[ASTAGFIRULLAH] Sebuah Masjid Khas Untuk Kaum Gay Akan Dibuka di Perancis | Sumber Dari BillyInfo | Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di 
Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid.

Pengasas 
masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama 
jenis di masjid tersebut.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang
 berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat 
untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini. Zahed  
mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.
Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. 
Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid 
konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang 
dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.
“Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan
 penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal,” 
tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh 
International Business Times.
“Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi 
kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang
 ingin melakukan solat,” tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan 
pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.

Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada 
wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja 
menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.
“Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan 
melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria,
 tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka 
lakukan. Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa
 saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya 
sendiri dengan bantuan Islam,” terangnya.
Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita 
mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan 
tempat.
Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di 
masjid itu, Zahed menjawab: “Kami akan mulai dengan solat-solat Jumaat, 
namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu.” 

sumber: billyinfo.blogspot.com
seriusly.. i'm speechless.. nauzubillahiminzalik..
ReplyDeleteastaghfirullahaladzim..
ReplyDeletesudah terang lagikan bersuluh hubungan sejenis tu HARAM.
mazhab aqidah mana ni...
Ada yg kena bom masjid ni...
ReplyDeleteEloklah longgok setempat... Senang tak payah tercari2..
ReplyDelete