[FENOMENA] Lil Bub | Kucing Yang Suka Jelirkan Lidah | Kucing 
merupakan haiwan yang sangat comel dan manja dengan manusia, malah 
keletahnya juga mampu menghiburkan hati.

Bagi seekor kucing yang 
dikenali sebagai Lil Bub ini, keletahnya yang suka menjelirkan lidah 
telah menarik perhatian ramai dan menjadikannya terkenal dalam dunia 
Internet.
baca lagi klik TAJUK ENTRI niNak tahu dengan lebih lanjut pasal kucing ni, meh usha kat bawah ni.
Lil Bub merupakan 
seekor kucing yang semakin terkenal dalam dunia Internet. Dengan jumlah 
pengikut yang agak ramai, kucing ini sememangnya mempunyai kriteria yang
 menarik. Selain dari benar-benar comel, kucing ini ternyata mempunyai 
sifat yang agak unik. Lil Bub telah ditemui di tempat sampah, 
diselamatkan dan dilahirkan dengan pelbagai anomali genetik.
Kecacatan genetik 
pada kucing ini dipanggil "perma-kitten", yang bermaksud Lil Bub akan 
kekal saiz dan ciri-ciri seperti seekor anak kucing sepanjang hidupnya. 
Ia juga mempunyai kecacatan lain seperti kes dwarfism (kerdil) 
yang melampau, di mana ia tidak mempunyai anggota badan yang seimbang 
secara relatif ke seluruh tubuhnya dan mempunyai kesukaran untuk 
bergerak.
Ia mempunyai kaki 
yang kontot dan badan yang panjang. Rahang bawahnya jauh lebih pendek 
dari rahang atasnya, dan giginya tidak pernah berkembang dan ia menjadi 
salah satu sebab kenapa lidahnya sering terjelir dan tergantung.
Selain itu, Lil Bub juga adalah sejenis kucing polydactyl,
 yang bermakna ia mempunyai jari tambahan dan dalam kes ini, satu jari 
tambahan pada setiap kakinya. Dan satu lagi sudah tentu mata besarnya 
yang berwarna hijau.









suka betul dia menjelirkan lidah ek...mentang2lah comel...
ReplyDelete