditawarkan semurah 1 euro.

Rumah tersebut berkeluasan
 kira-kira 110 meter persegi dan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 
350 meter persegi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Maud69620, merupakan individu bertanggungjawab yang menyeraikan 
penjualan aset tersebut. Berdasarkan cerita, rumah tersebut pernah 
menjadi lokasi pembunuhan yang kejam sekitar tahun 1950an dan kini ianya
 dihantui oleh roh-roh yang tidak tenteram.

Pelbagai fenomena paranormal
 yang berlaku seperti terdengar suara misteri, bunyi tingkap diketuk, 
dan objek bergerak secara sendiri.
Maud69620 langsung tidak bergurau malah dia tidak membenarkan sesiapa
 yang merasakan fakta tersebut palsu untuk menghubunginya. Iklan 
tersebut dikhususkan untuk sesiapa yang percayakan kewujudan dunia 
ghaib.

Berbalik pada peristiwa pembunuhan yang pernah berlaku, mangsa 
dikatakan sepasang suami isteri yang juga bekas pemilik rumah tersebut. 
Sekumpulan pekerja telah membunuh mereka secara kejam bagi mencari harta
 karun yang disembunyikan di dalam rumah. Namun pembunuhan tersebut 
tidak dapat dipastikan benar mahupun tidak kerana tiada mayat yang 
dijumpai. Pemilik rumah tersebut hilang tanpa dikesan tetapi berdasarkan
 kenyataan yang dibuat, mayat mereka ditanam di padang berhampiran.
ishh. seram. bagi free pon tak mau tau. huhu
ReplyDeleteyang mana rumahnya tuh
ReplyDeletebodoh yang beli tuh
ReplyDeleteAdmin..kenapa la tak letak gambarnya...?? tak kualiti artikal u..
ReplyDeletenama blog dah nak ok dah.. tapi isi kureng..
admin. elok tiru macam blog anaksungaiderhaka...mudah je orang nak posting..barulah berani dan open namanya..baru boleh naik rangking..
ReplyDelete