[INNALILLAH] Status Terakhir Gadis Dalam Facebook | Seakan Tahu Ajal Tiba Pada Hari Lahir (22/2/2014) | “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun….dukacita dimaklumkan bahawa Adiba
 Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 
petang.

Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada’.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan
 Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt.”
Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status 
begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir 
saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang 
akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya 
kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya 
atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ?
Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh 
seorang remaja di profil Facebook dengan nama Dieba Yazt Mien. Status 
itu ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan 
berlaku di Kampung Perana, Langkawi  pada dua hari lepas, 22 Februari 
2014 yang meragut nyawanya.


Apa yang lebih menyayat hati, 22hb Februari itu juga merupakan tarikh
 ulang tahun kelahiran beliau. Mungkin ia hanyalah satu kebetulan. Namun
 sehari sebelum kejadian itu juga, Adiba turut memuat naik status 
seakan-akan menduga hari itu merupakan hari terakhir beliau.
“esok nak have fun puas-2 ^_^ mana lah taw kod-2 esok malam last aku hidup 
  dan aku senyum depan semua yang aku sayangg:)

Walaupun dalam status tersebut, beliau mengatakan hendak bergembira 
puas-puas. Tapi sebenarnya beliau bukanlah seorang gadis yang suka 
bersosial dan berhibur. Melalui komen rakan-rakan beliau mengatakan 
Adiba seorang budak yang baik dan maksud bergembira itu hanyalah bersama
 keluarga dan rakan sekolah.



Kisah ini pasti menyentuh hati setiap insan yang membacanya. Apapun 
ajal maut ditangan tuhan. Seperti apa yang tertulis dalam status beliau 
pada 7hb lepas, marilah kita doakan Allahyarham Adiba Yasmin Ahmad 
 ditempatkan dikalangan para solehin dan shuhada’ dan semoga beliau 
mendapat rahmat dan belas Ihsan Allah swt. Aminnnn. Al-Fatihah…
Al-Fatihah, semoga Allah cucuri rahmat keatas roh arwah dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...
ReplyDeleteTak tau nak mati bila..tp minta Allah berikan Husnul Khatimah pada saya dan seluruh org2 beriman dan bertaqwa. Amiin.
ReplyDeleteAl- Fatihah :'(
ReplyDeleteawksweetgitu.blogspot.com