[BONGKAR] Benarkah Ini Kesan Buruk Makan Mee Segera? | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU !!! | Mee segera atau 
lebih dikenali sebagai megi merupakan mee separa masak yang dikeringkan 
dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau 
direndam dengan air panas selama beberapa minit.

Makanan ini amat 
“popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang 
“kekeringan” poket..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee 
segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat 
sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. 
Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi 
kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai 
pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah 
pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah 
kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit 
merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang 
mengandungi MSG yang tinggi. 
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam 
pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga 
dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan 
pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya 
sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, 
kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari
 untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung 
dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan 
nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. 
Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh
 mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, 
anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan
 dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di 
dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas 
menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 
daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut 
ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang 
tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum 
pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak 
bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi
 jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses 
pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat 
Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi
 lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang 
merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah
 lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan
 Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

Buah Pinggang Yang Rosak
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk 
memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh
 memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang 
sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering 
digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan 
dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan 
rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. 
Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair 
yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan
 yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk 
menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan 
panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): 
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin 
turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan 
saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat. Anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
memang tak sihat. dah ramai yang memperkatakannya. tapi masih ramai juga yang mengamalkannya. terutamanya student
ReplyDeletemakanan untuk orang yang tak berduit....
ReplyDeleteAdakah info yg di berikan ini benar 100%?
ReplyDelete