[TERLAMPAU] Tradisi CINCANG BABI Hidup-Hidup | [KEJAM] Gambar Festival Di Vietnam | Festival tahunan ini diadakan di Nem Thuang iaitu sebuah bandar yang 
terletak di Vietnam kira-kira 25 batu dari utara Hanoi.

Ianya diadakan 
sebagai penghormatan kepada dewa pelindung, Doan Tuong, pada hari ke-6 
kemunculan tahun baru.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Festival ini disambut sebagai satu perayaan yang meriah dengan 
menganjurkan perarakan serta pertunjukkan muzik. Namun salah satu acara 
dari festival ini amat memeranjatkan iaitu acara mencincang babi 
hidup-hidup.
Seekor babi akan diterlentangkan ke tanah manakala para pembantu pula
 akan memegang tali yang diikat pada kaki babi tersebut. Ianya sebagai 
langkah supaya babi ini tidak melarikan diri. Akhirnya seorang lelaki 
yang membawa sebilah parang besar akan mencincang babi tersebut kepada 
dua bahagian.

Para pengunjung yang menyaksikan acara ini segera 
menyapukan darah babi tersebut pada wang kertas masing-masing dengan 
harapan ianya membawa tuah untuk tahun baru.


sumber: blog-ketegaq.blogspot.com
sangatlah pelik.. huh
ReplyDeleteTak nak baca tapi nak tahu..dah baca K.Ma rasa nak muntah ...
ReplyDeleteWalau pun babi ini haram dimakan, dia juga makhluk Allah. Perlakuan begini amat menyeksakan haiwan tsb.
ReplyDelete